omniture

Xinhua Silk Road: GCLSI bakal perluas kehadiran dalam sektor tenaga baharu dengan bantuan dasar menguntungkan

Xinhua Silk Road
2021-01-06 09:00 192

BEIJING, 6 Januari 2021 /PRNewswire/ -- GCL System Integration (GCLSI) akan memperluaskan lagi kehadirannya dalam industri tenaga baharu ketika pihak berkuasa Cina melancarkan beberapa dasar yang menguntungkan bagi tujuan pembangunan industri berkenaan.

Menerusi bantuan dasar-dasar ini, GCLSI mempercepatkan pengembangannya dalam pasaran domestik dan telah memulakan pelaksanaan beberapa projek tenaga baharu.

Pada awal Disember lalu, GCLSI melancarkan pangkalan pengeluaran untuk modul-modul fotovolta (PV) di Hefei, ibu kota Wilayah Anhui timur China. Dengan jumlah pelaburan sebanyak 18 bilion yuan (kira-kira 2.75 bilion dolar A.S.), pangkalan pengeluaran tersebut akan dibina dalam empat peringkat antara tahun 2020 dan 2023, dengan kapasiti 15GW pertama kini sedang dibina.

"Menerusi penjayaan pangkalan pengeluaran berskala besar, wafer silikon 182mm dan 210mm akan membentuk industri ini dengan menggantikan produk-produk yang telah ketinggalan zaman," kata Eric Luo, pengerusi GCLSI.

Dalam proses untuk meluaskan kehadirannya dalam industri berkenaan, GCLSI turut mendapat sokongan padu daripada institusi-institusi kewangan yang memberi tumpuan khususnya terhadap projek-projek mesra alam.

Pada 23 November, GCL, iaitu syarikat induk GCLSI menandatangani satu perjanjian bersama China Construction Bank (CCB) serta Pentadbiran Taman Pembangunan Ekonomi-Teknologi Kebangsaan Xinjiang Zhundong (Administration of National Xinjiang Zhundong Economic-Technological Development Park) untuk membangunkan projek kuasa angin dan penyimpanan kuasa PV bersepadu di barat laut China.

Selain daripada pengembangannya dalam pasaran domestik, syarikat ini turut mendapat momentum yang kukuh dalam pasaran luar negara, dengan perniagaan luar negara menyumbang sebanyak hampir 70 peratus daripada prestasinya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Kini, syarikat ini telah mengambil langkah ke hadapan untuk menyediakan modul dan penyelesaian PV berkecekapan tinggi untuk lebih daripada 55 negara dan wilayah di serata dunia.

Tersenarai di Bursa Saham Shenzhen, GCLSI telah membentuk satu rantaian industri bersepadu dalam industri PV. Dengan inovasi sebagai keutamaan dalam pembangunannya, ia telah mendaftar lebih 3,000 paten dan hak cipta dalam bidang tenaga bersih.

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities