omniture

Inisiatif Sasaran Berasaskan Sains mengesahkan matlamat Ferrero terhadap perubahan iklim

Ferrero menyasarkan untuk mengurangkan separuh pelepasan bahan pencemar daripada operasi yang dimilikinya, sejajar dengan tujuan Perjanjian Paris yang menyasarkan untuk mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 darjah Celsius
Ferrero
2020-12-21 08:00 243

SINGAPURA, 21 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Menjelang sambutan kelima penerimagunaan Perjanjian Paris pada 12 Disember, Fererro dengan bangganya mengumumkan bahawa  inisiatif Sasaran Berasaskan Sainsbebas (SBTi) telah mengesahkan matlamat Ferrero terhadap perubahan iklim, baru-baru ini telah diumumkan sebagai sebahagian daripada Laporan Kelestarian syarikat yang ke-11.

Menjelang 2030, Ferrero menyasarkan untuk mengurangkan separuh daripada pelepasan bahan pencemar daripada operasi yang dimilikinya (Skop 1 dan 2) dan komited untuk mengurangkan pelepasan bahan pencemar sebanyak 43 peratus untuk setiap tan produk yang dihasilkan di semua bidang. Kedua-dua sasaran tersebut menjadikan 2018 sebagai tahun asas. SBTi juga telah bersetuju bahawa sasaran Ferrero untuk mengurangkan pelepasan bahan pencemar daripada operasi miliknya selari dengan matlamat untuk mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 darjah Celsius, iaitu sasaran utama Perjanjian Paris.

Inisiatif Sasaran Berasaskan Sains adalah satu kerjasama antara CDP, Global Compact Bangsa-Bangsa Bersatu, Institut Sumber Dunia (WRI) dan Tabung Alam Sedunia (WWF). Sehingga kini, lebih 1,000 syarikat di seluruh dunia telah menyertai inisiatif terkemuka dunia ini. Sasaran 1.5 darjah Celcius Ferrero merupakan penentuan yang paling utama yang terdapat dalam proses SBTi kini.

Bagi mencapai sasaran pertamanya, Ferrero telah membina satu set pelan tindakan untuk mengurangkan pelepasan bahan pencemar daripada tumbuhan, gudang dan pejabat utama. Laluan daripada keseluruhan operasi global termasuk peralihan kepada tenaga elektrik yang menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui sahaja. Ferrero sudah pun mencapainya di Eropah, di mana 100% daripada pembelian tenaga elektriknya daripada grid telah disahkan sebagai boleh diperbaharui. Secara globalnya, 64% daripada pembelian tenaga elektrik oleh Ferrero kini telah disahkan boleh diperbaharui.

Untuk sasaran iklim kedua Ferrero, yang juga melibatkan pelepasan Skop 3, syarikat akan bekerjasama dengan pembekalnya untuk mengurangkan pelepasan bahan pencemar, mengikhtiar semula penyelesaian dengan kesan karbon yang lebih rendah dan mengembangkan produk baharu.

"Dengan kelulusan SBTi, kami berbangga untuk menyertai usaha bersama syarikat yang mengikuti trajektori berasaskan sains untuk menangani perubahan iklim. Menjadi tanggungjawab kami sebagai industri untuk bersama-sama menyelesaikan masalah ini dengan mengehadkan pelepasan bahan pencemar kami dan bekerjasama dengan semua rakan kongsi dalam rantai bekalan kami," menurut Mario Abreu, Ketua Pegawai Kelestarian Ferrero.

"Kami berterima kasih kepada SBTi kerana mengkaji semula sasaran iklim kami dan mempercayai kami antara syarikat yang melaksanakan pelan tindakan yang paling mencabar."

"Kami mengucapkan tahniah kepada Ferrero kerana telah menetapkan sasaran pengurangan pelepasan bahan tercemar secara konsisten dengan mengehadkan pemanasan kepada 1.5 darjah Celcius, matlamat utama yang ingin dicapai dalam Perjanjian Paris," kata Cynthia Cummis, Pengarah Sektor Swasta Mitigasi Perubahan Iklim di Institut Sumber Dunia, salah satu daripada rakan kongsi dalam inisiatif Sasaran Berasaskan Sains.

"Dengan menetapkan sasaran yang didasarkan pada sains iklim, Ferrero menerajui dalam sektor pemprosesan makanan dan minuman untuk beralih ke arah ekonomi bebas daripada bahan pencemar (net-zero economy)."

Ferrero akan melaporkan kemajuannya secara telus dalam mencapai sasaran iklimnya di www.ferrerosustainability.comdan di Laporan Tahunan Kelestarian Ferrero. Syarikat mesti melaporkan pelepasan bahan pencemar daripada syarikat mereka dan perkembangan untuk mencapai sasaran mereka pada setiap tahun kepada SBTi.

Mengenai Ferrero:

Ferrero telah bermula di sebuah bandar kecil bernama Alba di Piedmont, Italy pada 1946. Hari ini, dengan perolehan gabungan lebih 11.4 bilion euro, Ferrero antara peneraju dalam pasaran bagi Makanan Bungkus Manis di seluruh dunia.

Ferrero Group kini terdapat di seluruh dunia dengan lebih 41,000 pekerja dan 31 kilang pengeluaran. Ferrero merupakan pengeluar bagi jenama ikon yang digemari dari generasi ke generasi, termasuk Nutella, Ferrero Rocher, Tic Tac, Kinder dan Raffaello, yang dijual di lebih 170 buah negara.

Kualiti yang tinggi dan kesegaran produk, pemilihan yang teliti ke atas bahan mentah terbaik, pengamalan pertanian lestari dan penyelidikan yang berterusan serta inovasi merupakan elemen penting dalam kejayaan Ferrero.

Untuk maklumat lanjut sila lawati: www.ferrero.com or www.ferrerosustainability.com

Source: Ferrero
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Corporate Social Responsibility Environmental Issues Survey, Polls & Research