Dr. Robert Gottlander Dilantik Sebagai Presiden dan CEO Neoss
HONG KONG, HARROGATE, England dan GOTHENBURG, Sweden, 22 Disember 2020 /PRNewswire/ -- CareCapital Advisors Limited ("CareCapital"), pelabur ekuiti yang memfokuskan industri pergigian dan penjagaan oral, hari ini mengumumkan perjanjian untuk memperoleh Neoss Limited ("Neoss"). CareCapital ialah salah satu daripada pelabur pergigian terbesar di dunia, yang melabur lebih daripada US$1 juta dalam sektor tersebut dan menyediakan persekitaran kolaboratif dan mesra pesakit untuk usahawan pergigian dan eksekutif yang berbakat bagi merealisasikan visi pemusatan pelanggan mereka. Neoss ialah syarikat implan pergigian global terkemuka yang komited untuk mereka cipta penyelesaian pintar yang mudah yang menyediakan khidmat penjagaan pesakit yang boleh dipercayai dengan kos yang menjimatkan serta hasil jangka panjang yang cemerlang. Jenama Neoss amat sinonim dengan inovasi dan kualiti dan ia telah mengukuhkan prestasi pasarannya yang terkemuka pada 2020 tanpa terkesan dengan pandemik koronavirus.
Bersempena dengan transaksi ini, Dr. Robert Gottlander telah dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Neoss. Dengan lebih daripada empat puluh tahun pengalaman dalam industri pergigian, Gottlander mempunyai rekod prestasi yang terbukti bagi membangunkan dan mengkomersialkn penyelesaian pergigian.
Pemerolehan Neoss
Neoss telah membangunkan pelbagai penyelesaian pergigian terkemuka di pasaran dan prosedur "mudah yang pintar" ini direka untuk memberikan penjagaan pesakit yang lebih baik dengan masa yang lebih singkat yang menambah baik amalan dalam produktiviti. Dengan portfolio data klinikal harta intelek yang kaya dan berjangka panjang, sokongan tinjauan rakan seangkatan Neoss dan data klinikal yang diterbitkan mengesahkan kecekapan penyelesaiannya.
Dai Feng, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan CareCapital, mengatakan, "Kami amat teruja mengalu-alukan Neoss dan Robert ke dalam keluarga kami. Kedua-duanya ialah perintis pergigian yang bergabung, yang akan meningkatkan pengalaman pelanggan Neoss serta mengembangkan misinya. Jenama terkenal syarikat, sejarah inovasi, pengesahan klinikal dan kedudukan pasaran yang kukuh amat bersesuaian dengan prinsip pemusatan pelanggan Robert dan minatnya yang mendalam terhadap inovasi."
Michael J. Dormer, Pengerusi dan CEO Neoss, mengatakan, "Dengan gambaran perjalanan yang hebat lebih 20 tahun yang lalu apabila Neoss berjaya mencapai kedudukan yang mengagumkan dalam pasaran pergigian, kami amat berbangga kerana pasukan pengurusan, kakitangan dan rakan kongsi kami akan bersatu ke arah kemajuan seterusnya di bawah pemilikan baharu."
Robert Gottlander Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
Selepas memperoleh ijazah dari University of Gothenburg School of Dentistry, Gottlander menyertai Nobel Biocare dan memegang beberapa peranan pemimpin eksekutif kanan. Sepanjang memegang jawatannya selama 27 tahun, beliau memimpin pasukan yang mengasaskan konsep klinikal dan pendidikan untuk implantologi pergigian moden, serta bersama-sama membangunkan dan melancarkan Procera, sistem CADCAM pertama yang berjaya di dunia dan membangunkan konsep baharu dengan menggabungkan implan dan pergigian digital. Gottlander kemudian menyertai Henry Schein, Inc. sebagai Ketua Pegawai Pemasaran Global Dental, yang memimpin inisiatif global sebagai perancang strategik untuk penyelesaian prostetik dan implan, membimbing tawaran produk di seluruh dunia dan mencipta jualan komersial dan strategi pemasaran. Gottlander kemudian meneruskan khidmatnya dalam industri pergigian melalui sesi konsultasi. Sepanjang kerjayanya, Gottlander telah mewujudkan banyak perkongsian antara industri-universiti, projek penyelidikan seni bina dan program pendidikan untuk menambah baik inovasi implan pergigian dan teknologi digital.
Selepas berkhidmat selama dua dekad, Dormer akan bersara, sejajar dengan hasrat peribadi yang didambakannya sekian lama. Dormer akan kekal bersama syarikat dengan memegang peranan sebagai penasihat bagi memastikan peralihan yang lancar.
"Saya berasa teruja dapat menyertai pasukan Neoss," kata Dr. Gottlander. "Dibangunkan atas legasi turun-temurun yang disanjungi di Gothenburg, tempat kelahiran implan pergigian moden, Neoss berkongsi aspirasi saya untuk merintis inovasi pergigian yang menambah baik penjagaan pesakit. Saya memuji pasukan di Neoss dan Encik Dormer kerana kepimpinannya, yang bersama-sama mewujudkan jenama global yang ulung. Saya tidak sabar untuk menjadi rakan kongsi CareCapital bagi mengembangkan legasi dan mempercepat pertumbuhan jangka panjang perniagaan melalui perkhidmatan pelanggan yang bijak dan inovasi ringkas yang pintar."
"Saya berasa teruja untuk bekerjasama dengan CareCapital dan Robert bagi memajukan teknologi Neoss sepenuhnya," tambah Fredrik Engman, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Teknologi Neoss. "Sokongan dan pengetahuan pergigian yang dibawa oleh transaksi ini akan memanfaatkan kakitangan kami untuk mendayakan perkhidmatan yang lebih baik bagi memenuhi keperluan doktor dan pesakit."
TENTANG CARECAPITAL ADVISORS LIMITED
Pelabur jangka panjang memfokuskan industri pergigian global dan penjagaan oral, CareCapital komited untuk memberikan persekitaran yang mesra pesakit dan kolaboratif kepada usahawan pergigian dan eksekutif berbakat untuk merealisasikan visi pemusatan pelanggan mereka. CareCapital melabur dengan banyak dalam teknologi, latihan, jenama dan perniagaan merentasi seluruh industri pergigian. Portfolio perniagaan pergigian CareCapital merangkumi pendidikan pergigian, ortodontik digital, pengimejan, implan, biologi, seramik, pengagihan, perisian, DSOs dan hospital penyelidikan.
TENTANG NEOSS
Ditubuhkan pada 2000, Neoss menawarkan penyelesaian pergigian pintar yang mudah untuk digunakan. Produk syarikat tersebut direka cipta untuk membolehkan para profesional pergigian memberikan rawatan yang boleh dipercayai dan kos yang menjimatkan kepada para pesakit dengan hasil jangka panjang yang cemerlang. Didorong oleh kepintaran dan integriti, Neoss membangunkan penyelesaian rawatan pintar dan mematuhi setiap amalan untuk memacu Intelligent Simplicity, yang mengurangkan kerumitan pada perkara-perkara yang kompleks. Beribu pejabat di Harrogate, UK, dengan penyelidikan dan pembangunan yang berpangkalan di Gothenburg, Sweden, syarikat ini telah mengasaskan jejak global dengan kehadirannya yang lama dalam pasaran-pasaran utama.
Neoss dinasihatkan oleh BDA Partners, Eversheds Sutherland dan PwC, manakala CareCapital dinasihatkan oleh Ernst & Young dan White & Case LLP, tentang transaksi.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1389401/Neoss_Logo.jpg?p=medium600
Sila hubungi:
Neoss
Ruth Ramser
Ketua Pegawai Operasi
ruth.ramser@neoss.com
+44 7969 917915
CareCapital
Ted Xie
Pengarah Pelaburan
ted@carecapitalpartners.com
+86 138 1038 8877
Joyce Xu
Pengurus Perhubungan Awam Kanan
joyce@carecapitalpartners.com
+86 133 9116 0872