![]() |
Operasi ini mewujudkan kumpulan yang paling bersepadu secara menegak dalam industri bioplastik dan membolehkan B-Corp Itali untuk berkembang ke Eropah Utara/Timur, Amerika Utara dan Australia
NOVARA, Itali dan ASKIM, Norway, 13 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Novamont, iaitu sebuah syarikat Itali yang merupakan peneraju dunia dalam pembangunan dan pengeluaran biokimia dan bioplastik boleh dikompos, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh BioBag Group, sebuah syarikat pembekal penyelesaian impak rendah untuk pengumpulan sisa dan pembungkusan yang berpangkalan di Norway.
Pengambilalihan ini akan membolehkan Novamont memanfaatkan pengedaran bebas khusus BioBag di kawasan yang kurang pembeli. Kedua-dua syarikat ini akan dapat menawarkan penyelesaian yang lebih lengkap ke pasaran dan mewujudkan hubungan yang berpanjangan dengan pihak berkepentingan utama seperti syarikat peruncitan dan komuniti yang besar. Mereka bersama-sama merancang untuk membina lebih banyak penunjuk cara (projek inovatif yang meningkatkan sistem pengasingan pengumpulan sisa organik dan pengkomposan) terutamanya di Amerika Utara, negara-negara Scandinavia, Eropah Timur dan Australia.
Pengambilalihan ini merupakan langkah penting dalam kerjasama mereka yang telah bermula sejak dua puluh lima tahun yang lalu. Visi asal Novamont pada tahun 1990-an adalah untuk membina rantaian nilai bersepadu dalam bioplastik dan biokimia yang dikaitkan bagi memulakan dan meningkatkan pengumpulan sisa organik yang berasingan. Ini menjadi titik permulaan yang penting kepada yang kini dipanggil bioekonomi kitaran yang menyaksikan kedua-dua buah syarikat, Novamont dan BioBag telah memberi sumbangan penting.
Terdapat tiga sebab yang menjadikan pengambilalihan ini bersesuaian:
Novamont telah berkembang dengan ketara pada dekad yang lepas, khususnya melalui pertumbuhan dalaman, dengan pemerolehan dan penjanaan semula tapak industri yang tidak digunakan lagi. Pengambilalihan ini akan membolehkan Novamont mengembangkan perniagaan bioplastik boleh dikompos ke Eropah Utara/Timur, Amerika Utara dan Australia. BioBag akan terus beroperasi sebagai organisasi bebas, dengan pasukan kepemimpinan yang sama yang telah memperoleh hasil cemerlang sejak beberapa tahun yang lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Novamont ,Catia Bastioli berkata: "Perjanjian ini membolehkan Novamont mengembangkan model bioekonomi kitarannya. Dengan gabungan kemahiran dan tenaga terbaik kami serta mengintegrasikan sepenuhnya rantaian bekalan, kami boleh memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakan kongsi huluan dan hiliran kami dengan mempercepatkan penyelesaian kitaran untuk sektor pasaran yang berbeza dan untuk komuniti yang mempunyai matlamat yang sama melalui pengoptimuman hasil."
Ketua Pegawai Eksekutif BioBag, Kjell Ivar Bache sangat gembira dengan pemilik baharu dan melihat pengambilalihan tersebut sebagai situasi yang menguntungkan kedua-dua pihak: "Kami telah menjadi rakan kongsi yang rapat dengan Novamont selama beberapa dekad dan untuk BioBag, pengambilalihan ini ialah seperti sirih pulang ke gagang. Dengan Novamont, BioBag menjadi sebahagian daripada syarikat bioplastik dan biokimia terkemuka di dunia. Ini akan membolehkan pertumbuhan antarabangsa yang lebih kukuh bersama-sama. Kami benar-benar teruja!" kata Encik Bache.
Penasihat yang terlibat di pihak pembeli ialah Hi.Lex dan Hjort untuk undang-undang dan PWC untuk kewangan, cukai dan buruh, manakala penasihat di pihak penjual ialah Bryan Garnier untuk M&A dan Wiersholm untuk undang-undang.
Novamont merupakan salah satu kumpulan terkemuka di dunia dalam pembangunan dan pembuatan bioproduk berasaskan bio dan boleh dibiodegradasi melalui integrasi kimia, pertanian dan alam sekitar. Bidang utama penggunaan bioproduk syarikat adalah pembungkusan, pengasingan pengumpulan sisa organik, pembelian runcit, pinggan mangkuk pakai buang, pertanian, pelincir, kosmetik, kebersihan dan farmaseutikal. Novamont mempunyai ibu pejabatnya di Novara (berhampiran Milan), dengan memegang portfolio yang terdiri daripada 1,800 paten, 600 orang pekerja yang ditempatkan di empat tapak pengeluaran dan dua pusat penyelidikan di Itali, serta perolehan global bernilai €270 juta (2019). Kumpulan ini mempunyai pejabat komersial di Jerman, Perancis, Sepanyol dan Amerika Syarikat dan beroperasi melalui pengedarnya sendiri di 40 buah negara. Penyelidikan & Pembangunan menyumbang sebanyak 5% daripada hasil dan 20% daripada tenaga kerjanya. Bahan-bahan yang boleh dibiodegradasi sepenuhnya dalam tanah dan air telah dibangunkan untuk penggunaan dengan risiko penyebaran yang tinggi pada alam sekitar. Novamont merupakan Rakan Kongsi Utama dalam inisiatif Makanan Yayasan Ellen MacArthur, ahli rangkaian CE100 dan penandatangan inisiatif Ekonomi Plastik Baharu yang bermatlamat untuk memperbaharui sistem pembungkusan plastik di seluruh dunia. Pada tahun 2020 syarikat tersebut telah dianugerahkan pensijilan 'B Corp' yang berprestij dengan kedudukan tertinggi dan telah menyertai rangkaian Global Compact Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebuah platform kepemimpinan untuk pembangunan dan pelaksanaan dasar dan amalan korporat yang bertanggungjawab .
BioBag International ialah kumpulan syarikat terkemuka di dunia yang terlibat dalam pembangunan, pengeluaran dan pemasaran penggunaaan bahan boleh dikompos dan boleh dibiodegradasi yang diperakui. Rangkaian produk BioBag adalah yang paling komprehensif dan luas di pasaran. Matlamat utama syarikat ialah untuk menggabungkan fokus terhadap kualiti produk sedia ada serta inovasi produk dan konsep baharu. Kumpulan tersebut merupakan salah satu pengeluar utama pembungkusan mesra alam di Eropah Utara. Sebagai tambahan kepada penggunaaan bahan boleh dikompos dan boleh dibiodegradasi, kumpulan ini menghasilkan produk berasaskan bahan Kitar Semula Pasca Pengguna (PCR) di bawah jenama GreenPolly ke pasaran. BioBag telah merancang pendekatan sasaran untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang seangkatan dengannya secara sinergi di seluruh dunia untuk menjangkau ribuan pelanggan global. Strategi utama di sebalik konsep rakan kongsi firma ialah "Berfikiran Global – Bertindak Lokal" dan misinya ialah untuk menyelesaikan cabaran dalam menangani sisa melalui penyelesaian yang lestari. Dengan perolehan sebanyak €41 juta dan 135 orang pekerja, BioBag berpangkalan di Askim, Norway, dengan tapak pengeluaran utama di Estonia, subsidiari di Sweden, Denmark, Ireland, Finland, Poland, Australia, Kanada, AS dan wakil-wakil di banyak negara.
Untuk pertanyaan media :
Francesca De Sanctis
NOVAMONT
+39 340 1166426
francesca.desanctis@novamont.com
Andrea gianotti (Encik)
NOVAMONT Perhubungan Media Antarabangsa
+44 (0)7825 892 640
giannotti@reenewpr.uk
andrea.giannotti@external.novamont.com
Kjell Ivar Bache
BIOBAG
+47 9072558
kib@biobagworld.com
Birgitte enghas
BIOBAG Marketing
birgitte@biobagworld.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1396886/Novamont_Logo.jpg?p=medium600