omniture

The Macallan Red Collection Dilancarkan Dengan Permulaan Yang Memberangsangkan Di Butik The Macallan By Le Clos Dengan Jualan Melebihi USD2 Juta

Le Clos; The Macallan
2020-12-16 20:22 96

- Le Clos di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) meraikan pelancaran The Macallan Red Collection yang luar biasa dengan memperoleh jualan melebihi USD2 juta

- Ia menenggelamkan semua kempen pelancaran terdahulu dalam sejarah Le Clos

DUBAI, UAE, 16 Disember 2020 /PRNewswire/ -- The Macallan dan Le Clos telah bekerjasama untuk melancarkan The Red Collection di Butik The Macallan by Le Clos, yang memperkukuh kedudukannya sebagai salah satu peruncit global terkemuka The Macallan. Jualan yang dijana semasa pelancaran adalah melebihi USD2 juta, dengan pembelian daripada pengumpul antarabangsa serta pengumpul tempatan di Dubai dalam masa beberapa jam selepas pelancaran global tersebut.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8829251-macallan-red-collection-takes-off/

Butik The Macallan by Le Clos kekal beroperasi di sepanjang fasa pandemik. Mereka melihat keperluan untuk berubah dengan cepat dan mempunyai fokus digital yang lebih canggih supaya dapat melayani pelanggan di mana-mana sahaja melalui Butik versi dalam talian (www.leclos.net/themacallan). Melalui kempen butik dalam talian dan pemasaran secara langsung, Le Clos dan The Macallan terus menjana hasil jualan yang luar biasa dalam tempoh yang amat mencabar ini.

Jeremy Speirs, Pengarah Urusan Serantau Edrington Global Travel Retail mengulas: "Penampilan rangkaian wiski yang luar biasa untuk The Red Collection ini amat bertepatan dengan kedudukan Le Clos sebagai salah satu peruncit yang dipilih untuk menyemarakkan pelancaran ini di Butik The Macallan. Dengan pemahamannya yang tiada tandingan tentang citarasa mewah pengguna dan rekod prestasi dalam menyediakan landasan untuk beberapa produk The Macallan yang paling premium dan popular, Le Clos telah menjadi jenama yang dipercayai dan popular."

Ben Odgers, Pengurus Besar Le Clos menambah: "Menjana jualan yang luar biasa seperti ini sewaktu keadaan sekarang yang tidak pernah berlaku sebelum ini, ia menjadi bukti kepada The Red Collection yang eksklusif, kerjasama kami dengan The Macallan serta kesetiaan dan sokongan berterusan daripada pelanggan kami. Kerjasama kami dengan The Macallan dan komitmen bersama terhadap inovasi telah membolehkan Butik The Macallan by Le Clos menjadi salah satu lokasi popular di seluruh dunia untuk pengumpul dan penggemar wiski The Macallan."

Produk utama The Red Collection merangkumi The Macallan 40 Years Old, The Macallan 50 Years Old dan The Macallan 60 Years Old yang merupakan yang tertua pernah ditawarkan oleh The Macallan. Koleksi ini akan disertai dengan pelancaran koleksi yang lebih lama, bermula dengan The Macallan 71 Years Old, The Macallan 74 Years Old dan The Macallan 78 Years Old. Malt tunggal yang sukar ditemui dan menakjubkan ini merupakan antara wiski Scotch tertua di dunia, dengan The Macallan 74 Years Old dan The Macallan 78 Years Old menjadi wiski tertua yang pernah dikeluarkan oleh jenama ini.

Pelancaran eksklusif tersebut merupakan perkembangan terkini dalam kerjasama yang telah lama terjalin antara The Macallan dan Le Clos yang telah memenangi anugerah dan pelanggan di seluruh dunia boleh melihat portfolio Red Collection dan The Macallan di leclos.net/themacallan

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1385204/the_macallan_red_collection.jpg?p=medium600
Video - https://mma.prnasia.com/media2/1387175/Le_Clos_The_Macallan_Video.mp4

 

 

 

The Macallan Red Collection
The Macallan Red Collection

 

Source: Le Clos; The Macallan
Related Links:
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Retail Broadcast feed announcements Joint ventures MultiVu Photo MultiVu Video New products/services