omniture

Pengguna Huawei Antara Yang Pertama Bermain Giblins™ Fantasy Builder Hari ini di AppGallery

Huawei
2020-12-14 17:59 25

Pelancaran Pada Hari yang Sama untuk permainan pembina istana  fantasi Behaviour™ Interactive yang baharu di semua pasaran mudah alih menghasilkan lonjakan kredibiliti bagi AppGallery

SHENZHEN, China, 14 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Pengguna Huawei boleh membina istana fantasi mereka sendiri di Giblins™ Fantasy Builder - permainan strategi mudah alih baharu tentang pengurusan sumber dan pembinaan istana - bermula pada hari ini, yang tersedia di AppGallery. Atas usaha perkongsian berterusan antara Huawei dan pembangun permainan Behaviour™ Interactive, AppGallery merupakan salah satu pasaran aplikasi Android yang pertama untuk mengeluarkan permainan itu.

AppGallery is one of the first Android app marketplaces to release Giblins™ Fantasy Builder.
AppGallery is one of the first Android app marketplaces to release Giblins™ Fantasy Builder.

"Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Huawei sekali lagi untuk membawa dunia Giblin yang menyeronokkan ke AppGallery kepada pemain mudah alih di semua platform secara serentak" kata Wayne Meazza, Naib Presiden Eksekutif Behaviour™ Interactive. "Kami yakin imejan fantasi, nada lucu dan rujukan budaya pop yang menyeronokkan dalam permainan itu akan memikat hati pelbagai golongan pemain, membawa keseronokan dan keterujaan terus ke dalam tapak tangan mereka."

Di Giblins™ Fantasy Builder, pemain dapat membina dan menguruskan istana fantasi mereka yang hebat sambil mengumpulkan kekayaan dengan bantuan Giblin, makhluk seperti goblin yang kuat bekerja dan nakal. Untuk mencapai matlamat itu, pemain menugaskan Giblin mereka mengumpul sumber bawah tanah dan menukang alat hebat untuk Pengembara berani yang melawat istana cantik yang dibina sendiri oleh pemain. Giblin melakukan kesemuanya, dari melombong mineral berharga, hingga membru teh kombucha dan juga menukang senjata.

Giblins™ Fantasy Builder merupakan kali kedua Huawei bekerjasama dengan Behaviour Interactive untuk membawa hasil kerja yang berharga kepada pemain secara serentak melalui AppGallery dan platform mudah alih lain. Untuk menjadikan perkongsian ini lebih menarik, pembangun di Huawei dan Behaviour Interactive bekerjasama rapat untuk mengintegrasikan keupayaan Huawei seperti Kit Akaun dan Pembelian Dalam Aplikasi ke aplikasi permainan baharu ini untuk memberikan pengalaman yang lancar. Kit Akaun HUAWEI membolehkan pengguna mendaftar masuk dengan pantas ke aplikasi permainan untuk memulakan permainan dalam masa yang sangat singkat, manakala Pembelian Dalam Aplikasi (IAP) HUAWEI membolehkan pengguna membeli kandungan dan ciri tambahan dalam aplikasi Giblins™ Fantasy Builder.

AppGallery yang terdapat di lebih daripada 170 buah negara dan wilayah, menawarkan pelbagai aplikasi global dan tempatan yang merangkumi 18 kategori, termasuk navigasi & pengangkutan, berita, media sosial dan pelbagai lagi. AppGallery komited untuk menyediakan pengalaman muat turun aplikasi yang berkualiti tinggi kepada 500 juta pengguna aktif platform itu.

Sila lawati AppGallery sekarang untuk memuat turun Giblins Fantasy Builder.

Tentang AppGallery 

AppGallery ialah sebuah ekosistem pintar dan inovatif yang membolehkan pembangun mencipta pengalaman unik untuk pengguna.  Keupayaan pada peranti unik yang kami hasilkan membolehkan aplikasi diintegrasikan pada seluruh peranti yang berbeza, yang memberikan lebih banyak kemudahan serta pengalaman yang lebih lancar - ini merupakan sebahagian daripada strategi 1+8+N kami yang lebih luas di Huawei. Dengan AppGallery, visi kami adalah untuk menjadikannya platform pengedaran aplikasi yang terbuka dan inovatif yang boleh diakses oleh pengguna dan pada masa yang sama, ia melindungi privasi dan keselamatan pengguna dengan ketat sambil memberikan pengalaman yang unik dan pintar kepada mereka. Sebagai salah satu daripada tiga pasaran aplikasi teratas di seluruh dunia, AppGallery menawarkan pelbagai aplikasi global dan tempatan yang merangkumi 18 kategori, termasuk navigasi & pengangkutan, berita, media sosial dan pelbagai lagi. AppGallery tersedia di lebih daripada 170 buah negara dan wilayah dengan 500 juta pengguna aktif bulanan di seluruh dunia. Dalam separuh tahun pertama 2020, jumlah muat turun daripada AppGallery telah mencecah 261 bilion kali.

Tentang Behaviour™ Interactive 

Behaviour™ Interaktif, ialah pemaju dan penerbit permainan bebas terbesar di Kanada, yang ditubuhkan pada tahun 1992. Syarikat ini mempunyai hampir 700 pekerja di studionya di Montreal. Dengan Dead by Daylight™ hak milik intelektual asal yang memenangi anugerah, Permainan RPG strategy Game of Thrones Beyond the Wall™ dan Giblins™ Fantasy Builder, Behavior terus berkembang sebagai pembangun global yang terkemuka. Di kalangan rakan kongsinya, Behaviour merupakan antara jenama yang paling terkenal di dunia, antaranya Activision, Microsoft, Nintendo, Sony, Ubisoft dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: bhvr.com

Foto- https://mma.prnasia.com/media2/1374001/huawei_giblins.jpg?p=medium600

Source: Huawei
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services