omniture

Empire State Building akan Bersinar dalam Degupan Jantung Merah bagi Meraikan Memorial COVID-19 oleh Presiden yang Dipilih, Joe Biden

Empire State Realty Trust, Inc.
2021-01-13 17:26 5683

Pertunjukan Muzik ke Cahaya yang Disegerakkan dengan Penampilan Semula 'Empire State of Mind' Alicia Keys dengan Siaran Secara Langsung di iHeartMedia New York Z100 dan aplikasi iHeartRadio 

NEW YORK, 13 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Empire State Building hari ini mengumumkan penyertaan dalam rancangan Presiden yang Dipilih, Biden untuk mengingati kehilangan nyawa penduduk Amerika akibat pandemik COVID-19 dengan pencahayaan degupan jantung ikonik. Selama beberapa bulan semasa tempoh peralihan Bandar Raya New York, Empire State Building telah menunjukkan perpaduan dengan dan sokongan kepada berjuta-juta orang yang terjejas akibat COVID-19 dan khususnya pekerja kecemasan yang menangani serangan pertama dan hebat daripada pandemik ini. 

 


 

Berbilion-bilion tanggapan di seluruh dunia membuktikan bahawa Empire State Building adalah simbol antarabangsa dan ikon bagi Bandar Raya New York. Setiap malam pada pukul 9 p.m., Empire State Building memainkan pertunjukan cahaya sambil Alicia Keys mempersembahkan lagu tema "Empire State of Minds" manakala iHeartMedia New York Z100 akan menyiarkan lagu secara langsung. Degupan jantung merah akan kembali petang Januari 19 bermula pukul 5:30 p.m. hingga 2:00 a.m., dengan lagu tema Key dan pertunjukan cahaya yang mengiringi akan dimainkan sekali lagi di bangunan dan boleh didengar pada iHeartMedia New York Z100 dan pada aplikasi iHeartRadio pada pukul 9 p.m. ET akan menyertai perkhidmatan peringatan pra-perasmian Presiden yang Dilantik, Biden. Loceng gereja akan berbunyi dan menara serta mercu tanda akan menerangi seluruh negara dalam perpaduan dan peringatan.

"Bandar Raya New York sentiasa dan akan sentiasa, melambangkan harapan dan ketahanan bandar raya hebat kami dan rakyatnya. Kami akan kembali dengan lebih kuat dan Empire State Building akan berada di sini untuk mengalu-alukan semua orang kembali," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Empire State Realty Trust. "Pengalaman Aras Peninjau Empire State Building dibuka semula dan mula mengalu-alukan kembali pelawat dengan selamat pada bulan Julai dan kami terus berkhidmat sebagai simbol kekuatan negara dan antarabangsa serta keupayaan untuk mengatasi sebarang kesusahan."

Untuk maklumat lanjut tentang menara kilat Empire State Building, sila layari www.esbnyc.com/about/tower-lights/calendar.

Tentang Empire State Building 
Menjulang setinggi 1,454 kaki di atas Midtown Manhattan (daripada tapak kepada bahagian atas antena), Empire State Building, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc., adalah "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." Tahun 2021 menandakan ulang tahun ke-90 bangunan tersebut sebagai mercu tanda ikonik di tengah-tengah Bandar Raya New York.

Dengan pelaburan baharu dalam kecekapan tenaga, infrastruktur, kawasan awam dan kemudahan, Empire State Building telah menarik penyewa kelas pertama dalam pelbagai industri dari seluruh dunia. Empire State Building merupakan sebahagian daripada portfolio setinggi 10.1 juta kaki persegi milik Empire State Realty Trust (ESRT).  ESRT adalah peneraju kecekapan tenaga dalam persekitaran binaan dan kelestarian, dan merupakan portfolio hartanah komersial pertama di AS yang mencapai Penarafan Keselamatan Kesihatan WELL, penilaian berdasarkan bukti yang dibuat oleh pihak ketiga untuk semua jenis kemudahan, yang difokuskan tentang polisi operasi, protokol penyelenggaraan, rancangan kecemasan dan pendidikan para pemegang taruh untuk menangani persekitaran COVID-19 sekarang dan isu-isu berkaitan kesihatan dan keselamatan yang lebih meluas ke masa hadapan.

ESRT memperoleh Pencapaian 5 Bintang GRESB, iaitu yang tertinggi serta pengiktirafan Green Star dan mendapat skor 88 dalam Penilaian Hartanah GRESB tahun 2020, suatu pencapaian yang meletakkan ESRT pada kedudukan 20% teratas mengatasi semua responden.  GRESB diiktiraf secara global sebagai suatu standard yang ketat dan diperakui secara meluas sebagai salah satu ukuran terbaik untuk pencapaian kelestarian dalam kalangan syarikat dan pembiayaan hartanah.

Bangunan tersebut telah dinobatkan sebagai destinasi pelancongan paling popular di dunia dalam kajian yang dilakukan oleh Uber dan dinobatkan sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam tinjauan yang dilakukan oleh Institut Arkitek Amerika. Empire State Building telah menduduki #1 sebagai Tarikan Bandar Raya New York dalamSenarai Perjalanan Hebat  Lonely Planet edisi ke-2. Untuk maklumat lanjut berkaitan Empire State Building, sila layari www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, www.twitter.com/empirestatebldg, www.instagram.com/empirestatebldg, www.weibo.com/empirestatebuilding, www.youtube.com/esbnyc, www.tiktok.com/@empirestatebldg or www.pinterest.com/empirestatebldg.

Tentang Empire State Realty Trust 
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) memiliki, mengurus, mengendalikan, memperoleh dan menempatkan semula hartanah pejabat dan runcit di Manhattan dan kawasan metropolitan New York raya, termasuk Empire State Building, "Bangunan Paling Terkenal di Dunia." ESRT adalah peneraju kecekapan tenaga dalam persekitaran binaan dan kelestarian dan merupakan portfolio hartanah komersial yang pertama di AS yang mencapai Penarafan Keselamatan Kesihatan WELL, penilaian berdasarkan bukti yang dibuat oleh pihak ketiga untuk semua jenis kemudahan, yang difokuskan tentang polisi operasi, protokol penyelenggaraan, rancangan kecemasan dan pendidikan para pemegang saham untuk menangani persekitaran COVID-19 sekarang dan isu-isu berkaitan kesihatan dan keselamatan yang lebih meluas di masa hadapan.

Dalam tahun pertama penampilannya, ESRT telah memperoleh Pencapaian 5 Bintang GRESB, iaitu yang tertinggi serta pengiktirafan Green Star dan mendapat skor 88 dalam Penilaian Hartanah GRESB tahun 2020, suatu pencapaian yang meletakkan ESRT pada kedudukan 20% teratas mengatasi semua responden.  GRESB diiktiraf secara global sebagai suatu standard yang ketat dan diperakui secara meluas sebagai salah satu ukuran terbaik untuk pencapaian kelestarian dalam kalangan syarikat dan pembiayaan hartanah.

Sehingga 30 September 2020, portfolio pejabat dan peruncitan Syarikat merangkumi 10.1 juta kaki persegi yang boleh disewa, yang terdiri daripada 9.4 juta kaki persegi yang dapat disewa di 14 hartanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Fairfield County, Connecticut dan dua di Westchester County, New York; dan kira-kira 700,000 kaki persegi yang boleh disewa dalam portfolio peruncitan. 

Tentang iHeartMedia New York   
iHeartMedia New York memiliki dan mengendalikan WHTZ-FM, WKTU-FM, WAXQ-FM, WWPR-FM, WLTW-FM, WOR-AM, WWRL-AM dan merupakan sebahagian daripada iHeartMedia. iHeartMedia (NASDAQ: IHRT) adalah syarikat audio nombor satu di Amerika Syarikat, didengar oleh sembilan daripada 10 orang Amerika setiap bulan – dan dengan satu perempat bilion pendengar bulanan, mempunyai jangkauan yang lebih besar daripada syarikat media lain di A.S. Kedudukan syarikat dalam peneraju audio merangkumi pelbagai platform, termasuk lebih daripada 850 stesen siaran langsung di lebih 160 pasaran di seluruh negara; melalui perkhidmatan digital iHeartRadio yang terdapat di lebih daripada 250 platform dan 2,000 peranti; melalui pengaruhnya; sosial; acara muzik langsung ikonik berjenama; produk digital dan buletin lain; dan podcast sebagai penerbit podcast komersial #1. iHeartMedia juga memimpin industri audio dalam analisis, penyasaran dan penglibatan untuk rakan pemasarannya dengan produk SmartAudio, menggunakan data daripada pangkalan penggunanya yang besar. Sila layari iHeartMedia.com untuk lebih banyak maklumat syarikat.

 

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1418074/empire_state_red_for_covid_memorial.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/479871/Empire_State_Realty_Trust_Inc_Logo.jpg?p=medium600

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Real Estate Future Events