SANYA, China, 29 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Suning Group ("Suning"), salah satu syarikat komersial terkemuka di China, Suning International dan Hainan Tourism Investment Development Co. Ltd. telah menandatangani satu perjanjian kerjasama strategik pada 25 Disember di Sanya, sebuah bandar peranginan di wilayah Hainan selatan China. Kedua-dua pihak akan memanfaatkan kelebihan masing-masing untuk menumpukan perhatian pada logistik, hartanah komersial, perniagaan pelancongan dan dalam bidang lain untuk melaksanakan kerjasama serba lengkap di pelbagai peringkat, selain mengintegrasi pelbagai rantaian industri dan membantu dalam pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan.
From left to right, Xian Guojiang, Director of the International Office, Hainan Tourism Investment; Xie Zhiyong, Chairman and General Manager of Hainan Tourism Duty-Free Goods Co; Chen Tiejun, Chairman of Hainan Tourism Investment; Steven Zhang, Vice President of Suning Group; Melody Jia, Strategy Director of Suning International, Suning Group, and Fan Huaiwei, General Manager of Hainan Suning.com
COVID-19 telah menggugat industri pelancongan dan memberi kesan terhadap pasaran runcit. Memandangkan terdapat semakin ramai pelancong asing dari luar negara, permintaan untuk membeli barangan bebas cukai di luar negara telah beralih ke China. Disebabkan oleh iklim tropika yang menyenangkan di wilayah Hainan, Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan telah menjadi destinasi percutian yang lebih popular bagi pelancong China berbanding sebelum pandemik melanda. Selain itu, dasar membeli-belah bebas cukai Hainan yang baru dilancarkan mulai 1 Julai tahun ini yang menaikkan kuota belanja bebas cukai tahunan bagi individu telah meningkatkan jualan bebas cukai Hainan dan menjadikan Hainan sebagai alternatif yang lebih menarik untuk membeli barangan bebas cukai ketika terdapat sekatan perjalanan, menurut penganalisis.
"Dengan memacu momentum pertumbuhan yang kukuh di Zon Perdagangan Bebas Hainan, selain didorong oleh polisi yang menyenangkan, perkongsian strategik ini memberi kami peluang besar untuk memperluas kerjasama kami dan memberi kesejahteraan di sini dengan memanfaatkan rantaian bekalan global Suning. Selain itu, kami mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan yang mendalam dalam peruncitan pintar omni-channel serta kemampuan yang mantap untuk menawarkan perkhidmatan pengalaman premium yang tersuai," kata Steven Zhang, Wakil Presiden Suning Group.
"Melalui perjanjian penting ini, kami berharap agar kami dapat membuka lebih banyak peluang perniagaan ke Hainan dengan rakan kongsi kami," kata Chen Tiejun, Pengerusi Hainan Tourism Investment Development Co., Ltd, "Bersama Suning, kami akan memperkukuh lagi kerjasama kami dan melancarkan lebih banyak projek di wilayah ini, agar dapat sama-sama menyumbang untuk pembangunan Zon Perdagangan Bebas Hainan."
Sebelum upacara menandatangani perjanjian, Suning International mengunjungi kompleks bebas cukai luar pesisir yang akan dibuka secara rasmi oleh Pelaburan Pelancongan Hainan di Sanya mulai 30 Disember.
Prior to the signing ceremony, Suning International visited the off-shore duty-free complex that Hainan Tourism Investment will officially open in Sanya starting from December 30.
Pelaburan Pelancongan Hainan adalah perusahaan wilayah milik negeri yang telah disahkan oleh Jawatankuasa Parti Wilayah Hainan dan Kerajaan Wilayah. Dirasmikan pada 13 April 2020, ulang tahun kedua penubuhan Zon Perdagangan Bebas Hainan, Pelaburan Pelancongan Hainan komited untuk mengembangkan rantaian industri pelancongan sepenuhnya dan membangunkan platform perkongsian untuk menyuburkan industri pelancongan antarabangsa Hainan.
Pelaburan Pelancongan Hainan telah mendapat lesen perdagangan bebas cukai luar pesisir untuk pulau-pulau di sekitarnya serta lesennya untuk mengimport barangan pengguna bebas cukai pada bulan Ogos.
Suning International merupakan syarikat besekutu global bagi Suning Group. Syarikat ini komited untuk pembinaan rantaian bekalan import dan eksport, selain peruncitan pintar dalam dan luar talian, untuk memenuhi permintaan pengguna dari China yang semakin meningkat terhadap produk yang diimport. Selain Suning International, Suning telah mengembangkan platform perkhidmatan runcit mewahnya sendiri, Sup's. Sup's merupakan komponen penting dalam strategi peruncitan global Suning dan contoh perintis bagi falsafah jenama antarabangsa Suning. Sup's komited untuk memperkenal dan membangunkan pengalaman yang berkualiti tinggi, perkhidmatan dan produk istimewa baharu di peringkat global.
Merangsang pelaksanaan bebas cukai di kawasan pelancongan terkemuka di China
Perjanjian bersama antara Suning dan Pelaburan Pelancongan Hainan akan memanfaatkan kelebihan rantaian bekalan global yang kukuh dari Suning. Dengan kekuatan rantaian bekalan import untuk produk yang bersumber terus dari luar negara, perkongsian itu akan mengeluarkan produk kosmetik, produk penjagaan diri, perabot rumah pereka, produk kesihatan, bahan makanan dan banyak lagi kepada pengguna di Hainan dan sekitarnya. Suning International kini memiliki 9 pejabat wilayah di seluruh dunia dan telah menyusun rancangan pembangunan yang meliputi perdagangan bebas cukai, perdagangan rentas sempadan, perdagangan umum, model B2B dan B2C. Syarikat ini terus membina dan meningkatkan penyelesaian perkhidmatan untuk jenama berkualiti tinggi di luar negara dan telah dinaik taraf menjadi pembekal perkhidmatan jenama global.
Suning juga mempunyai sejumlah jenama mewah dalam rangkaiannya yang maju dan menepati cita rasa, selain Sup's, terdapat hotel mewah Bellagio Shanghai, Restoran KUROGI Jepun yang terkenal, di mana kedua-duanya berada di bawah payung Suning International. Perniagaan ini berpotensi untuk merancakkan jualan jenama, kedai pop-up dan pelbagai aktiviti yang mempromosi penggunaan jenama, di Hainan pada masa hadapan.
Malah, Suning sudah memiliki lebih 70 kedai fizikal yang terletak di Hainan, dan merancang untuk membina entiti luar talian tambahan pada masa hadapan berdasarkan perjanjiannya dengan Pelaburan Pelancongan Hainan.
Latar belakang Suning Group
Ditubuhkan pada 1990, Suning adalah salah satu syarikat komersial terkemuka di China dengan dua syarikat awam di China dan Jepun. Pada 2020, Suning Group menduduki tempat kedua teratas dalam 500 perusahaan bukan kerajaan di China dengan pendapatan tahunan RMB 665.259 bilion (kira-kira US$ 97 bilion) dan terus menduduki tempat teratas dalam senarai kategori peruncitan Internet. Pematuhan terhadap misi perusahaan "Memimpin Ekosistem merentasi Industri dengan Mencipta Kualiti Hidup Elit untuk Semua" membolehkan Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya sebagai peruncit melalui ekosistem korporat yang terdiri daripada pelbagai industri menegak, termasuk hartanah komersial, perkhidmatan kewangan dan sukan. Suning.com, anak syarikat utama yang mempelopori peruncitan dalam dan luar talian, telah tersenarai dalam the Fortune Global 500 untuk empat tahun yang cemerlang dari 2017 hingga 2020.