Peminat boleh menghantar idea permainan video terbaik mereka dan menyertai bengkel pengekodan percuma dengan Microsoft
REDMOND, Washington, 15 Disember, 2020 /PRNewswire/ -- Microsoft Corp. dan Warner Bros. memulai kerjasama epik, untuk meraikan pelancaran filem baharu "Space Jam: A New Legacy," yang akan ditayangkan pada tahun 2021. Kempen ini menggabungkan Xbox dengan juara bola keranjang dan ikon budaya LeBron James, Bugs Bunny dan ramai lagi daripada Looney Tunes Tune Squad untuk memeriahkan pendidikan pengekodan dan menghasilkan permainan video arked Xbox yang diilhamkan daripada filem itu.
Seperti yang diumumkan di Instagramnya, LeBron dan Bugs Bunny sedang menganjurkan pertandingan mencari idea permainan video terbaik daripada penyertaan para peminat. Bermula dari 14 Disember sehingga 30 Disember, para peminat yang berumur 14 tahun dan ke atas boleh mengunjungi laman web pertandingan yang rasmi untuk menyemak peraturan rasmi dan menghantar idea permainan mereka. Untuk menyertai, peminat memilih genre permainan pilihan mereka menggunakan gambar utama dan kemudian menerangkan idea permainan dengan kurang daripada 500 patah perkataan.
Dua pemenang akan menyaksikan idea mereka dihidupkan dalam permainan video arked rasmi untuk "Space Jam: A New Legacy", sebagai Faedah Istimewa untuk ahli Xbox Game Pass Ultimate pada tahun 2021. Para pemenang juga akan menerima hadiah-hadiah berikut: nama mereka akan ditampilkan dalam kredit permainan; bungkusan hadiah eksklusif pemenang dengan memorabilia LeBron James yang ditandatangani dan tulen, barangan "Space Jam: A New Legacy" dan pek VIP Nike, serta konsol Xbox Series S yang diperibadikan; tayangan filem peribadi untuk rakan-rakan dan keluarga; dan bengkel pengekodan Microsoft maya untuk komuniti tempatan mereka.
Untuk membantu pengekod dari semua peringkat umur memulakan kreativiti mereka menganjurkan bengkel maya bertemakan "Space Jam: A New Legacy" tentang penciptaan permainan video, yang unik secara percuma. Para pelajar akan membina prototaip permainan video yang boleh dimainkan menggunakan pengekodan berasaskan blok pada platform MakeCode Arcade, sambil belajar tentang kemahiran profesional dan kerjaya STEAM yang terlibat dalam reka bentuk permainan. Sumber tambahan dan bengkel percuma lain yang mengajar kemahiran baharu dan memberi hiburan kepada kanak-kanak pada musim percutian ini boleh didapati pada halaman bengkel pelajar maya di microsoft.com.
Terdapat juga dua pelajaran Microsoft Learn yang bertemakan filem, menyasarkan kepada pengkod yang lebih berpengalaman, remaja yang lebih tua, pelajar sekolah menengah dan kolej serta orang dewasa, yang memfokuskan kepada cara menggunakan statistik pemain untuk membuat keputusan keputusan sewaktu dalam permainan. Pelajaran pertama merangkumi ramalan penilaian kecekapan dengan pembelajaran mesin dan Kod Visual Studio, menggunakan data daripada pemain bola keranjang manusia dan Tune Squad . Pelajaran kedua merangkumi tentang membina aplikasi web menggunakan model pembelajaran mesin tambahan dalam masa nyata untuk membantu juru latih memutuskan siapa yang perlukan rehat dan siapa yang harus dimasukkan ke dalam permainan untuk menghasilkan kemungkinan kemenangan tertinggi.
Pertandingan permainan video, bengkel pengekodan dan pelajaran tersebut adalah sejajar dengan inisiatif kemahiran, yang lebih besar dari Microsoft, yang bermatlamat untuk membantu 25 juta orang — termasuk mereka dari populasi yang kurang diwakili —memperoleh kemahiran digital baharu dan menerapkannya dalam minat mereka.
TENTANG SPACE JAM: A NEW LEGACY
Selamat datang kepada Kesesakan! Juara bola keranjang dan ikon budaya LeBron James meneruskan pengembaraan epik bersama Tune Bugs Bunny yang terkenal dalam acara animasi/aksi langsung "Space Jam: A New Legacy," hasil karya pengarah Malcolm D. Lee dan pasukan pembuat filem yang inovatif iaitu Ryan Coogler dan Maverick Carter. Perjalanan transformasi ini merupakan gabungan mania daripada dua buah dunia yang menunjukkan sejauh mana sebilangan ibu bapa sanggup lakukan untuk berhubung dengan anak-anak mereka. Apabila LeBron dan anak lelakinya, Dom terperangkap dalam ruang digital disebabkan oleh A.I yang jahat, LeBron mesti membawa mereka pulang dengan selamat dengan mengetuai Bugs, Lola Bunny dan seluruh ahli kumpulan Looney Tunes yang terkenal dan sikap tidak berdisiplin untuk memenangi kejuaraan digital A.I di gelanggang: kumpulan bintang bola keranjang yang hebat yang tidak pernah anda saksikan sebelum ini. Ia adalah tentang pertarungan antara Tunes dan Goons dalam cabaran berisiko tertinggi dalam hidupnya, menguatkan semula perhubungan LeBron dengan anaknya dan memberi pengajaran tentang kuasa yang didapati apabila menjadi diri sendiri. Tunes yang sedia untuk bertindak memusnahkan konvensyen, menambah kemahiran unik mereka dan bahkan turut membuat "King" James terkejut apabila bermain permainan dengan cara mereka sendiri.
TENTANG MICROSOFT
Microsoft (Nasdaq "MSFT" @microsoft) mendayakan transformasi digital untuk era awan dan sisi pintar. Misinya adalah untuk membolehkan setiap orang dan organisasi di planet ini mencapai lebih banyak kejayaan.
Video - https://www.youtube.com/watch?v=95zDv5uasoE
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1373579/xbox_arcade_style_video_game_contest.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/24227/microsoft_corp_logo226_9217jpg.jpg?p=medium600