omniture

Sifi Melancarkan Well Fusion, Sistem Pembetul Presbiopia Baharu

SIFI S.p.A.
2020-12-21 19:00 108

- Penglihatan berkualiti tinggi yang tidak terganggu dan tanpa memakai kaca mata untuk pesakit katarak 

CATANIA, Itali, 21 Disember 2020 /PRNewswire/ -- SIFI, sebuah syarikat penjagaan mata antarabangsa yang terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran sistem WELL FUSION™ dan kanta intraokular Mini WELL PROXA® , menawarkan penyelesaian baharu  kepada pesakit katarak dengan pilihan untuk merawat presbiopia dengan memberikan penglihatan berkualiti tinggi yang tidak terganggu dan tanpa memakai kaca mata pada semua jarak dan dalam semua keadaan pencahayaan.

SIFI telah membangunkan Mini WELL PROXA yang dibina berdasarkan hasil klinikal yang luar biasa dari Mini WELL® 1-5, iaitu IOL premium SIFI yang dilancarkan pada tahun 2016, yang menunjukkan pemanjangan fokus yang sangat luas dan kualiti penglihatan yang sangat baik.

Mini WELL PROXA direka untuk ditanamkan pada mata yang tidak dominan, bersama-sama dengan Mini WELL di mata yang dominan, untuk mengurangkan jurang penglihatan jarak dekat yang biasanya dikaitkan dengan Pemanjangan Fokus IOL, sambil terus memastikan penglihatan berkualiti tinggi pada semua jarak dan dalam semua keadaan pencahayaan. 

Kanta intraokular Mini WELL dan Mini WELL PROXA berkongsi platform EDOF yang sama berdasarkan penyebaran aberasi sfera tanda bertentangan di bahagian tengah optik, yang merupakan teknologi dalam pembetulan presbiopia IOL yang dipatenkan serta proprietari SIFI.

Mini WELL PROXA kini tersedia secara komersial di Itali, Romania dan Sepanyol; diiikuti dengan negara-negara Eropah yang lain sepanjang tahun 2021.

Pada masa ini, lebih 1.8 bilion orang di dunia menderita presbiopia6, iaitu kesukaran melihat objek pada jarak dekat selari dengan peningkatan usia dan biasanya bermula pada usia 40 tahun ke atas.

"Kami teruja untuk memperkenalkan Well Fusion, teknologi pertama yang telah menunjukkan - sepanjang perkembangan produk dan klinikal awal - potensi sebenar untuk memberikan teknologi terbaik dengan standard emas terkini dalam pembedahan refraktif katarak, EDOF dan Trifokus IOL." kata Fabrizio Chines, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SIFI. "Kami percaya ini merupakan suatu kemajuan luar biasa dalam usaha untuk menawarkan kepada pakar oftalmologi dan pesakit mereka, pilihan pembedahan yang optimum untuk pembetulan presbiopia."

Tentang SIFI

SIFI ialah syarikat oftalmik terkemuka, yang beribu pejabat di Itali dan memfokuskan pada penjagaan mata sejak tahun 1935. SIFI membangunkan, mengeluarkan dan memasarkan penyelesaian terapeutik inovatif kepada pesakit yang mempunyai masalah oftalmik. SIFI amat komited melalui R&D untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit, mengeksport rawatan ke lebih dari 20 buah negara di seluruh dunia dan dengan kehadiran langsung di Itali, Sepanyol, Perancis, Romania, Mexico dan Turki.

Hubungan Utama 

press@sifigroup.com 

Rujukan:

1. Savini G, et al. JRS 2018 Apr;34(4):228-235.
2. Savini G, et al. Eye 2019 Mar;33(3):404- 410.
3. Bellucci R, et al. JCRS 2019 July;45(7):919-926.
4. Pedrotti E, et al. JRS 2020 Apr;36(4):214-222.
5. Auffarth GU, et al. JRS 2020 July;36(7):426-434
6.WHO World report on vision (2019) Retrieved from https://www.who.int/publications/i/item/world-report-on-vision.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1337809/SIFI_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: SIFI S.p.A.
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics New products/services