omniture

Xinhua Silk Road: Festival ujian musim sejuk automotif pertama dibuka di Heihe Timur Laut China

Xinhua Silk Road
2020-12-14 20:26 248

BEIJING, 14 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Festival ujian musim sejuk automotif pertama dibuka pada hari Khamis di Heihe, Wilayah Heilongjiang timur laut China yang bertujuan untuk meningkatkan pembangunan industri ujian automotif bandar berkenaan.

Festival ujian musim sejuk automotif pertama dibuka di Heihe Timur Laut China
Festival ujian musim sejuk automotif pertama dibuka di Heihe Timur Laut China

Sepanjang festival selama tiga bulan itu, Heihe merancang untuk mengadakan lapan siri aktiviti seperti perlumbaan salji CCPC, pertandingan memandu di jalan raya bandar dan pengalaman pandu sendiri Porsche.

Sebelum proses pengeluaran secara besar-besaran, automobil perlu menjalani sesi pandu uji di kawasan-kawasan yang mengalami cuaca melampau bagi menjamin kualiti yang luar biasa, kebolehpanduan dan keselamatan yang membawa peluang untuk Heihe, sebuah bandar yang terletak di kawasan berlatitud tinggi dan sangat sejuk di China.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Heihe telah menjadikan pembangunan industri ujian automotif sebagai tugas penting bagi mengukuhkan industri ais dan salji bandar berkenaan. Setelah bertahun-tahun mengalami pembangunan, Heihi berjaya menarik lapan perusahaan ujian musim sejuk dan tiga institusi pemeriksaan dan pengujian automobil peringkat kebangsaan. Sebanyak 24 perusahaan automobil telah menubuhkan pusat ujian musim sejuk eksklusifnya di Heihe, dengan proses ujian musim sejuk menyumbang sebanyak lebih daripada 80 peratus daripada jumlah keseluruhan di China.

Dengan menganjurkan festival ujian musim sejuk, Heihe yakin dapat mewujudkan persekitaran bertaraf dunia untuk perusahaan ujian automotif, institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengujian untuk membangun dengan lebih baik di Heihe, kata Mali, ketua parti Heihe.

Heihe mempunyai banyak sumber ujian musim sejuk automotif, sistem pengangkutan yang lengkap dan jaminan perkhidmatan yang unggul.  Persatuan Pengeluar Automobil China (CAAM) akan menyediakan Heihe dengan perkhidmatan yang lebih hebat dan berkesan dari segi perkhidmatan maklumat, penetapan piawaian dan disiplin diri industri, menurut Yu Guang, ketua pakar CAAM.

Dengan lokasi geografi yang unik, sumber semula jadi yang baik, persekitaran humanistik yang tulus serta fungsi-fungsi bandar yang sempurna, Heihe akan terus memberi jaminan kukuh untuk perusahaan auto bagi memperoleh parameter ujian musim sejuk, kata Li Debin, ketua jurutera kualiti JAC Group.

Di upacara perasmian, Zong Huanping, timbalan pengarah eksekutif Pejabat Projek Jenama-jenama Nasional Xinhua News Agency, mengumumkan bahawa industri ujian musim sejuk automotif di Heihi berjaya dimasukkan ke dalam Projek Jenama-jenama Nasional Xinhua News Agency.

Pada masa akan datang, Projek Jenama Nasional akan bergantung pada sumber media beranekanya, saluran komunikasi yang kukuh serta kumpulan pemikir yang berwibawa, bagi menyediakan perkhidmatan promosi jenama untuk Heihi dan meluaskan lagi pengaruh jenama dan kesan sosial industri ujian musim sejuk automotif Heihi.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/318226.html

Source: Xinhua Silk Road
Related Links:
Keywords: Auto Publishing/Information Service Transportation New products/services