omniture

Gemserv dan Trilliant Bekerjasama untuk Memastikan Keselamatan Siber dan Perlindungan Data Pelanggan

Gemserv Ltd
2020-12-14 17:30 1122

Menjamin keselamatan yang sesuai untuk peranti tersambung kepada para pelanggan dan pengguna akhir mereka 

LONDON, 14 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Gemserv Ltd, penyedia perkhidmatan profesional yang pakar, membantu pelanggan mengembangkan, menanamkan dan mendapatkan penyelesaian digital kompleks, manakala Trilliant pula ialah penyedia penyelesaian komunikasi pintar global di Internet Benda (Internet of Things, IIoT), tenaga pintar dan ruang bandar pintar, hari ini mengumumkan kerjasama mereka dalam memberikan jaminan keselamatan yang lebih baik dalam penggunaan Perisian Head End Trilliant.

Dengan platform produk dan perkhidmatan yang kini terhubung sepenuhnya, Gemserv telah menjadi peneraju dalam penyediaan proses dan prosedur jaminan keselamatan untuk memastikan kekuatan untuk semua titik sambungan, sama ada komponen peranti, antara muka perusahaan tambahan atau sistem pihak ketiga.

"Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Trilliant untuk memastikan bahawa pelanggan, walau di mana sahaja mereka berada, dapat memanfaatkan faedah teknologi grid pintar dengan cara yang selamat dan bersepadu" kata Alex Goody, Ketua Eksekutif Gemserv.  "Bermula daripada membolehkan sifar bersih menjadi kenyataan, kepada meningkatkan penjagaan pesakit di rumah mereka sendiri dan meningkatkan pengalaman pelanggan untuk semua orang, Gemserv dan Trilliant memberikan masa depan yang pintar".

Disebabkan peranti pintar tersambung pelanggan menjadi semakin tersedia, adalah diharapkan wujudnya keupayaan saling kendali antara sistem dan peranti yang menyediakan kawalan penggunaan tenaga yang lebih baik, peruntukan penjagaan kesihatan jarak jauh dan pemantauan harta benda, yang merupakan di antara contohnya. Memastikan keserasian sistem sedemikian dengan bukti kelayakan keselamatan menjadi pemacu perniagaan yang utama, walaupun pelaksanaannya mungkin rumit.

Kerjasama ini menggabungkan kepakaran Gemserv dalam Internet Benda (IoT), pemeteran pintar dan keselamatan siber dengan penyelesaian komunikasi Trilliant yang telah terbukti secara global. Kerjasama antara kedua-dua organisasi ini yang merupakan pakar industri terkemuka dalam bidang IoT, grid pintar dan pemeteran pintar, serta pengalaman luas mereka akan memberikan penyelesaian turnkey yang dapat mengurangkan cabaran utama dalam pelaksanaan sistem IoT.

"Perisian Head End Trilliant direka untuk menghubungkan grid kuasa, rangkaian pengedaran, meter pintar, bandar pintar dan peranti tersambung pintar di rumah secara lancar, yang sentiasa berkembang dari penyedia platform terawal ke penyedia perkhidmatan yang baharu," kata Andy White, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif untuk Trilliant. "Kami meletakkan keselamatan dan privasi data sebagai keutamaan dalam penyelesaian kami dan telah membangunkan etos dalam keseluruhan perniagaan kami yang mengutamakan keselamatan. Trilliant mengalu-alukan kerjasama dengan Gemserv untuk memberi jaminan keselamatan yang lebih baik kepada pelanggan kami."

Kerjasama yang dipersetujui antara Trilliant dan Gemserv merangkumi strategi, rancangan, pelaksanaan sistem, jaminan keselamatan untuk reka bentuk, fasa pembangunan dan ujian, serta pelaksanaan yang berterusan sepanjang penggunaan jangka panjang dan pengembangan horizontal ke dalam sektor perniagaan baharu.

Tentang Trilliant 

Trilliant® memperkasakan industri tenaga dengan satu-satunya platform komunikasi yang dibina khas untuk membolehkan utiliti dan bandar menggunakan sebarang aplikasi dengan selamat dan boleh dipercayai - pada satu rangkaian yang kuat. Dengan penyelesaian yang paling canggih dan terbukti di dunia serta memenuhi syarat global di pasaran, Trilliant memberi kuasa kepada anda dengan menghubungkan world of things® (dunia benda). www.trilliant.com

Tentang Gemserv 

Gemserv ialah penyedia perkhidmatan profesional yang pakar di dunia yang dipacu oleh data dan teknologi. Ia merupakan sebuah syarikat berdasarkan tujuan, merangkumi pelbagai sektor, termasuk tenaga, sektor awam dan kesihatan untuk menangani cabaran sosial dan persekitaran terkini.  Syarikat ini menyediakan khidmat perundingan dan bantuan penyumberan luar untuk menjadikan pasaran berfungsi secara lebih baik, membantu organisasi memanfaatkan kekuatan transformasi digital dan memastikan data orang ramai dilindungi dengan lebih baik dan digunakan secara beretika. www.gemserv.com

 

 

Source: Gemserv Ltd
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Multimedia/Online/Internet Joint ventures