![]() |
EASTON, Pennsylvania, 17 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Victaulic mengumumkan pelantikan Rick Bucher sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, menggantikan John F. Malloy, berkuat kuasa pada 31 Januari 2021. Dr. Bucher dinamakan sebagai Presiden Victaulic pada bulan April 2020, selepas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Operasi pada bulan Jun 2019. Sebelum menyertai Victaulic pada tahun 2009 sebagai Naib Presiden Kejuruteraan, Dr. Bucher bekerja selama 15 tahun untuk W.L. Gore, pengeluar bahan komposit maju dari segi teknologi. Dr. Bucher menerima sijil B.S. dan M.S. dalam kejuruteraan dari Rice University dan Ph.D. dalam sains bahan dari Virginia Tech.
Dr. Malloy, yang akan kekal sebagai Pengerusi Lembaga Victaulic, memberi komen, "Rick telah menunjukkan kebijaksanaan, penilaian dan keberanian secara konsisten untuk membuat keputusan yang bijak dan kadang kala sukar di samping mengekalkan ihsan dan keprihatinan untuk semua orang yang berkaitan dengan Victaulic – para pekerja, pelanggan, pemegang saham dan komuniti kami. Sejak menyertai Victaulic pada tahun 2009, Rick telah mengukuhkan komitmen yang telah lama dipertahankan oleh Victaulic terhadap inovasi. Di bawah kepimpinannya, portfolio paten Victaulic telah berkembang luas dengan pengeluaran lebih daripada 3,200 paten secara global sementara organisasi penyelidikan dan pembangunan kami telah berkembang sebanyak dua kali ganda.
Sejak paten pertamanya diterima pada tahun 1919, Victaulic telah berkembang menjadi pengeluar penyelesaian penyambungan paip mekanikal terkemuka di dunia. Sistem Victaulic berfungsi di lebih daripada 140 buah negara dalam perniagaan yang pelbagai termasuk pengekstrakan dan pemprosesan minyak serta gas, pemprosesan kimia, perlombongan, penjanaan kuasa, rawatan air dan air buangan, kemudahan ketenteraan, pembinaan kapal dan penghantaran, perpaipan, pemanasan, pendingin udara dan sistem perlindungan kebakaran.
Tahun lepas, Victaulic meraikan Ulang Tahunnya yang Keseratus sebagai syarikat milikan keluarga dan menambah hampir satu juta kaki persegi bagi operasi pengeluaran syarikat. Pelaburan ini merangkumi pusat pengeluaran baharu yang canggih seluas 400,000 kaki persegi di Lehigh Valley, Pennsylvania serta pelaburan dan pengembangan kemudahan syarikat di Dalian, China; Drezdenko, Poland; dan Ontario, Kanada.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.victaulic.com or IndustryWeek.
Video - https://www.youtube.com/watch?v=_QsMJo0G7qg
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1387180/victaulic_rick_bucher.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/438995/Victaulic_Logo.jpg?p=medium600