omniture

Nifty Games Mengumumkan Pelantikan Peter Moore sebagai Ahli Lembaga Pengarah

Nifty Games Inc.
2020-12-11 21:20 442

Perintis permainan video kembali ke Industri dengan membawa bersama pengalaman luas kepada penerbit permainan mudah alih sukan yang berlesen secara sah 

SAN FRANCISCO, 11 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Nifty Games Inc., pembangun dan penerbit yang memfokuskan pada sesi permainan cepat, permainan sukan secara bersemuka untuk peranti mudah alih, mengumumkan pelantikan legenda industri Peter Moore sebagai Ahli Lembaga Pengarah Nifty Games, berkuatkuasa serta merta.

 

Video Game Trailblazer Peter Moore joins Nifty Games Board of Directors. Nifty Games specialises in quick-session, head-to-head sports games for mobile.
Video Game Trailblazer Peter Moore joins Nifty Games Board of Directors. Nifty Games specialises in quick-session, head-to-head sports games for mobile.

 

Berita ini diumumkan selepas pelancaran NFL Clash, permainan bola sepak Amerika mudah alih yang pertama, pada bulan Ogos 2020. Nifty Games sebelum ini telah mengumumkan kerjasama dengan kedua-dua NBA dan NFL termasuk Persatuan Pemain, iaitu NBPA dan NFLPA.

En. Moore mempunyai rekod yang cemerlang dalam industri permainan video, beliau pernah memegang jawatan sebagai Presiden Sega Amerika dan beliau bertanggungjawab untuk pelancaran Dreamcast, juga sebagai Naib Presiden Korporat bahagian Perniagaan Hiburan Interaktif Microsoft dan beliau bertanggung jawab dalam pelancaran konsol untuk Xbox 360. Beliau mengetuai bahagian permainan Electronic Arts (EA) pada tahun 2007 hingga 2011, sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Electronic Arts pada tahun 2012. Pada tahun 2017, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Liverpool Football Club. Semasa berkhidmat dengan kelab tersebut, Liverpool telah memenangi Liga Juara-Juara UEFA, Piala Dunia Kelab FIFA dan Liga Perdana. En. Moore juga dinobatkan sebagai CEO Terbaik Liga Perdana pada tahun 2019.

Jon Middleton, Ketua Pegawai Eksekutif Nifty Games, berkata: "Kami sangat gembira dan mengalu-alukan Peter Moore sebagai Lembaga Pengarah. Rekod karier Peter adalah amat cemerlang - pengalamannya menerajui Xbox, EA Sports dan kejayaannya baru-baru ini dengan pasukan tempat asalnya Liverpool F.C. merupakan suatu pengetahuan yang luar biasa untuk membantu membawa kemajuan kepada syarikat ini dan menyediakan sukan Nifty Games dalam jumlah yang besar, yang dibangunkan khusus untuk berbilion pemain mudah alih di seluruh dunia."

Mengulas tentang pelantikannya, Peter Moore menyatakan: "Saya teruja dapat bergabung dengan Lembaga Pengarah Nifty Games dan berharap dapat bekerjasama dengan pengasas Jon Middleton, Pete Wanat dan pasukan di Nifty untuk mencipta genre baharu dalam permainan sukan pada keseluruhannya. Kami mempunyai peluang besar di hadapan kami."

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.niftygamesinc.com

Tentang Nifty Games
Nifty Games, ialah sebuah perniagaan yang dibiayai sebagai pembangun dan penerbit permainan video, yang memfokuskan pada sesi permainan cepat, permainan sukan secara bersemuka untuk peranti mudah alih. Nifty Games ialah rakan kongsi kepada NBA, NFL, NBPA & NFLPA. Syarikat ini berpusat di San Francisco Bay Area, dengan pejabat di Los Angeles dan Chicago. Ketahui lebih lanjut di www.niftygamesinc.com

Sila hubungi: Alex Verrey, +44 (0) 7957 204 660

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1373477/peter_moore_nifty_photo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1373476/Nifty_Games_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Nifty Games Inc.
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Sports Personnel announcements