omniture

Checkout.com Menggandakan Tiga Kali Nilai Perniagaan kepada $15 bilion dengan Pembiayaan Siri C bernilai $450 juta yang Mempercepat Pengembangan Global

Checkout.com
2021-01-12 16:00 2330

- Checkout.com muncul sebagai perniagaan EMEA paling bernilai yang disokong oleh pelaburan serta merupakan syarikat teknologi kewangan yang keempat terbesar di dunia

- Membuka pejabat di New York dan Denver untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi penyelesaian pembayaran perusahaan di A.S.

- Pembiayaan dana Siri C bernilai $450 juta diketuai oleh Tiger Global Management, dengan penyertaan daripada Greenoaks Capital dan semua pelabur sedia ada yang lain

- Perniagaan teknologi pembayaran berasaskan awan yang menguntungkan ini menggandakan sebanyak tiga kali jumlah pemprosesan pembayaran YoY pada tahun 2020, dengan pertambahan lebih 500 pelanggan perusahaan baharu termasuk Coinbase, Pizza Hut, H&M, Grab, Klarna, Farfetch dan Telegram sejak 12 bulan yang lalu

NEW YORK, 12 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Checkout.com, sebuah syarikat penyedia penyelesaian pembayaran Connected Payments™ yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh pembiayaan dana Siri C bernilai $450 juta. Ini memberikan penilaian pasca wang sebanyak $15 bilion pada perniagaan tersebut, menjadikannya sebuah syarikat teknologi kewangan keempat terbesar di dunia dan perniagaan sokongan pelaburan EMEA yang paling berharga[1], dengan perniagaan yang terus berkembang di seluruh dunia.

Pembiayaan Siri C ini diketuai oleh Tiger Global Management, LLC, sebuah entiiti pelabur teknologi yang berpusat di New York yang bekerjasama dengan para usahawan dinamik yang menerajui syarikat-syarikat terkemuka di pasaran termasuk Facebook, LinkedIn, Spotify, ByteDance dan JD.com. Greenoaks Capital turut menyertai pembiayaan ini bersama-sama rakan pelabur sedia ada iaitu Insight Partners, DST Global, Coatue Management, Blossom Capital, Endeavor Catalyst dan Sovereign Wealth Fund GIC, Singapura.

Guillaume Pousaz, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Checkout.com, berkata: "Pembayaran mempengaruhi segala-galanya bermula daripada pelanggan kepada kemampuan syarikat untuk memasuki pasaran baharu atau melancarkan produk baharu. Pembiayaan dana terkini ini menggambarkan kedudukan penting kami di pasaran dan betapa besarnya harapan kami dalam usaha mempercepat misi untuk memperkasakan para pedagang bagi membina produk yang lebih baik, menjana lebih banyak hasil dan mewujudkan model perniagaan inovatif melalui transformasi interaksi bersama perkhidmatan kewangan. Pelabur baharu kami membawa pengalaman yang luas meliputi pembayaran, teknologi dan penskalaan syarikat – suatu pengetahuan yang penting untuk peringkat pertumbuhan kami yang seterusnya, di saat kami membina visi untuk masa depan Connected Payments™."

Melabur dalam Masa Depan Pembayaran 

Penyelidikan daripada McKinsey & Company menyorot skala peluang pembayaran global, dengan jumlah pendapatan pembayaran yang hanya mencecah di bawah $2 trilion pada tahun 2019[2]. Sementara itu, laporan terbaru daripada Checkout.com dengan kerjasama Oxford Economics[3] mendedahkan skala cabaran yang dihadapi oleh ramai pedagang, dengan kerugian sebanyak $20.3 bilion akibat penolakan palsu dalam pembayaran pada tahun 2019 sahaja dan lebih $12.7 bilion diserahkan daripada pedagang pilihan pertama kepada pesaing mereka. Selain itu, pelanggan yang membatalkan pembelian secara dalam talian telah mengakibatkan kehilangan peluang perniagaan bernilai lebih daripada $7.6 bilion. Checkout.com menangani isu-isu ini dengan menyediakan syarikat perniagaan dengan kaedah paling proaktif untuk menjana prestasi terbaik masa kini dan menambahkan kawalan melalui ciri data yang canggih, kaedah pengurusan pemalsuan dan laporan yang komprehensif.

Pembiayaan dana ini muncul apabila ekonomi global mula membina wawasan yang menjangkaui pandemik COVID-19. Walaupun banyak organisasi yang bergantung kepada sistem pembayaran serba lengkap, tetapi keperluan untuk menjana prestasi yang lebih baik, memperoleh ketelusan di seluruh transaksi pembayaran dan mengekstrak maklumat bernilai daripada data merupakan suatu ciri pembezaan yang semakin kompetitif. Platform penyatuan berasaskan awan Checkout.com membolehkan para pedagang menguruskan bayaran keluar dan masuk pada skala besar, sambil mencapai prestasi yang lebih baik serta meningkatkan kadar penerimaan di seluruh dunia. Perniagaan e-dagang terkemuka seperti Fartech, Mango, Victoria's Secret, L'Occitane dan The Hut Group bergantung kepada Checkout.com untuk penggunaan platform yang cepat, boleh dipercayai, boleh disesuaikan serta selamat yang memberikan akses kepada data dan harga di sebalik setiap transaksi.

Keuntungan Checkout.com daripada operasi semasa akan terus dilaburkan semula untuk pertumbuhan masa hadapan, manakala pembiayaan baharu ini akan digunakan untuk memperluas pelaporan kewangan dan menjana peluang-peluang inovatif baharu. Dengan pembiayaan berjumlah $830 juta yang diperoleh dalam tempoh dua tahun yang lalu, nilaian tunai tersedia Checkout.com mewakili salah satu pelaporan kewangan paling kukuh dalam kalangan teknologi kewangan global. Ini mengukuhkan lagi kedudukan syarikat tersebut sebagai sebuah entiti yang dikawal selia di pelbagai pasaran dan sebagai rakan kongsi kewangan kepada para pedagangnya. Ia turut membuka ruang untuk pelaburan strategik dan pembangunan produk yang berterusan, seperti penyelesaian pembayaran Checkout.com yang menyaksikan pertumbuhan pesat sepanjang tahun lalu.

Checkout.com Mengumumkan Ibu Pejabat Amerika Utara 

Di samping pengumuman pembiayaan Siri C hari ini, Checkout.com turut mengumumkan pembukaan pejabatnya di Bandar Raya New York. Syarikat tersebut mula dilancarkan di A.S. pada tahun 2017 dan beroperasi di San Francisco. Kedua-dua pejabat ini akan mendayakan keupayaan organisasi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di A.S. bagi penyelesaian pembayaran Connected Payments™, manakala Checkout.com terus meningkatkan fokus dalam menyampaikan perkhidmatan kepada syarikat perusahaan A.S. dalam khidmat pembayaran domestik, global dan rentas sempadan. Syarikat ini juga mengumumkan pembukaan pejabatnya di Denver. Pada skala global, Checkout.com bakal mengambil 700 orang pekerja tambahan di seluruh lokasinya pada tahun 2021.

Pendekatan transformatif Checkout.com terhadap pembayaran keluar dan masuk mengukuhkan reputasinya sebagai penyedia teknologi paling dipercayai kepada perniagaan dan teknologi kewangan paling canggih dan paling bernilai, termasuk Klarna, Revolut, Transferwise, Coinbase dan eToro. Dengan platform yang mampu menyokong pembayaran keluar dan masuk global terbaik, Checkout.com telah menjadi tulang belakang model perniagaan paling progresif di dunia dalam kalangan teknologi kewangan, khidmat penstriman dan pemasaran terkemuka.

Scott Shleifer, rakan kongsi di Tiger Global Management, menyatakan: "Kami teruja untuk bekerjasama dengan Guillaume dan Checkout.com kerana mereka terus membina platform pembayaran dan perkhidmatan kewangan global yang inovatif dan dipercayai oleh syarikat Internet terkemuka. Kami percaya bahawa perubahan ke arah perdagangan digital masih di peringkat awal dan tumpuan Checkout.com untuk membangunkan platform teknologi terbaik telah meletakkan mereka sebagai peneraju industri untuk tahun-tahun yang akan datang."

Pada bulan Jun 2020, Checkout.com mengumumkan pembiayaan Siri B yang meletakkan nilai perniagaan tersebut pada $5.5 bilion dan ini diketuai oleh pelabur teknologi, Coatue Management. Pada tahun 2020, ia turut mengumumkan pengambilalihan ProcessOut dan PinPayments, serta pelaburan strategik dalam Thunes.

Nota kepada editor: 

  • Untuk operasinya di Eropah, Checkout.com baru-baru ini telah menyiarkan prestasi kewangan tahun 2019, yang menunjukkan keuntungannya berterusan. Jumlah pendapatan meningkat sebanyak 96% pada tahun tersebut, dengan peningkatan hingga $146,384 juta, daripada $74,826 juta pada tahun 2018. Akaun penuh untuk operasi Eropah Checkout.com boleh didapati di sini. https://find-and-update.company-information.service.gov.uk/company/08037323

Tentang Checkout.com 

Checkout.com memperkasakan perniagaan untuk menyesuaikan, menginovasi dan berkembang maju dengan kaedah pembayaran Connected Payments™ yang mereka gunakan. Teknologi syarikat tersebut membolehkan pembayaran yang lancar. Penyelesaian yang fleksibel, data granular dan teknik yang pantas membantu perusahaan global melancarkan produk baharu di pasaran baharu dan mewujudkan pengalaman pelanggan yang cemerlang. Mereka menyediakan kaedah pembayaran paling cepat dan boleh dipercayai dalam lebih 150 jenis mata wang, pemerolehan tempatan, serta penapisan dan pelaporan aktiviti pemalsuan bertaraf dunia melalui satu API. Mereka juga boleh menerima semua kad kredit dan debit antarabangsa utama, serta kaedah pembayaran alternatif dan tempatan yang popular. Checkout.com telah dilancarkan pada tahun 2012 dan kini mempunyai sepasukan kakitangan berjumlah 1,000 orang merentasi 17 buah pejabat di seluruh dunia, dengan menawarkan kepakaran tempatan yang diperlukan. Ketahui lebih lanjut di www.checkout.com.

Twitter | LinkedIn

1.  PitchBook, Januari 2021
2. The 2020 McKinsey Global Payments Report, McKinsey & Company, Oktober 2020
3. Black Boxes and Paradoxes: The Real Cost of Disconnected Payments, Checkout.com, Julai 2020

Hubungan Akhbar Checkout.com: 
pr@checkout.com 

Source: Checkout.com
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Accounting news, issues Corporate Expansion Venture Capital Financial Technology