omniture

LyondellBasell menyertai Global Compact Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

LyondellBasell Industries
2020-12-11 19:56

HOUSTON, 11 Disember 2020 /PRNewswire/ -- LyondellBasell (NYSE: LYB) salah sebuah syarikat plastik, bahan kimia dan penapisan terbesar hari ini telah mengumumkan bahawa ia telah menyertai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Global Compact, ialah sebuah inisiatif kelestarian korporat global. Di bawah Global Compact PBB, penandatangan digalakkan untuk menyelaraskan operasi dan strategi mereka mengikut prinsip-prinsip utama hak asasi manusia, buruh dan antirasuah.

"Di LyondellBasell, kami mengamalkan budaya untuk mencapai matlamat melalui prinsip yang kami namakan 'kuasa ramai.' Menangani cabaran semasa dunia memerlukan komitmen dan kerjasama global antara sektor swasta, NGO dan kerajaan," kata Bob Patel, Ketua Pegawai Eksekutif LyondellBasell. "Matlamat Global Compact PBB sejajar dengan fokus syarikat kami untuk menyingkirkan sisa plastik dari alam sekitar, menangani perubahan iklim dan menyokong masyarakat yang berkembang maju. Kami berbangga menjadi sebahagian daripada usaha kolektif yang penting ini." 

Pada tahun 2020, LyondellBasell memajukan agenda kelestariannya dengan menetapkan sasaran yang tinggi untuk polimer kitar semula dan boleh diperbaharui, bergerak ke arah matlamat sisa polimer sifar melalui operasi dan pengangkutan dan memulakan MoReTec loji rintis molekul kitar semula di Ferrara, Italy. Selain itu, syarikat ini juga merupakan salah satu anggota pengasas Alliance to End Plastic Waste (AEPW), sebuah inisiatif rantaian nilai silang global pertama yang didedikasikan untuk menghapuskan sampah plastik dari alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut tentang usaha kelestarian LyondellBasell, sila layari halaman kelestarian syarikat. Untuk maklumat lanjut tentang penglibatan syarikat sebagai peserta inisiatif ini, sila layari halaman profil syarikat di laman web UN Global Compact.

Tentang LyondellBasell 

lLyondellBasell (NYSE: LYB) ialah salah sebuah syarikat plastik, bahan kimia dan penapisan terbesar di dunia. Dipacu oleh para pekerjanya di seluruh dunia, LyondellBasell menghasilkan bahan dan produk yang merupakan kunci untuk memajukan penyelesaian kepada cabaran moden seperti meningkatkan keselamatan makanan melalui pembungkusan ringan dan fleksibel, melindungi ketulenan bekalan air melalui paip yang lebih kuat dan serba boleh, meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kecekapan bahan bakar bagi kebanyakan kereta dan trak di jalan raya dan memastikan fungsi selamat dan berkesan untuk alat elektronik dan perkakas. LyondellBasell menjual produk ke lebih daripada 100 buah negara dan merupakan pengeluar sebatian polimer terbesar di dunia dan pemberi lesen terbesar teknologi poliolefin. LyondellBasell menawarkan portfolio produk kitaran yang menyediakan kepada pelanggan, penyelesaian untuk meningkatkan kandungan plastik kitar semula dalam penerapannya dengan polimer kitar semula secara mekanikal yang berkualiti tinggi. Pada tahun 2020, LyondellBasell telah dinobatkan untuk tahun ketiga berturut-turut dalam senarai majalah Fortune sebagai "Syarikat Paling Dikagumi di Dunia." Maklumat lanjut tentang LyondellBasell boleh didapati di www.LyondellBasell.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/562522/LyondellBasell_Advancing_Possible_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: LyondellBasell Industries
Related Stocks:
NYSE:LYB
Keywords: Chemical Contracts Corporate Social Responsibility