![]() |
BDx menawarkan perkhidmatan yang dipertingkatkan Cogent kepada pelanggan di seluruh Asia
HONG KONG, 17 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Big Data Exchange (BDx), kluster pusat data pan-Asia, hari ini mengumumkan perkhidmatan daripada Cogent Communications kini akan tersedia di kemudahan pusat data Singapore (SIN1) miliknya, sebagai tambahan kepada ruang pertemuan (meet-me room) yang telah sedia sesak. Cogent Communications ialah antara tiga syarikat pusat data terkemuka di peringkat global yang khusus dalam menyediakan transit IP, akses internet khusus, jaringan ethernet, SD-WAN dan perkhidmatan kolokasi.
Singapura mempunyai megawatt per kapita tertinggi di seluruh dunia dan lokasinya yang menarik dan strategik di tengah-tengah Asia memberi peluang kepada perusahaan untuk mengakses pasaran Asia Pasifik yang baru muncul. Sebaliknya, permintaan tinggi untuk ruang kolokasi menjadikan ketersediaan pusat data sukar diperoleh untuk pelanggan baharu.
SIN1 menempatkan 1,500 rak dengan kapasiti kuasa 6 MW dalam keluasan 14,400 meter persegi. Ia telah dianugerahkan Sijil Reka Bentuk Tahap 3 UpTime, serta memegang sijil SS564 GreenMark Gold Plus, TVRA, ISO27001 dan PCI-DSS. Pembinaan untuk menambah empat tingkat berserta perancangan untuk meningkatkan kapasiti sebanyak 8 MW juga telah bermula, menjadikan BDx sebagai salah satu daripada beberapa pusat data yang masih boleh memberi perkhidmatan kepada pelanggan baharu walaupun dengan keadaan kekangan kapasiti di Singapura. Portal BDx 360 memberikan pelanggan pandangan menyeluruh ke dalam infrastruktur mereka dari mana-mana peranti atau lokasi.
Penambahan Cogent sebagai sebuah pusat data baharu di kemudahan SIN1, milik BDx akan membolehkan pelanggan BDx mendapat keuntungan dari jejak yang semakin berkembang, keupayaan rangkaian dan rangkaian perkhidmatan Cogent. Sebagai pusat data telekomunikasi terkemuka, Cogent tersedia sebagai pilihan ketersambungan kepada semua pelanggan BDx tanpa mengira jenis perkhidmatan kolokasi yang mereka perlukan, serta menawarkan standard operasi dan sokongan yang tinggi.
"Perjanjian baharu ini dengan Cogent menandakan permulaan kerjasama strategik yang kami nantikan untuk dikembangkan," kata Lakshmi Sona Singh, Pengarah Pembangunan Perniagaan BDx. "Kami berasa bangga sebab Cogent telah memilih BDx untuk bekerjasama dan kami gembira untuk menyambut kedatangan mereka ke dalam kemudahan pusat data SIN1 milik kami. Kami berharap untuk mengembangkan kerjasama ini dalam masa terdekat."
BDx menyediakan pilihan rangkaian terbesar kepada ketersambungan atas permintaan yang fleksibel dan selamat di setiap kemudahannya. Pusat data SIN1 menyediakan ketersambungan penting bagi pelanggan yang ingin berkembang ke pasaran Asia Tenggara. Cogent, salah satu penyedia IP Tahap 1 terbesar di dunia, memilih BDx kerana operasi syarikat dan sokongan pelanggan yang canggih.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BDx, sila layari www.bdxworld.com.
Tentang BDx
Big Data Exchange (BDx) merupakan kluster pusat data Pan Asia dengan tapak di seluruh Hong Kong, tanah besar China dan Singapura. Penyelesaian awan hibrid, ketersambungan dan kolokasi yang unik menawarkan keselamatan dan kebolehpercayaan yang tiada tandingan untuk infrastruktur IT pelanggan globalnya. Sebagai penyedia pusat data, BDx mencipta ekosistem hibrid yang selamat dengan penawaran BDx SoftConnect, BDx Armor dan BDx Single Pane, yang menyediakan penyelesaian ketersambungan di seluruh Asia. Dengan menggunakan modul automatik BDx, BDx mampu menyediakan pelanggan dengan tahap penyesuaian yang menyaingi pesaing dalam kecekapan dan kos, menawarkan mereka kemampuan untuk mengelola rak fizikal dengan kemudahan yang sama seperti bekerja di awan awam. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari www.bdxworld.com atau ikuti kami di Twitter dan LinkedIn.
Hubungan Media:
Jaymie Scotto & Associates (JSA)
pr@jsa.net
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1086297/BDx_Logo.jpg
