omniture

IPC Shopping Centre Menyokong Lebih 100 Jenama Dalam Kiraan Detik Tahun Baharu Maya 12 Jam

Hampir 40 jenama sertai sambutan digital Malam Tahun Baharu yang menepati norma baharu pandemik
IPC Shopping Centre
2020-12-30 10:58 114

KUALA LUMPUR, Malaysia, Disember 30, 2020 /PRNewswire/ -- IPC Shopping Centre bakal menetapkan tanda aras baharu dalam dunia peruncitan Malaysia dengan menganjurkan sambutan yang menggabungkan dunia fizikal dan alam maya menerusi acara 'IPC Live Shopping Fiesta' (Pesta Beli-Belah Secara Langsung IPC). Bertekad untuk meneruskan tradisi kiraan detik Malam Tahun Baharu yang diadakan saban tahun, pusat beli belah ini akan mengubah ruang acara kepada aktiviti beli-belah menerusi penstriman langsung terus-menerus selama 12 jam, yang membawakan tawaran eksklusif dan hadiah menarik serta persembahan menghiburkan daripada artis-artis tempatan dan antarabangsa.

Hampir 40 jenama sertai sambutan digital Malam Tahun Baharu yang menepati norma baharu pandemik
Hampir 40 jenama sertai sambutan digital Malam Tahun Baharu yang menepati norma baharu pandemik

Diadakan dari jam 12.30 tgh hari pada 31 Disember 2020 sehingga 12.30 pg keesokan harinya, pesta serba baharu ini merupakan acara beli-belah Facebook Live yang paling lama di Malaysia. Acara ini memberi peluang kepada IPC, para penyewa dan rakan-rakan niaganya untuk memainkan peranan penting untuk merapatkan hubungan kemasyarakatan dalam musim perayaan dengan cara yang mudah, menjimatkan dan selamat.

"Seperti banyak pihak lain dalam industri peruncitan, tahun 2020 hakikatnya satu tahun yang amat mencabar bagi kami, tetapi saya berbangga untuk menyatakan bahawa pada masa-masa inilah kami melihat kakitangan dan para penyewa kami memberikan yang terbaik," kata Arnoud Bakker, Ketua Penyewaan Ikano Centres, sebahagian daripada IKEA Southeast Asia. "Kami kekal fleksibel dan tangkas, dengan menggiatkan pembangunan digital kami menerusi program seperti perkhidmatan pembeli peribadi dan mendaftar gedung penyewa kami dalam platform penghantaran dalam talian untuk meningkatkan aliran hasil mereka. Acara ini adalah satu lagi contoh inovasi dan keusahawanan yang kami perjuangkan. Kami teruja kerana para penyewa menyokong usaha kami sambil mengekalkan kadar penyewaan 98 peratus."

'IPC Live Shopping Fiesta' menawarkan cara unik untuk peserta membeli-belah dan melibatkan diri, sambil mereka mengalu-alukan ketibaan Tahun Baharu. Acara penstriman langsung 12 jam ini bakal menampilkan gedung-gedung penyewa yang mempromosi produk dan tawaran istimewa masing-masing. Pembeli boleh membuat pembelian pada bila-bila masa sehingga 3 Januari 2021 menerusi platform Facebook. Di samping itu, IPC bekerjasama dengan Lalamove untuk memenuhi permintaan penghantaran pada hari sama untuk pembelian yang dibuat sebelum jam 9.00 mlm di Lembah Klang. Para pembeli boleh menikmati penghantaran percuma, terhad kepada nilai RM20, apabila mereka antara 500 yang pertama untuk membuat pembelian pada 31 Disember 2020.

Tambahan lagi, IPC berganding bahu dengan Spotify dan Universal Music Group dan rakan-rakan hiburan rasmi untuk membawakan persembahan eksklusif oleh pemuzik antarabangsa, Jeremy Zucker.

Di samping itu, para penonton akan dihiburkan oleh penyanyi Malaysia, Talitha Tan, dan berpeluang menyaksikan bakat-bakat tempatan seperti Tata Wanqian, Koe Yeet, Natalie Chai, Fiza Saad, Ming Yue Ho, dan Adzrin Mansor menganjurkan sesi permainan dan pemberian hadiah pada akhir setiap jam dalam acara penstriman langsung tersebut.

"Kami gembira kerana kami masih dapat mengekalkan tradisi mengadakan sambutan Malam Tahun Baharu untuk masyarakat – kecuali kali ini acara diadakan secara maya untuk mencapai kumpulan penonton yang lebih luas," kata Karyn Lim, Pengurus Besar IPC Shopping Centre. "Walaupun kita melihat pemulihan positif dari segi kehadiran pengunjung dalam tempoh beberapa bulan lepas, kami tetap komited untuk menyokong para penyewa kami. Oleh yang demikian, seperti ramai rakyat Malaysia yang bangkit untuk mendukung prinsip #kitajagakita, kami teruja untuk menyokong lebih 100 jenama daripada hampir 40 gedung penyewa, termasuk Perhiasan & Kelengkapan  Rumah, Fesyen & Pakaian Sukan, Kecantikan & Kesihatan, Makanan & Minuman, dan Kanak-Kanak, Pendidikan & Teknologi, menerusi acara penstriman langsung tersebut. Malam Tahun Baharu kali ini adalah sedikit berbeza untuk semua, tetapi kami berharap untuk terus menganjurkan sambutan yang menarik, menyeronokkan dan paling penting, selamat, demi manfaat masyarakat."

Untuk maklumat lanjut mengenai 'IPC Live Shopping Fiesta', sila layari www.ipc.com.my atau sertai acara dalam talian di https://fb.me/e/HZtvY3zC.

Source: IPC Shopping Centre
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Multimedia/Online/Internet Retail Trade show news Future Events