omniture

ZTE Menang Anugerah Sumbangan Strategi Privasi daripada BSI

ZTE Corporation
2021-01-12 12:31 2618

SHENZHEN, China, 12 Januari 2021 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia bertaraf antarabangsa yang utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dianugerahkan Anugerah Sumbangan Strategi Privasi oleh BSI di Forum Ekonomi Sidang Kemuncak Pintar kali ke-3, sebagai pengiktirafan untuk sumbangan luar biasanya terhadap perlindungan dan pematuhan privasi.

Forum berkenaan telah menjemput hampir 300 wakil daripada syarikat perusahaan ternama, institusi penyelidikan, persatuan industri serta jabatan kerajaan dan tersedia melalui strim langsung.

BSI, sebuah organisasi 100 tahun di UK dengan piagam diraja dan salah satu anggota pengasas Pertubuhan Piawaian Antarabangsa (ISO), memilih Anugerah Kecemerlangan 2020 dari segi tiga dimensi: Prestasi Termaju, Strategi Privasi dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

"ZTE menonjol antara banyak perusahaan dengan pensijilan ISO27701 dan memenangi Anugerah Sumbangan Strategi Privasi yang memperlihatkan pengiktirafan yang hebat daripada organisasi pensijilan profesional terhadap perlindungan privasi ZTE," kata Shen Nan, Ketua Pegawai Undang-undang ZTE. "Dengan melaksanakan piawaian yang tinggi, syarikat ini komited untuk menerapkan perlindungan privasi ke dalam aktiviti perniagaan dan reka bentuk produk, yang diharapkan dapat mengukuhkan asas kepercayaan bersama antara ZTE dan rakan-rakan kongsi globalnya bagi menggalakkan keadaan yang saling menguntungkan antara kedua-dua pihak."

Terdahulu, ZTE telah berjaya disahkan menerusi sistem pengurusan privasi ISO27701 produk 5G pertama di dunia yang dikeluarkan oleh BSI, yang menunjukkan bahawa produk 5G ZTE telah diperakui oleh pihak berkuasa dari segi sekuriti dan pematuhan pemprosesan maklumat peribadi.

ZTE meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap perlindungan privasi, mematuhi undang-undang dan peraturan perlindungan privasi yang terpakai untuk negara-negara dan wilayah-wilayah di tempat syarikat beroperasi. Sementara itu, syarikat ini telah mewujudkan peraturan pematuhan dan sistem kawalan utama dan menggabungkan reka bentuk perlindungan privasi ke dalam proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk sebagai konotasi penting bagi daya saing utama produk. Menuju ke hadapan, syarikat ini akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi global bagi menggalakkan pembangunan mampan di bawah prasyarat pematuhan dalam era ekonomi digital.

Hubungan Media:

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards Trade show news