omniture

Dole Packaged Foods Melancarkan Inisiatif #UnstuffedBears Dengan Tulus Ikhlas di Asia Pacific untuk Mengubah Realiti yang Tidak Menyenangkan Tentang Kanak-kanak yang Kelaparan

Dole Packaged Foods, LLC
2020-12-15 10:00 34

Dengan 1 daripada 5 orang kanak-kanak di seluruh dunia dijangka akan kelaparan pada Krismas ini, Dole terus mengaktifkan "Janji Dole" ("The Dole Promise") dengan kempen amal yang berpusatkan kepada ikon zaman kanak-kanak: patung beruang teddy

SINGAPORE, 15 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Pada musim percutian ini, dianggarkan bahawa satu daripada lima orang kanak-kanak akan kelaparan di seluruh dunia - satu statistik yang mengejutkan malah akan menjadi lebih teruk kerana kesan daripada pandemik tersebut. Memikirkan realiti yang tidak menyenangkan ini, Dole Packaged Foods hari ini mengumumkan kempen#UnstuffedBears , iaitu satu usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang jurang kelaparan yang semakin meningkat, mengumpulkan dana dan menyumbangkan makanan berkhasiat yang akan membantu keluarga yang memerlukan pada musim ini. Ini adalah tindakan utama dalam komitmen jenama "Janji Dole" untuk memberi akses kepada pemakanan lestari untuk 1 bilion orang menjelang tahun 2025.

One in five children worldwide may go hungry this Christmas. Dole Unstuffed Bears initiative works to raise awareness and funds to address global hunger crisis.
One in five children worldwide may go hungry this Christmas. Dole Unstuffed Bears initiative works to raise awareness and funds to address global hunger crisis.

"Kami berterima kasih di atas sokongan rakan kongsi kami dan kami tidak akan dapat melakukan perbezaan yang nyata tanpa sokongan mereka. Dengan sebegitu ramai kanak-kanak menghadapi kelaparan sepanjang cuti, kempen ini akan memberi perbezaan dalam menyebarkan kesedaran dan sokongan yang sangat diperlukan. Setiap kanak-kanak berhak mendapat jaminan makanan dan matlamat kami adalah menjalankan tugas kami untuk menjadikannya sebagai satu kenyataan pada musim percutian ini," kata Aashim Malhotra, Naib Presiden dan Pengarah Urusan, Dole Packaged Foods (APAC).

Kempen ini menjadi lebih menarik melalui imejan bermakna ikon kanak-kanak sejagat: patung beruang teddy dan akan menemui pengguna melalui video dalam talian, paparan dan media sosial sepanjang musim cuti ini. Kempen ini akan menggalakkan pengguna untuk membantu mengisi patung beruang melalui sumbangan di www.DoleUnstuffedBears.com yang memberi manfaat kepada badan amal di pelbagai pasaran di rantau ini.

Dole juga akan menyokong badan amal yang terlibat. Untuk setiap dolar yang anda sumbangkan kepada badan amal, Dole akan menyumbang nilai yang sama dalam bentuk produk.

Lima ekor beruang ditampilkan dalam kempen ini dengan empat ekor beruang digambarkan dengan kemewahan makanan lazat dan berperut montel yang kita sememangnya sayang. Namun, seekor beruang kelihatan lapar, tanpa makanan dan bersendirian di tangga dengan perut yang "tidak terisi" untuk menunjukkan kesan kelaparan terhadap kanak-kanak. Tetapi dengan sokongan kempen ini dan kerjasama Dole dengan pelbagai badan amal yang bergantung kepada pasaran, pengguna dapat membantu untuk memberi makan kepada #UnstuffedBears—dan seterusnya untuk kanak-kanak yang memerlukan—bagi memberi kesan yang signifikan pada musim cuti ini .

Kempen #UnstuffedBears – adalah satu daripada banyak tindakan yang dirancang oleh jenama ini untuk menyokong "Janji Dole," yang diperkenalkan pada bulan Julai tahun ini dan bertujuan untuk membawa kemakmuran yang saling bergantung kepada manusia dan bumi ini.

Untuk melihat butiran lengkap "Janji Dole", sila layari sunshineforall.com dan muat turun "Janji Dole" di sini.

Tentang Janji Dole 
Pada bulan Jun 2020, Dole mengumumkan Janji Dole, dengan tiga terasnya berkisarkan pemakanan, kelestarian dan penciptaan nilai bersama.

Lebih Baik untuk Manusia: Akses kepada pemakanan lestari untuk 1 bilion orang menjelang tahun 2025, menuju ke arah sifar gula yang diproses dalam semua produk Dole menjelang tahun 2025.

Lebih Baik untuk Bumi: sifar kehilangan buah dari ladang Dole ke pasaran menjelang tahun 2025, pembungkusan plastik berasaskan fosil sifar menjelang tahun 2025, pelepasan sifar bersih karbon dalam operasi Dole menjelang tahun 2030.

Lebih Baik untuk Pemegang Saham: Dole akan terus memberikan impak positif kepada semua petani, masyarakat dan orang yang bekerja untuk Dole – melalui komitmennya terhadap peluang yang sama, sara hidup dan tahap keselamatan, pemakanan dan kesejahteraan yang semakin meningkat. Syarikat ini juga berusaha untuk memajukan hak asasi manusia dalam operasi langsung dan rantaian bekalan dengan membina budaya ketelusan dan akauntabiliti. Syarikat mensasarkan peningkatan sebanyak 50% dalam nilai perniagaannya menjelang tahun 2025.

 

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1374093/dole_packaged_foods_unstuffed_bears_initiative.jpg?p=medium600

Video - https://www.youtube.com/watch?v=QfGGEOEC9Oo

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/152677/dole_packaged_foods_logo.jpg?p=medium600

Source: Dole Packaged Foods, LLC
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Broadcast feed announcements Children-related news Corporate Social Responsibility