omniture

RedHill Biopharma Mengumumkan Barisan Teratas yang Positif bagi Data Keselamatan dan Keberkesanan daripada Kajian tentang Opaganib Fasa 2 COVID-19

RedHill Biopharma Ltd.
2021-01-04 07:00 103

Data awal daripada kajian Fasa 2 A.S. yang tidak dikuasakan terhadap 40 orang pesakit yang dimasukkan ke hospital menunjukkan bahawa opaganib yang diambil secara oral adalah selamat, tanpa perbezaan keselamatan bahan antara opaganib dan kumpulan kawalan 

Trend yang konsisten menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi dalam pengurangan keperluan oksigen pada penghujung rawatan pada hari ke-14 untuk kumpulan pesakit yang dirawat dengan opaganib, bagi keseluruhan hasil keberkesanan primer dan sekunder yang utama, selaras dengan peningkatan klinikal seperti yang ditentukan oleh skala ordinal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 

Kumpulan yang dirawat dengan opaganib menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi dalam pencapaian tahap udara bilik dalam tempoh 14 hari (52.6% vs 22.2%); peningkatan yang lebih tinggi dalam pengurangan kepada 50% oksigen tambahan pada Hari ke-14 (89.5% vs 66.7%); perkadaran lebih tinggi dalam bilangan pesakit yang dibenarkan pulang dari hospital pada Hari ke-14 (73.7% vs 55.6%) dan pengurangan yang lebih tinggi dalam median jumlah keperluan oksigen (AUC) selama 14 hari (68.0% vs 46.7%) 

Data barisan teratas daripada kajian global Fasa 2/3 COVID-19 terhadap 270 orang pesakit yang dimasukkan ke hospital dijangka akan diperoleh pada suku pertama tahun 2021 dan analisis interim kesia-siaan DSMB dijangka akan diperoleh dalam beberapa minggu lagi 

Opaganib menyasarkan komponen sel manusia yang terlibat dalam replikasi virus, berpotensi meminimumkan kemungkinan rintangan akibat mutasi virus 

TEL AVIV, Israel dan RALEIGH, North Carolina, 4 Januari 2021 /PRNewswire/ -- RedHill Biopharma Ltd. (Nasdaq: RDHL) ("RedHill" atau "Syarikat"), sebuah syarikat biofarmaseutikal khusus, hari ini mengumumkan bahawa data barisan teratas awal daripada kajian Fasa 2 A.S. tentang opaganib (Yeliva®, ABC294640)[1] yang diambil secara oral oleh pesakit yang dimasukkan ke hospital disebabkan pneumonia COVID-19 menunjukkan petanda keselamatan dan keberkesanan yang positif.

Kajian pembuktian konsep Fasa 2 A.S. tentang opaganib (NCT04414618) yang dilakukan secara rawak, dwibuta dan plasebo terkawal telah mendaftarkan 40 orang pesakit yang memerlukan bantuan oksigen. Kajian ini tidak dikuasakan untuk kepentingan statistik tetapi memberi fokus terhadap penilaian keselamatan dan mengenal pasti isyarat aktiviti awal. Pesakit dalam kajian tersebut telah dirawakkan pada nisbah 1:1 untuk menerima sama ada opaganib atau plasebo di samping penjagaan standard (SoC) dan telah dipantau hingga 42 hari selepas rawatan bermula.

  • Hasil barisan teratas daripada kajian ini mendapati opaganib adalah selamat, tanpa perbezaan keselamatan bahan antara kumpulan rawatan opaganib dan kumpulan rawatan plasebo. Secara keseluruhan, bilangan pesakit dalam kumpulan rawatan opaganib yang mengalami peristiwa kemudaratan serius (serious adverse event, SAE) adalah kurang berbanding kumpulan rawatan plasebo. Dalam saiz sampel yang kecil ini, terdapat beberapa peristiwa intubasi atau kematian namun peristiwa ini adalah seimbang antara kedua-dua kumpulan rawatan tersebut.
  • Kumpulan yang dirawat dengan opaganib menunjukkan trend yang konsisten dengan peningkatan yang lebih tinggi dalam pengurangan keperluan oksigen di penghujung rawatan pada Hari ke-14 bagi keseluruhan hasil keberkesanan primer dan sekunder yang utama, selaras dengan peningkatan klinikal seperti yang ditentukan oleh skala ordinal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO): - Peningkatan yang lebih tinggi dalam perkadaran pesakit yang mencapai udara bilik dan tidak lagi memerlukan bantuan oksigen pada Hari ke-14 berbanding kumpulan kawalan (52.6% vs 22.2%).- Peningkatan yang lebih tinggi dalam perkadaran pesakit dengan pengurangan kepada 50% oksigen tambahan pada Hari ke-14 berbanding kumpulan kawalan (89.5% vs 66.7%).- Perkadaran yang lebih tinggi dalam bilangan pesakit yang dibenarkan pulang dari hospital pada Hari ke-14 berbanding kumpulan kawalan (73.7% vs 55.6%).- Pengurangan yang lebih tinggi dalam median jumlah keperluan oksigen (AUC) daripada garis asas yang melebihi 14 hari berbanding kumpulan kawalan (68.0% vs 46.7%).

Analisis penuh data, merangkumi analisis biopenanda virus dan keradangan, faktor risiko garis asas serta stratifikasi terapi latar belakang SoC, dijangka akan diperoleh dalam beberapa minggu lagi. Syarikat akan menyediakan data untuk kajian semula setara apabila tersedia.

"Kami gembira dengan hasil barisan teratas yang menggalakkan daripada kajian Fasa 2 kami yang mengesahkan bahawa opaganib adalah selamat dan menunjukkan isyarat aktiviti yang akan membawa kejayaan dalam rawatan terhadap pesakit COVID-19 dan yang memerlukan sokongan oksigen. Hasil awal ini menyokong kajian global fasa 2/3 yang kami sedang jalankan terhadap pesakit pneumonia COVID-19 yang teruk, yang hasilnya dijangka akan diperoleh pada suku pertama tahun 2021. Kami akan terus berusaha dengan tekun untuk mendapatkan set data yang kukuh bagi menyokong potensi pemfailan untuk penggunaan kecemasan global," kata Mark L. Levitt, MD, Ph.D., Pengarah Perubatan RedHill.

Gilead Raday, Ketua Pegawai Operasi RedHill, menambah: "Opaganib mempunyai dua mod tindakan yang unik iaitu anti-radang dan antivirus – bertindak atas sebab dan kesan penyakit COVID-19. Opaganib menyasarkan sphingosina kinase-2, komponen sel manusia yang terlibat dalam replikasi virus dan bukan virus itu sendiri. Bukti yang semakin meningkat tentang kewujudan mutasi SARS-CoV-2 baharu yang muncul di seluruh dunia menekankan kepentingan mekanisme unik ini, yang berpotensi meminimumkan risiko rintangan virus terhadap terapi. Trend kemajuan pesakit yang ditunjukkan oleh data barisan teratas awal ini menyokong kajian Fasa 2/3 tentang opaganib yang sedang dijalankan dan akan memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang aktiviti opaganib."

Keberkesanan opaganib terhadap pesakit pneumonia COVID-19 yang teruk sedang dikaji dengan lebih mendalam dalam kajian Fasa 2/3 global yang sedang dijalankan dan dijangka akan menghasilkan laporan data barisan teratas pada suku pertama tahun 2021. Kajian ini (NCT04467840) sedang dijalankan di kira-kira 30 buah tapak klinikal di beberapa buah negara dan ia berada di landasan yang betul untuk pendaftaran hingga 270 orang pesakit. Kajian ini telah melalui semakan data keselamatan tidak dibutakan sebanyak dua kali oleh Lembaga Pemantau Keselamatan Data (DSMB) yang bebas dan mencadangkan dengan sebulat suara supaya kajian ini diteruskan. Analisis interim kesia-siaan DSMB akan dijalankan dalam beberapa minggu lagi, bagi menilai data daripada 135 subjek pertama yang telah mencapai titik akhir utama.

Hasil barisan teratas daripada kajian tentang opaganib Fasa 2 A.S. ke atas pesakit pneumonia COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah di peringkat awal dan diberikan kepada Syarikat oleh pihak ketiga yang bebas sebagai lanjutan daripada analisis bebas awal dan subjek yang ada bagi semakan dan analisis tambahan. Semakan dan analisis tersebut boleh menyebabkan penemuan yang tidak konsisten dengan hasil yang didedahkan dalam keluaran ini dan tidak boleh direplikasikan dalam kajian pada masa hadapan.

Tentang Opaganib (ABC294640, Yeliva®) 

Opaganib, entiti kimia yang baharu, ialah perencat selektif sphingosine kinase-2 (SK2) yang proprietari, pertama seumpamanya dan diambil secara oral yang menunjukkan dua jenis aktiviti iaitu antiradang dan antivirus yang menyasarkan komponen sel perumah yang terlibat dalam replikasi virus dan berpotensi meminimumkan kecenderungan rintangan yang disebabkan oleh mutasi virus. Opaganib juga telah menunjukkan aktiviti antikanser dan mempunyai potensi untuk menyasarkan onkologi berbilang, virus, keradangan dan indikasi gastrousus.

Opaganib menerima gelaran Orphan Drug daripada FDA A.S. untuk rawatan kolangiokarsinoma dan dinilai dalam kajian Fasa 2a dalam kolangiokarsinoma lanjutan dan dalam kajian Fasa 2 pada kanser prostat. Opaganib juga sedang dinilai sebagai rawatan untuk pesakit pneumonia COVID-19 dalam kajian Fasa 2/3 global dan telah menunjukkan isyarat keselamatan dan keberkesanan positif dalam data barisan teratas awal daripada kajian Fasa 2 A.S.

Data praklinikal telah menunjukkan kedua-dua aktiviti antiradang dan antivirus pada opaganib, dengan potensi untuk mengurangkan kecelaruan radang paru-paru, seperti pneumonia dan mengurangkan kerosakan fibrotik pulmonari. Opaganib menunjukkan aktiviti antivirus poten terhadap SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19, yang merencatkan sepenuhnya replikasi virus dalam model in vitro tisu bronkus paru-paru manusia. Tambahan pula, kajian in vivo praklinikal[2] telah menunjukkan bahawa opaganib mengurangkan kadar kematian akibat jangkitan virus influenza dan kecederaan paru-paru cetusan Pseudomonas aeruginosadengan mengurangkan tahap IL-6 dan TNF-alpha dalam bendalir lavaj bronkoalveolar.

Opaganib pada asalnya dihasilkan oleh Apogee Biotechnology Corp. yang berpangkalan di A.S. dan melengkapkan beberapa kajian praklinikal yang berjaya dalam bidang onkologi, keradangan, GI dan model perlindungan radio, serta kajian klinikal Fasa 1 pada pesakit kanser dengan tumor pepejal yang teruk dan kajian Fasa 1 tambahan dalam mieloma berbilang.

Pembangunan opaganib telah disokong oleh geran dan kontrak daripada agensi kerajaan persekutuan dan negeri A.S. yang dianugerahkan kepada Apogee Biotechnology Corp., termasuk dari NCI, BARDA, Jabatan Pertahanan A.S. dan FDA Office of Orphan Products Development.

Kajian opanagib yang sedang dijalankan didaftarkan di www.ClinicalTrials.gov, perkhidmatan berasaskan web oleh Institut Kesihatan Kebangsaan A.S., yang memberikan akses awam kepada maklumat tentang kajian klinikal yang disokong secara awam dan persendirian.

Tentang RedHill Biopharma 

RedHill Biopharma Ltd. (Nasdaq: RDHL) ialah syarikat biofarmaseutikal khusus yang memberi fokus terhadap penyakit gastrousus dan penyakit berjangkit. RedHill mempromosikan ubat gastrousus, Movantik® untuk sembelit cetusan opioid pada orang dewasa yang bukan sakit disebabkan kanser[3], Talicia® untuk rawatan jangkitan Helicobacter pylori (H. pylori) pada orang dewasa[4], dan Aemcolo® untuk rawatan cirit-birit pada orang dewasa[5]. Program pembangunan tahap akhir klinikal utama RedHill merangkumi: (i) RHB-204, dengan kajian Fasa 3 yang sedang dijalankan untuk penyakit mikobakteria bukan tuberkulos pulmonari (NTM); (ii) opaganib (Yeliva®), perencat selektifSK2 pertama seumpamanya yang menyasarkan pelbagai indikasi dengan program Fasa 2/3 untuk COVID-19 dan kajian Fasa 2 untuk kanser prostat dan kolangiokarsinoma yang sedang dijalankan; (iii) RHB-104, dengan hasil positif daripada kajian Fasa 3 yang pertama untuk penyakit Crohn; (iv) RHB-102 (Bekinda®), dengan hasil positif daripada kajian Fasa 3 untuk gastroenteritis akut dan gastritis serta hasil positif daripada kajian Fasa 2 untuk IBS-D; (v) RHB-107, perencat serina protease pertama seumpamanya dalam peringkat Fasa 2 yang menyasarkan penyakit kanser dan gastrousus keradangan dan juga sedang dinilai untuk COVID-19 dan (vi) RHB-106, penyediaan usus berkapsul. Maklumat lanjut tentang Syarikat ini boleh didapati di www.redhillbio.com.

NOTA: Siaran akhbar ini, disediakan untuk tujuan kemudahan, merupakan versi terjemahan bagi siaran akhbar rasmi yang diterbitkan oleh Syarikat dalam Bahasa Inggeris. Untuk mendapatkan siaran akhbar penuh dalam Bahasa Inggeris, termasuk penafian pernyataan berpandangan ke hadapan, sila layari: https://ir.redhillbio.com/press-releases.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1334141/RedHill_Biopharma_Logo.jpg?p=medium600

Hubungan syarikat: 

Adi Frish
Ketua Pegawai Pembangunan Korporat & Perniagaan
RedHill Biopharma
+972-54-6543-112
adi@redhillbio.com

Hubungan Media (A.S.): 

Bryan Gibbs
Naib Presiden
Finn Partners
+1-212-529-2236
bryan.gibbs@finnpartners.com

1. Opaganib ialah ubat baharu penyelidikan, tidak tersedia untuk pengedaran komersial.

2. Xia C. et al. Transient inhibition of sphingosine kinases confers protection to influenza A virus infected mice. Antiviral Res. 2018 Oct; 158:171-177. Ebenezer DL et al. Pseudomonas aeruginosa stimulates nuclear sphingosine-1-phosphate generation and epigenetic regulation of lung inflammatory injury. Thorax. 2019 Jun;74(6):579-591.

3. Maklumat preskripsi penuh untuk Movantik® (naloxegol) tersedia di: www.Movantik.com.

4. Maklumat preskripsi penuh untuk Talicia® (omeprazole magnesium, amoxicillin dan rifabutin) tersedia di: www.Talicia.com.

5. Maklumat preskripsi penuh untuk Aemcolo® (rifamycin) tersedia di: www.Aemcolo.com.

 

Source: RedHill Biopharma Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:RDHL OTC:REDIF
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals OTC/SmallCap IRW Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries