omniture

Habanos, S.A. Menampilkan World Premiere Of Hoyo De Monterrey Primaveras Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina

HABANOS SA
2021-01-12 22:00 57

- The Pacific Cigar Co. LTD dan Infifon Hong Kong Limited, pengedar eksklusif Habanos, S.A., bersama-sama menampilkan vitola baharu ini dalam acara unik yang menggabungkan format bersemuka dan secara maya.

- Vitola Primaveras de Hoyo de Monterrey baharu (48 tolok cincin dan 167 mm panjang), telah dipilih khas untuk pengeluaran terhad ini yang dikhususkan kepada festival musim bunga tahun lunar Cina, yang menandakan permulaan Tahun Lembu.

HAVANA, 12 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Habanos, S.A., melalui pengedar eksklusifnya The Pacific Cigar Co. LTD (PCC) dan Infifon Hong Kong Limited, menampilkan vitola Primaveras de Hoyo de Monterrey (48 tolok cincin X 167 mm panjang) baharu dalam acara eksklusif. Vitola ini dipilih khas oleh Habanos, S.A. untuk memperingati festival musim bunga tahun baharu lunar Cina, di mana tahun ini merupakan "Tahun Lembu".

Untuk melihat Siaran Akhbar Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8840651-habanos-presents-hoyo-de-monterrey-primaveras/ 

Vitola Primaveras de Hoyo de Monterrey akan mempunyai pengeluaran terhad tetapi akan tersedia di semua pasaran. Vitola ini dipersembahkan dalam sebuah kotak khas yang mengandungi 18 Habanos yang dibuat secara "Totalmente a Mano con Tripa Larga" - Buatan Tangan Sepenuhnya dengan Isian Panjang - selepas pemilihan daun pembungkus, daun pengisi dan daun pengikat dari kawasan Vuelta Abajo* yang berprestij, di rantau Pinar del Río, Cuba*. Rasanya yang ringan merupakan salah satu ciri-ciri jelas dalam jenama ini dan Hoyo de Monterrey Primaveras akan menjadi pilihan yang baik untuk perokok paling pakar tentang apa yang dianggap sebagai tembakau terbaik di dunia.

Acara pelancaran akan diadakan pada 13 Januari dan akan dihadiri oleh kira-kira 200 orang tetamu, yang akan berpeluang untuk menyaksikan pelancaran ini secara langsung. Acara ini akan digabungkan dengan format secara bersemuka dan secara maya, seperti yang telah menjadi amalan dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan akan dihadiri oleh Naib Presiden Habanos, S.A. Leopoldo Cintra González dan José María López Inchaurbe.

Hoyo de Monterrey merupakan salah satu jenama Habanos yang paling berprestij. Ia berasal dari perladangan dengan nama yang sama yang terletak di San Juan y Martínez*, di tengah-tengah Vuelta Abajo*, yang tidak diragui lagi merupakan sebuah perladangan yang paling terkenal (tanah yang subur) yang melambangkan kekayaan tanah Cuba iaitu tempat tembakau terbaik di dunia ditanam. Semua vitola jenama ini dibuat secara "Totalmente a Mano con Tripa Larga" - Buatan Tangan Sepenuhnya dengan Isian Panjang -, dengan daun dari rantau Pinar del Río*, di kawasan Vuelta Abajo*.

*(D.O.P. ) Sebutan Asal yang Dilindungi 

Bahan grafik: pautan 

The Pacific Cigar Co.

The Pacific Cigar Co. LTD (PCC) dan Infifon Hong Kong Limited, merupakan pengedar eksklusif Habanos, S.A. untuk rantau Asia. Mereka mempunyai lebih daripada 50 kedai di Asia Pasifik dan China, dengan 32 kedai di rantau ini, 2 di China, 2 di Kanada dan 21 kedai tambahan yang dikendalikan oleh rakan kongsi mereka di Asia.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1396884/habanos_hoyo_de_monterrey.jpg?p=medium600

Sila hubungi:
Carla Lladó,
Tel: +34-93 201 10 28
press.habanos@yr.com

This vitola is presented in a special box of 18 Habanos made “Totalmente a Mano con Tripa Larga"
This vitola is presented in a special box of 18 Habanos made “Totalmente a Mano con Tripa Larga"

 

Source: HABANOS SA
Keywords: Retail Tobacco Broadcast feed announcements New products/services