omniture

Persatuan Tenaga Global: Sepuluh idea utama dalam tenaga

The Global Energy Association
2020-12-14 20:00 90

MOSCOW, 14 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Persatuan Tenaga Global telah membentangkan laporan tahunan pertamanya yang berjudul "Sepuluh idea cemerlang dalam tenaga untuk 10 tahun akan datang."

Fasa perubahan iklim global menimbulkan ancaman implikasi yang tidak dapat dipulihkan untuk ekosistem. Para pakar alam sekitar meramalkan bahawa dalam masa 50 tahun, bahagian muka Bumi yang mengalami suhu tahunan purata yang diramalkan melebihi 29 darjah Celsius boleh meningkat daripada 0.8% hingga 19% di seluruh daratan.

"Dari sudut kecekapan ekonomi, idea-idea yang dikemukakan dalam laporan ini tidak tersasar jauh daripada tenaga konvensional. Keperluan terhadap hidrokarbon, minyak dan industri kimia gas tidak akan berkurangan," kata Presiden Persatuan Tenaga Global, Sergey Brilev.

"Tetapi ini adalah idea masa depan untuk mengurangkan pelepasan gas CO2 dan untuk mewujudkan penyelarasan sistem tenaga yang seimbang serta syarikat tenaga yang bersepadu."

Teknologi berdasarkan idea-idea ini memerlukan pertumbuhan kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga serta pengembangan tenaga yang boleh diperbaharui.

Versi lengkap keluaran ini boleh didapati di https://globalenergyprize.org/en/

Tentang persatuan 

Persatuan untuk Pembangunan Penyelidikan dan Projek Antarabangsa dalam Sektor Tenaga - "Tenaga Global" - ialah sebuah organisasi bukan kerajaan, yang ditubuhkan pada tahun 2002 untuk kemajuan dan sokongan inovasi dalam bidang tenaga. Dan untuk peningkatan kerjasama dalam hal-hal berkaitan tenaga. 

Syarikat-syarikat utama Rusia adalah antara ahli persatuan: Gazprom, Rosseti FGC UES, Surgutneftegas.

 

 

Source: The Global Energy Association
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Gas Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities Survey, Polls & Research