omniture

Cambridge Quantum Computing Melantik Bob Coecke iaitu Profesor Oxford University sebagai Ketua Saintis

Cambridge Quantum Computing
2021-01-06 16:00 1758

Sebagai perintis dalam pengkomputeran kuantum peringkat tinggi yang berpengaruh, Coecke telah menyumbang kepada penyediaan asas untuk Pemprosesan Bahasa Semula Jadi Kuantum

CAMBRIDGE, England, 6 Januari 2021 /PRNewswire/- - Cambridge Quantum Computing (CQC), peneraju global dalam perisian pengkomputeran kuantum dan algoritma, dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Profesor Bob Coecke sebagai Ketua Saintis.

Sebelum ini, Coecke telah berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Saintifik CQC dengan fokus kepada pembangunan dan pembinaan keupayaan Pemprosesan Bahasa Semula Jadi Kuantum (QNLP) yang terkemuka, beliau menyertai CQC setelah berkhidmat selama lebih 20 tahun di University of Oxford sebagai Profesor Asas Kuantum, Logik dan Struktur sejak tahun 2010. Coecke kini berkhidmat di kampus Oxford yang baharu dibuka oleh CQC, mengetuai sebuah pasukan saintifik yang memberi tumpuan kepada penggunaan kepakaran mereka dalam kecerdasan buatan termasuk QNLP.

Beliau mempunyai pelbagai kerjaya akademik yang merangkumi jawatan di Vrije Universiteit Brussel, Imperial College London, McGill University dan University of Cambridge. Di University of Oxford, Coecke telah menubuh dan mengetuai Kumpulan Kuantum di Jabatan Sains Komputer yang kini mempunyai lebih 50 orang ahli yang terdiri daripada pelbagai disiplin, menjadi salah satu kumpulan pengkomputeran kuantum yang terawal dan terbesar di dunia. Semasa tempoh perkhidmatannya di University of Oxford, beliau menyelia lebih daripada 50 orang pelajar Ph.D. dan menjadi mentor kepada lebih 100 orang penyelidik, dengan ramai daripada mereka kini bekerja dengan jawatan yang tinggi dalam sektor pengkomputeran kuantum dalam industri dan institusi akademik yang lain.

Ilyas Khan, Ketua Pegawai Eksekutif CQC, berkata, "Bob ialah salah seorang daripada sebilangan kecil orang yang benar-benar boleh digambarkan sebagai berwibawa dan terkemuka di dunia dalam pengkomputeran kuantum. Dalam bidang ini, beliau memang seorang yang 'kuantum asli'. Dalam tempoh 12 bulan yang lalu, Bob dan pasukannya telah memberi kemajuan dan pencapaian yang mengagumkan, termasuk pelaksanaan tugas NLP pada komputer kuantum premium IBM dan menunjukkan potensi manfaat kuantum untuk NLP. Kami sangat teruja untuk memperoleh visi saintifik Bob kepada syarikat dan saya amat berharap supaya para pelanggan dan rakan kongsi kami mendapat manfaat sepenuhnya daripada kepakaran beliau dan pasukannya."

Profesor Coecke menambah, "Selepas lebih dari dua dekad membentuk kaedah asas untuk pengkomputeran kuantum, saya teruja untuk menyertai CQC dan melihat kaedah-kaedah tersebut menjadi sebahagian daripada 'dunia sebenar', pada masa sekarang iaitu sewaktu komputer kuantum mula meluas dan menjadi lebih relevan. Banyak aspirasi dan harapan yang telah kami pupuk, sebagai contoh sewaktu kami membangunkan kalkulus ZX, ia telah mula membuahkan hasil dalam industri pengkomputeran kuantum. Saya menulis tentang Pemprosesan Bahasa Semula Jadi Kuantum sejak 12 tahun yang lalu dan akhirnya pada tahun 2020, ia telah dapat dilaksanakan pada komputer kuantum yang sebenar dan memberikan kepuasan yang amat besar. Secara keseluruhannya, saya meramalkan kuantum AI akan menjadi teknologi terpenting dan saya tidak sabar untuk cabaran dalam membina organisasi yang akan memanfaatkan kuasa teknologi kuantum secara bertanggungjawab." 

Penyelidikan perintis Coecke merangkumi mekanik kuantum berkategori (kini dalam klasifikasi American Mathematical Society MSC2020), kalkulus ZX, makna pengagihan penggubahan bahasa semula jadi mengikut tatabahasa (DisCoCat), asas matematik untuk teori sumber dan QNLP. Beliau merupakan penulis bersama Picturing Quantum Processes, sebuah buku yang mengandungi 5,000 gambar yang menyediakan alternatif kepada formalisme kuantum berdiagram penuh iaitu teknologi yang sedang memberi impak kepada industri kuantum. Beliau telah menulis atau penulis bersama untuk lebih daripada 150 buah kertas penyelidikan yang telah diterbitkan.

Selain itu, Coecke ialah pengasas kepada komuniti Quantum Physics and Logic (QPL) dan Applied Category Theory (ACT) serta Compositionality iaitu sebuah jurnal dengan akses terbuka bertaraf berlian secara percuma. Beliau turut memainkan peranan penting dalam kebangkitan komuniti Quantum Foundations. 

Coecke merupakan Felow Badan Pentadbiran di Wolfson College, Oxford, pada tahun 2007-2020. 

Tentang Cambridge Quantum Computing: 

Ditubuhkan pada tahun 2014 dan disokong oleh beberapa syarikat pengkomputeran kuantum terkemuka di dunia, CQC ialah peneraju global dalam perisian kuantum dan algoritma kuantum yang membolehkan pelanggan mendapatkan yang terbaik daripada perkakasan pengkomputeran kuantum yang sedang berkembang pesat. CQC mempunyai pejabat di UK, Amerika Syarikat dan Jepun dengan satu pasukan yang terdiri daripada lebih 130 orang profesional. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web CQC di http://www.cambridgequantum.com.

Source: Cambridge Quantum Computing
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics New products/services Personnel announcements STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)