omniture

Maxeon Solar Technologies Menyertai Global Compact Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Maxeon Solar Technologies, Ltd.
2020-12-14 20:12 97

Pada suku penuh yang pertama, syarikat itu komited kepada inisiatif kelestarian korporat yang terbesar di dunia

SINGAPURA, 14 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Maxeon Solar Technologies, Ltd. (NASDAQ: MAXN), peneraju global dalam inovasi solar, hari ini bekerjasama dengan Global Compact Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebuah inisiatif kelestarian korporat sukarela yang terbesar di dunia. Syarikat itu komited untuk Menandatangani Sokongan bagi Global Compact pada suku pertama operasi dari ibu pejabat globalnya di Singapura, setelah menjadi entiti bebas pada akhir Ogos 2020. 

Sebagai sebuah inisiatif khas Setiausaha Agung PBB, Global Compact Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyeru semua syarikat yang berada di mana-mana sahaja untuk menyelaraskan operasi dan strategi mereka berteraskan sepuluh prinsip universal dalam bidang hak asasi manusia, pekerja, alam sekitar dan anti-rasuah serta mengambil tindakan bagi menyokong Matlamat Pembangunan Kelestarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Matlamat Global atau SDG). Ia merangkumi lebih daripada 10,000 syarikat dan 3,000 bukan perniagaan yang turut menandatangani sokongan dan berpusat di lebih daripada 160 buah negara serta lebih daripada 60 buah Rangkaian Tempatan.

"Dengan tempoh yang kurang daripada sepuluh tahun lagi untuk memenuhi Agenda PBB 2030 dalam pembangunan kelestarian, tenaga boleh diperbaharui akan menjadi penyebab utama yang mendorong agenda penyahkarbonan Singapura dan juga dunia," kata Esther Chang, Pengarah Eksekutif, Global Compact Network Singapore. "Global Compact Network Singapore memberi keutamaan untuk membolehkan perniagaan beralih dengan lancar ke masa depan yang rendah karbon melalui pembangunan komuniti dan kapasiti. Kami amat mengalu-alukan penyertaan Maxeon Solar Technologies ke Global Compact Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan berharap dapat bekerjasama dengan mereka untuk mengambil tindakan tegas bagi memenuhi SDG."

Sebagai sebahagian daripada komitmen kelestariannya untuk menyelesaikan masalah global, Maxeon akan menyelaraskan strategi Alam Sekitar, Sosial, Tadbir Urus (Environmental, Social, Governance, ESG) dengan SDG Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di samping terus menyampaikan teknologi terkemuka industri untuk mendayakan inisiatif penyahkarbonan kepada pelanggannya. Rangka kerja global ini menetapkan 17 matlamat yang dipersetujui pada tahun 2015 oleh kesemua 193 Negara Anggota PBB. Menurut prakata daripada Setiausaha Agung PBB dalam Laporan Matlamat Pembangunan Kelestarian 2020baru-baru ini, pandemik COVID-19 yang sedang berlaku sekarang mengancam nyawa dan pendapatan, mendedahkan dan membuat ketidaksamarataan dan ketidakadilan yang sedia ada menjadi bertambah teruk dan membuat aspirasi untuk mencapai Matlamat Global menjadi lebih mencabar.

"Dengan meluaskan strategi kelestarian kami kepada Global Compact Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Matlamat Pembangunan Kelestarian, kami dapat memberi kesan yang lebih besar kepada masyarakat di lebih 100 buah negara - terutama pada masa pandemik ini, yang belum pernah terjadi sebelum ini, tindakan segera untuk menyokong SDG merupakan kuncinya," kata Jeff Waters, Ketua Pegawai Eksekutif Maxeon Solar Technologies, dalam blog yang disiarkan hari ini. "Ini merupakan komitmen yang diilhamkan daripada matlamat syarikat kami, Powering Positive Change (Memperkasakan Perubahan Positif)– iaitu kepercayaan teguh kami bahawa, dengan sentiasa memperbaiki diri, kami membantu mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk planet, pihak berkepentingan dan perniagaan kami."

Untuk memberi komitmen luarannya kepada Global Compact PBB, Maxeon telah memberi sokongan kepada pasukan dalamannya dengan melantik Lindsey Wiedmann, Ketua Pegawai Undang-Undang, sebagai Pemimpin Eksekutif Alam Sekitar, Sosial, Tadbir Urus Global (ESG). Wiedmann akan mengetuai pasukan pakar ESG dengan membawa bersama pengalaman langsung beliau dengan Global Compact PBB. Matthew Kasdin, Pengarah, Penasihat Kanan, ialah Penasihat Undang-Undang untuk Global Compact PBB dan inisiatif Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab (Principles for Responsible Investment, PRI) serta ahli Jawatankuasa Penasihat Pihak Berkepentingan Program Pembangunan Perubahan Iklim, PBB. Baru-baru ini, beliau menyertai Alvin Seo, Ketua Global ESG, salah seorang daripada sepuluh orang di seluruh dunia yang dianugerahkan sebagai Perintis SDG Global Compact PBB pada tahun 2019, iaitu anugerah yang mengiktiraf individu dalam perniagaan yang memperjuangkan kelestarian dan menggerakkan syarikat untuk membawa kebaikan.

"Di Maxeon, kami didorong oleh peluang untuk memberi kuasa kepada orang ramai walau berada di mana saja, yang boleh membawa kesan positif kepada dunia, dengan fokus utama untuk penyahkarbonan di planet kita.  Kami berbangga dengan warisan kami dalam peningkatan kemajuan terhadap industri suria dan bersemangat untuk menyertai Global Compact PBB serta meneruskan usaha penting ini bersama-sama dengan organisasi dan syarikat yang bermatlamat serupa yang mengutamakan pengurusan alam sekitar, sosial dan tadbir urus melalui kemajuan Matlamat Pembangunan Kelestarian," simpul Wiedmann.  

Untuk maklumat lanjut tentang usaha ESG Maxeon, sila layari https://www.maxeon.com/esg

Tentang Maxeon Solar Technologies
Maxeon Solar Technologies (NASDAQ:MAXN) ialah Powering Positive Change™ (Memperkasakan Perubahan Positif). Maxeon yang beribu pejabat di Singapura, ialah syarikat yang mereka bentuk, mengeluarkan dan menjual panel solar jenama SunPower® di lebih daripada 100 buah negara, yang mengendalikan jenama SunPower di seluruh dunia kecuali Amerika Syarikat dan Kanada. Syarikat ini merupakan peneraju dalam inovasi suria dengan akses kepada lebih 900 paten dan dua barisan produk panel suria yang terbaik. Sebagai Penyokong yang telah Menandatangani Global Compact PBB dan penyokong Matlamat Global PBB, Maxeon merupakan perintis dalam kelestarian solar dengan kelayakan hijau yang pertama industri dalam panel dan gugusan lima kemudahan yang disahkan oleh LEED. Dengan operasi di Afrika, Asia, Oceania, Eropah dan Mexico, produk Maxeon merangkumi pasaran loji tenaga solar dan atap global melalui rangkaian dengan lebih daripada 1,100 rakan kongsi dan pengedar yang dipercayai. Sebagai perintis dalam pembuatan solar yang lestari, Maxeon memanfaatkan sejarah 35 tahun dalam industri solar dan menerima banyak anugerah untuk teknologinya. Untuk maklumat lanjut tentang cara Maxeon melaksanakan motonya Powering Positive Change™ sila lawati kami di www.maxeon.com, di LinkedIn dan di Twitter @maxeonsolar.

Pernyataan Berpandangan ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan dalam pengertian Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pernyataan berkenaan sejauh mana dan keberkesanan usaha syarikat untuk menyelaraskan Strategi Alam Sekitar, Sosial, Tadbir Urus (ESG) dengan Matlamat Pembangunan Kelestarian PBB dan kemampuannya untuk mencapai matlamat ini. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini berdasarkan pada andaian, jangkaan dan kepercayaan masa kini dan melibatkan ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini.  Perbincangan terperinci tentang faktor-faktor ini dan risiko lain yang mempengaruhi perniagaan kami termasuk dalam pemfailan yang kami buat dengan SEC dari masa ke semasa, termasuk Borang 20-F kami, yang disahkan oleh SEC berkuat kuasa pada 4 Ogos 2020, di bawah tajuk khusus "Item 3.D. Risk Factors." Salinan fail ini boleh didapati dalam talian daripada SEC atau pada Seksyen Kewangan & Pemfailan pada laman web Perhubungan Pelabur kami di www.maxeon.com/financials-filings/sec-filings. Semua pernyataan berpandangan ke hadapan dalam siaran akhbar ini adalah berdasarkan maklumat yang ada pada masa ini dan kami tidak berkewajipan untuk mengemas kini pernyataan berpandangan ke hadapan ini berdasarkan maklumat baharu atau peristiwa masa depan.

© 2020 Maxeon Solar Technologies, Ltd. Hak Cipta Terpelihara. MAXEON ialah tanda dagangan berdaftar bagi Maxeon Solar Technologies, Ltd. Sila layari www.maxeon.com/trademarks untuk maklumat lanjut. 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1275353/Maxeon_Logo_Open_Blue_RGB2_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Maxeon Solar Technologies, Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:MAXN
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Utilities Environmental Issues Socially Responsible Investing