![]() |
PARIS, 18 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Moët Hennessy, peneraju dunia dalam wain mewah dan minuman keras, dengan gembira mengumumkan bahawa ia telah menjalin kerjasama untuk membawa secara eksklusif, WhistlePig iaitu pengilang minuman keras nombor satu dalam kategori wiski rai ultra-premium dan mewah di Amerika Utara (1), kepada pengguna di pasaran terpilih di Eropah dan Asia. Selain itu, sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Moët Hennessy memperoleh saham minoriti dalam WhistlePig.
Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:
https://www.multivu.com/players/uk/8831051-whistlepig-moet-hennessy-international-partnership/
"Perjanjian dengan Moët Hennessy menandakan suatu detik yang penting untuk WhistlePig," kata Jeff Kozak, Ketua Pegawai Eksekutif WhistlePig. "Kami merasa amat gembira dapat menyebariskan jenama kami dengan peneraju wain mewah dan minuman keras. Kami teruja dengan kerjasama yang akan datang bersama pasukan Moët Hennessydi pasaran antarabangsa."
"Kami telah lama mengagumi LVMH sebagai pembangun jenama dan produk yang luar biasa, serta kami telah banyak belajar daripada Moët Hennessy selama bertahun-tahun" kata Wilco Faessen, pengasas bersama WhistlePig. "Terdapat portfolio hebat yang sesuai dan secara kritisnya, budaya kami sangat sejajar berdasarkan kepada kesabaran dalam membina jenama dan perniagaan dari masa ke semasa, dengan fokus pada kualiti dan pengalaman yang berbeza untuk pengguna dan pelanggan kita. Memuktamadkan kerjasama ini melalui pelaburan di syarikat serta laluan komprehensif kepada perkongsian pasaran di peringkat antarabangsa merupakan peristiwa penting dalam perjalanan kami."
"Kami yakin bahawa WhistlePig amat sesuai dengan keseluruhan portfolio Moët Hennessy's yang lain. Jenama wiski berkualiti tinggi dan amat popular ini telah memperoleh kemajuan luar biasa yang membezakan ia di antara kilang-kilang minuman keras yang menjadi lambang dan ikonik di Amerika Syarikat, dengan menjadikannya sebagai ultra-premium dari segi identiti, kualiti dan kedudukan harga," kata Philippe Schaus, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Moët Hennessy. "Kami berharap dapat melancarkan WhistlePig di pelbagai pasaran di Eropah dan di Asia pada awal tahun depan. Ini adalah peluang menarik bagi pasukan kami untuk membawa portfolio produk dan jenama WhistlePig kepada pelanggan kami yang ramai dan paling dihargai."
Sila minum dengan bertanggungjawab.
Hubungan Akhbar:
WhistlePig
David Mandler
E-mel david.mandler@dgm-pr.com
Moet Hennessy
Jean Christophe Laizeau
E-mel jclaizeau@moethennessy.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1388255/whistlepig_farm.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1388256/Moet_Hennessy_Logo.jpg?p=medium600