omniture

Manulife Investment Management perkukuh kehandalan digitalnya di Asia dengan jawatan kanan baharu

Manulife Investment Management
2021-01-15 11:56 247

HONG KONG, 15 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini Manulife Investment Management mengumumkan bahawa Grace Ho, Ketua Pegawai Pemasaran, Asia, dilantik sebagai Ketua Perniagaan dan Portfolio Digital Langsung, Asia. Ini merupakan jawatan yang baru diwujudkan yang memperlihatkan komitmen firma ini untuk memperluas keupayaan pengedaran didayakan secara digitalnya demi mendepani kebiasaan baharu: satu himpunan keperluan pelanggan baharu dalam pelaburan dan persaraan serta model pengedaran baharu dengan perantara dan platform digital langsung.

Michael Dommermuth, Ketua Pengurusan Kekayaan dan Aset, Asia, Manulife Investment Management, mengulas: "Ketika kami terus melabur dalam pendigitalan, kami melihat terdapatnya keperluan untuk merevolusikan struktur kami dan mewujudkan kawalan misi yang dapat menghimpunkan pengurusan strategik melibatkan proposisi perniagaan, portfolio tawaran digital dan penyelarasan dengan teknologi dalam pasaran-pasaran yang berbeza di Asia. Tumpuan kami perlulah amat tajam, menekankan keutamaan dan satu hala tuju penyampaian terhadap peluang perniagaan yang bernilai tertinggi."

Menerusi jawatan baharu beliau, Grace akan memiliki kebertanggungjawapan perniagaan untuk perniagaan digital langsung dan bertanggungjawab untuk mengintegrasikan tawaran digital seperti Manulife iFUNDS dan memaparkan pengalaman laman sesawang log-masuk ke dalam ekosistem digital firma ini merentas platform pelaburan dan pencen, dengan objektif untuk menghasilkan pulangan perniagaan yang berterusan. Grace juga akan menjadi pemilik produk Manulife iFUNDS, platform digital memenangi anugerah yang membolehkan pelabur untuk mengurus portfolio dana bersama mereka, mendapat akses kepada pemahaman pasaran dan membuat transaksi dana. Manulife iFUNDS merupakan penambahan penting kepada tawaran kekayaan Manulife, bagi membolehkan firma berkenaan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik untuk keperluan penyimpanan, pelaburan dan persaraan pelanggan.

"COVID-19 telah mengubah cara industri kami mengagihkan penyelesaian kekayaan dan kami memiliki penyelesaian disruptif dalam Manulife iFUNDS untuk mengatasi cabaran ini. Tugas kami adalah untuk memanfaatkan sepenuhnya dan memajukan Manulife iFUNDS, membawakan penyelesaian kekayaan keseluruhan ke pasaran-pasaran kami yang berbeza di Asia," kata Grace Ho, Ketua Perniagaan dan Portfolio Digital Langsung, Asia, Manulife Investment Management. 

Satu lagi tumpuan untuk jawatan baharu ini ialah kemajuan rangkaian penyelesaian digital bagi menyokong saluran pengedaran kaptif Manulife. "Berserta tumpuan pengalaman pelanggan kami, strategi digital Manulife Investment Management sentiasa bergantung pada penyerlahan kuasa penasihat didayakan secara digital untuk pelanggan pelaburan mahupun persaraan. Penyelesaian digital memainkan peranan penting dalam melengkapkan penasihat kami dengan pemahaman pelaburan dan pasaran demi penyampaian pengalaman pelanggan yang berkualiti seperti mana yang diingini oleh pelanggan kami," Grace menjelaskan selanjutnya.

Manulife iFUNDS telah dilancarkan di Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura dan Vietnam sejak tahun 2019. Ia mendayakan pelanggan dan penasihat Manulife dengan cara yang berbeza. Pelanggan boleh merancang dan membuat transaksi dana pada platform Manulife iFUNDS manakala penasihat boleh mendapat akses mudah kepada maklumat portfolio pelanggan untuk mereka menyediakan perkhidmatan yang tepat pada masanya secara maya namun dengan sentuhan manusia.

"Pada masa kini, Manulife iFUNDS digunakan untuk menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 100,000 akaun pelanggan dan lebih 3,000 penasihat Manulife di seluruh Asia. Penerimaan dalam pasaran-pasaran begitu menggalakkan. Lebih daripada 70% akaun kami di Hong Kong menggunakan Manulife iFUNDS manakala di Malaysia, lebih 70% daripada transaksi keseluruhan kami dikendalikan melalui penyelesaian digital ini sejak pelancarannya pada bulan Oktober 2020," tambah Grace. "Kami memperkenalkan Manulife iFUNDS ke pasaran Singapura untuk mendayakan penasihat secara digital bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik untuk pelanggan pelan berkaitan pelaburan kami. Dalam pasaran-pasaran yang mana Manulife iFUNDS disediakan, sasaran kami adalah untuk mencapai penerimaan pelanggan sebanyak 100% dalam tempoh tiga tahun."

Penggunaan digital Manulife Investment Management melangkaui lebih daripada sekadar tawaran dana bersama runcit. Pada tahun 2020, saluran digital firma ini untuk Mandatory Provident Funds (MPF) Hong Kong mencapai kadar penerimaan sebanyak 74% dan 66% untuk Sumbangan Sukarela boleh ditolak-Cukai dan permohonan baharu Akaun Peribadi MPF.

"Dalam keadaan pandemik ini, kami telah menganjurkan 75 webinar serantau dan persidangan maya pada tahun 2020 sahaja untuk saluran pengedaran dan pelabur akhir kami, mencatatkan lebih 53,000 tontonan. Media sosial juga dimanfaatkan untuk penyebaran pasaran dan pemahaman pelaburan, sama ada mencapai pelanggan secara langsung atau membolehkan penasihat melibatkan pelanggan mereka, dengan lebih 400 hantaran diterbitkan dan 22 juta tontonan diperoleh," tambah Grace.

Perekrutan bagi jawatan Ketua Pegawai Pemasaran, Asia sedang dijalankan dan Grace akan terus menyandang jawatan ini sehinggalah pengganti menyertai syarikat ini.

Latar Belakang Manulife Investment Management

Manulife Investment Management ialah segmen pengurusan kekayaan dan aset global Manulife Financial Corporation. Kami memanfaatkan pengawasan kewangan selama lebih seabad dan sumber lengkap daripada syarikat induk kami untuk menyediakan perkhidmatan kepada individu, institusi dan ahli pelan persaraan di seluruh dunia. Beribu pejabat di Toronto, keupayaan utama kami dalam pasaran awam dan persendirian diperkukuh oleh jejak pelaburan yang mencakupi 17 negara dan wilayah. Kami melengkapkan keupayaan ini dengan memberi akses kepada jaringan pengurus aset tidak bergabung dari serata dunia. Kami komited untuk melabur secara bertanggungjawab dalam seluruh perniagaan kami. Kami membangunkan kerangka global yang inovatif untuk pelaburan berterusan, terlibat secara kolaboratif dengan syarikat-syarikat dalam portfolio sekuriti kami dan mengekalkan piawaian pengawasan yang tinggi di mana kami memiliki dan mengendalikan aset dan kami percaya dalam menyokong kesejahteraan kewangan melalui pelan persaraan tempat kerja kami. Hari ini, penaja pelan di seluruh dunia bergantung pada kepakaran pentadbiran dan pelaburan pelan persaraan kami untuk membantu kakitangan mereka merancang, menyimpan dan menjalani kehidupan persaraan yang lebih baik.

Setakat 30 September 2020, Manulife Investment Management memiliki aset bawah pengurusan dan pentadbiran bernilai CAD$923 bilion (US$692 bilion). Tidak semua tawaran disediakan di kesemua wilayah bidang kuasa. Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi manulifeim.com.

Source: Manulife Investment Management
Keywords: Personnel announcements Financial Technology