MONTREAL, 13 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Caprion-HistoGeneX, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan makmal penyelidikan kontrak terkemuka di dunia, yang disokong oleh Arsenal Capital Partners ("Arsenal"), hari ini mengumumkan pengambilalihan Mosaic Laboratories LLC ("Mosaic"), sebuah syarikat yang berpangkalan di California, yang menawarkan perkhidmatan histologi dan imunohistokimia kepada pelanggan farmaseutikal global. Pengambilalihan Mosaic ini memperkukuhkan lagi pangkalan Amerika Utara dalam pembangunan dan penggunaan asai histopatologi, meningkatkan jumlah perkhidmatan patologi dan mengukuhkan kedudukan Caprion-HistoGeneX sebagai penyedia perkhidmatan analisis biopenanda histologi untuk ujian klinikal global yang terkemuka di dunia.
Mosaic merupakan perintis dalam penggunaan imunohistokimia multipleks dengan pengimejan spektral dan diiktiraf kerana perkhidmatan cemerlangnya dalam pembangunan, pengesahan dan pelaksanaan imunohistokimia kompleks, penghibridan in situ dan asai FISH, menjadikannya sebagai salah satu penyedia paling dikenali dan komprehensif dalam bidang tersebut. Keupayaan teras Mosaic merangkumi reka bentuk kajian, pembangunan dan penggunaan asai, penafsiran data dan perkhidmatan untuk menyokong analisis tinjauan biopenanda di peringkat ujian praklinikal dan klinikal, yang membolehkan keputusan yang tepat untuk pemilihan pesakit.
"Kami sangat teruja dapat bergabung tenaga dengan Caprion-HistoGeneX. Perkongsian ini menyediakan peluang kerjasama yang kukuh dengan peningkatan sokongan terhadap program pelanggan kami dan membolehkan kami membawa asai sedia ada serta yang akan datang bagi menyokong ujian klinikal ke peringkat global," kata Chris Kerfoot dan Lisa Dauffenbach, Pengasas Bersama dan Ahli Pengurusan Mosaic.
"Kombinasi Mosaic dan Caprion-HistoGeneX menguatkan kedudukan kepemimpinan kami sebagai penyedia perkhidmatan perubatan ketepatan global yang menawarkan rangkaian lengkap kepada imunohistokimia, pemantauan imun, biopenanda proteomik dan genomik" kata Martin LeBlanc, Ketua Pegawai Operasi Caprion-HistoGeneX. "Rekod pencapaian cemerlang Mosaic dalam pembangunan dan penggunaan asai imunohistokimia akan meningkatkan keupayaan kami bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berkembang pesat dalam perkhidmatan histopatologi di seluruh rangkaian makmal global kami di Amerika Utara, Eropah dan Asia, termasuk China."
"Penyertaan Mosaic ini mencerminkan komitmen Arsenal untuk menyokong pembangunan dan pengembangan antarabangsa Caprion-HistoGeneX melalui pelaburan berterusan dalam melengkapkan keupayaan, perkhidmatan dan liputan geografi, serta memperkukuhkan kedudukan kepemimpinan syarikat dalam salah satu bidang yang pesat berkembang iaitu R&D biofarmaseutikal," kata David Spaight, Pengerusi Eksekutif Caprion-HistoGeneX dan Rakan Kongsi Operasi Arsenal.
Selain daripada urus niaga ini dan pengumuman pengambilalihan Clinical Logistics Inc. baru-baru ini, Caprion-HistoGeneX juga merancang untuk memperkenalkan nama korporat dan identiti jenama baharu bagi entiti gabungan tersebut yang mencerminkan visi dan kedudukannya sebagai penyedia perubatan ketepatan global terkemuka, dalam masa beberapa minggu lagi.
Kirkland & Ellis LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada Caprion-HistoGeneX.
Intrepid Investment Bankers LLC bertindak sebagai penasihat kewangan, manakala Davis Wright Tremaine LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada Mosaic.
Tentang Caprion-HistoGeneX
Caprion-HistoGeneX merupakan penyedia utama perkhidmatan makmal perubatan ketepatan yang khusus untuk industri biofarmaseutikal. Dengan memanfaatkan platform analitikal bersepadu dalam imunologi, histopatologi, proteomik dan genomik, serta perkhidmatan berkaitan pengumpulan spesimen dan logistik, Caprion-HistoGeneX menyokong keseluruhan kitaran pembangunan ubat-ubatan, daripada penyelidikan hingga kepada ujian klinikal peringkat akhir. Syarikat ini beroperasi secara global dengan 9 kemudahan yang terletak di Kanada, AS, Belgium, Australia dan China.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.caprion.com dan www.histogenex.com
Tentang Mosaic Laboratories LLC
Mosaic merupakan peneraju dalam penyediaan perkhidmatan praklinikal dan klinikal kepada industri farmaseutikal dan telah mempelopori immunohistokimia kromogenik multipleks menggunakan pengimejan multispektral. Mosaic membangunkan asai proprietari, bank tisu dan algoritma perisian untuk menyokong analisis data. Memanfaatkan kepakaran IHC multipleks yang terkenal dan sangat berbeza ini, Mosaic telah membina reputasi sebagai pemilik asai yang disahkan dengan kualiti paling tinggi, pengimejan IHC multipleks yang jelas serta pembangunan dan pelaksanaan asai baharu yang pesat, disokong dengan perkhidmatan yang sentiasa fokus terhadap kelajuan, ketangkasan dan perkhidmatan pelanggan. Syarikat ini juga telah membangunkan menu perkhidmatan makmal pusat yang lebih luas, termasuk histologi, FISH dan ISH.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.mosaiclabs.com
Tentang Arsenal Capital Partners
Arsenal merupakan firma ekuiti swasta terkemuka yang khusus dalam pelaburan penjagaan kesihatan pasaran pertengahan dan syarikat industri. Sejak penubuhannya pada tahun 2000, Arsenal telah mengumpul dana pelaburan ekuiti institusi sebanyak $5.3 bilion, menyiapkan lebih 200 buah platform dan pelaburan tambahan serta berjaya mencapai lebih 30 realisasi. Arsenal melabur dalam sektor industri yang berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman firmanya yang mendalam. Firma ini bekerjasama dengan pasukan pengurusan untuk membina syarikat-syarikat strategik yang penting yang mempunyai kedudukan yang kukuh di pasaran, dengan pertumbuhan dan nilai tambah yang tinggi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.arsenalcapital.com.
SILA HUBUNGI: Caprion-HistoGeneX : Guylaine Galipeau, Pengarah Pemasaran Global, Caprion- HistoGeneX,ggalipeau@caprion.com ; Arsenal Capital Partners: Prosek Partners, Brian Schaffer/ Kristen Duarte , bschaffer@prosek.com / kduarte@prosek.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1418425/caprion_biosciences_caprion_histogenex_expands_its_histological.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1418571/caprion_biosciences_caprion_histogenex_expands_its_histological.jpg?p=medium600