omniture

Hasil kajian rintis di Kanada mengesyorkan bahawa preskripsi etil icosapent (VASCEPA®) boleh memulihkan gejala COVID-19 dan mengurangkan keradangan

Canadian Medical & Surgical Knowledge Translation Research Group
2020-12-15 02:40

TORONTO, 15 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Hasil sebuah kajian di Kanada yang diumumkan minggu ini menunjukkan data yang memberangsangkan yang mengesyorkan bahawa preskripsi kekuatan omega-3 yang dikenali sebagai etil icosapent (VASCEPA) dapat mengurangkan keradangan dan memulihkan gejala pada pesakit yang didiagnosis dengan COVID-19.

"Kajian ini menunjukkan bukti pertama kesan anti-radang awal etil icosapent pada pesakit luar dengan gejala positif COVID-19 - yang mewakili sebahagian besar pesakit yang dijangkiti penyakit ini dalam komuniti", kata Profesor Deepak L. Bhatt dari Brigham and Women's Hospital dan Harvard Medical School.

Kajian ini dijalankan oleh Kumpulan Penyelidikan Terjemahan Ilmu Perubatan dan Pembedahan Kanada menggunakan sebuah geran hasil inisiatif para penyelidik dari HLS Therapeutics dan Amarin Pharmaceuticals.  Ia dibentangkan oleh Profesor Bhatt sebagai Ujian Klinikal Mutakhir pada 12 Disember di National Lipid Association Conference.

"Peningkatan yang besar dan ketara dalam gejala yang dilaporkan oleh pesakit memberikan pilihan yang selamat, boleh diterima dengan baik dan agak murah untuk memberi impak terhadap morbiditi yang berkaitan dengan COVID-19, walaupun penemuan ini harus disahkan dalam ujian dwibutaan, plasebo terkawal," kata Dr. Bhatt, semasa pembentangannya.

Tentang Kajian ini

Kajian yang diluluskan oleh Health Canada ini dijalankan oleh Kumpulan Penyelidikan Terjemahan Ilmu Perubatan & Pembedahan Kanada.

100 orang pesakit Kanada yang positif COVID-19 dalam komuniti diambil melalui pakar perubatan keluarga mereka. Kesemua mereka telah didiagnosis positif COVID-19 selama 3 hari berturut-turut. Pesakit menerima sama ada VASCEPA atau penjagaan biasa (tanpa rawatan) secara rambang dalam satu kajian terbuka.  VASCEPA, mempunyai kandungan asid lemak omega-3 tulen yang tinggi dan boleh didapati melalui preskripsi, dengan kuantiti satu dos iaitu 8 gram setiap hari selama 3 hari dan kemudian 4 gram sehari selama 11 hari (untuk jumlah rawatan selama 2 minggu)

Rawatan dengan VASCEPA menjurus kepada pengurangan penanda biologi keradangan sebanyak 25% dan kepekaan tinggi protein C-Reactive (CRP), yang ketara secara statistik. Rawatan dengan VASCEPA juga memulihkan seluruh gejala.  Pada akhir tempoh rawatan selama 14 hari, prevalens gejala FLU-PRO dikurangkan dengan ketara daripada 100% (pada garis dasar) menjadi 48% - menunjukkan penurunan gejala sebanyak 52% berbanding dengan 24% pada pesakit yang tidak dirawat.  Skor FLU-PRO ialah suatu ukuran yang didapati daripada laporan pesakit dan disahkan untuk menilai kehadiran, tahap kesakitan dan jangka masa gejala flu.  Rawatan boleh diterima dengan baik tanpa kesan sampingan yang besar.

Terdapat potensi manfaat penting lain yang diperhatikan daripada VASCEPA yang merujuk kepada domain gejala pada badan/sistemik dan gejala di bahagian dada/pernafasan seperti yang dinilai oleh skor FLU-PRO.

"Bagi sebahagian besar pesakit dalam rawatan saya yang didiagnosis dengan COVID-19 yang mempunyai gejala ringan hingga sederhana, ia memberikan pendekatan yang selamat dan berkesan untuk dipertimbangkan" Dr. Gus Meglis, pakar perubatan keluarga dan ahli jawatankuasa pemandu yang terlibat dalam kajian ini. Dr. Arthur Kushner, seorang pakar perubatan keluarga dan ahli jawatankuasa pemandu, mendapati bahawa hasil ini "penting" dan dapat menawarkan pilihan kepada kebanyakan pesakit dalam komuniti.

"Hasil yang menarik ini harus dikaji dalam jumlah pesakit yang lebih ramai secara dwibuta rambang - dan kajian seumpamanya seperti PREPARE-IT 1 dan PREPARE-IT 2 sedang dijalankan dengan VASCEPA," kata Dr. Subodh Verma, penyelidik bersama, kajian ini.

Tentang Kumpulan Penyelidikan Terjemahan Ilmu Perubatan & Pembedahan Kanada
Kumpulan Penyelidikan Terjemahan Ilmu Perubatan & Pembedahan Kanada ialah sebuah organisasi penyelidikan pakar perubatan akademik bukan berkeuntungan yang diperbadankan di peringkat persekutuan. Vascepa tidak menunjukkan bahawa ia adalah rawatan untuk COVID-19.

Hubungan Media: Michelle Magee, 416.471.2336 m, michelle@pumpkinpr.com; Holly Roy, 780.991-2323 m, hollyr@pumpkinpr.com 

Source: Canadian Medical & Surgical Knowledge Translation Research Group
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals