omniture

LTI dan IBM Mengembangkan Hubungan Global untuk Membantu Organisasi Mempercepatkan Transformasi Digital dengan Awan Hibrid

LTI
2021-01-15 13:05 61

- LTI dan IBM merancang untuk mewujudkan pusat kecemerlangan bagi mengintegrasi penyelesaian dengan pelanggan 

MUMBAI, India, 15 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Larsen & Toubro Infotech (BSE: 540005) (NSE: LTI), sebuah syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global merancang untuk mengembangkan hubungan global yang terjalin selama bertahun-tahun dengan IBM (NYSE: IBM) bagi membantu perniagaan melakukan transformasi operasi mereka melalui penggunaan awan hibrid terbuka. Melalui pusat yang dicadangkan, LTI akan membantu pelanggan mereka memindah dan memodenkan aplikasi perniagaan teras yang memanfaatkan platform awan hibrid terbuka IBM yang dibina pada Red Hat OpenShift.

LTI telah membangunkan penyelesaian yang sedia digunakan oleh industri menggunakan keupayan awan hibrid dari IBM termasuk Awan Pak untuk Data dan Awak Pak untuk Automasi serta penawaran yang mengintegrasikan penyelesaian IBM Watson untuk membantu pelanggan mengautomasi dan menjadikannya selamat serta mengemaskini proses dan aplikasi perniagaan mereka. Ini merangkumi iDigitalization untuk mengautomasikan aliran kerja dan mendigitalkan proses perniagaan perusahaan, iMaximize untuk membantu memodenkan landskap integrasi perusahaan dengan pemecut prabina, dan Make-the-Shift untuk membantu pembaikpulihan legasi beban kerja.

Sebagai sebahagian daripada hubungan ini, LTI dan IBM merancang untuk mewujudkan sebuah pusat kecemerlangan di Bengaluru (India) pada tahun 2021. Pusat ini akan menawarkan rangkaian komprehensif IBM yang merangkumi penyelesaian Awan, Automasi, Integrasi, Data & Kecerdasan Buatan (AI) untuk merangsang inovasi. IBM merancang untuk menyediakan latihan kepada pekerja LTI untuk memudahkan bengkel penciptaan dan pembangunan penyelesaian IBM untuk pelanggan LTI.

Sudhir Chaturvedi, Presiden Jualan dan Ahli Lembaga Eksekutif, LTI berkata, "Beberapa organisasi terkemuka di dunia mempercayai LTI sebagai rakan kongsi pilihan untuk melaksanakan transformasi digital dan memodenkan landskap teknologi sedia ada mereka. Kami sedang memperluaskan hubungan kukuh kami dengan IBM supaya para pelanggan boleh memulakan persekitaran awan hibrid dengan lancar, menggunakan automasi dan Integrasi yang terbaik."

Evaristus Mainsah, Pengurus Besar Hybrid Cloud and Edge Ecosystem IBM,  berkata, "Kami berharap untuk mengembangkan kerjasama kami dengan LTI bagi membantu pelanggan di seluruh industri melakukan migrasi dan memodenkan beban kerja misi kritikal mereka dengan memanfaatkan penyelesaian awan hibrid IBM yang selamat dan terbuka. Pengetahuan domain yang mendalam oleh LTI berserta tawaran awan hibrid terbuka dan Awan Pak IBM yang dikuasakan oleh Red Hat OpenShift, boleh membantu perusahaan mempercepatkan transformasi digital mereka."

LTI ialah Rakan Kongsi Perniagaan Platinum IBM dan merupakan sebahagian daripada Ekosistem Awan Hibrid IBM. Inisiatif ekosistem IBM menyokong rakan kongsi yang berbagai sama ada mereka membina, memberi perkhidmatan atau menjual semula teknologi dan platform IBM serta membantu pelanggan untuk mengurus dan memodenkan beban kerja dengan Red Hat OpenShift bagi setiap persekitaran awan termasuk awan awam IBM. Red Hat OpenShift ialah platform Kubernetes perusahaan terkemuka dalam industri. Awan awam IBM merupakan awan awam untuk perniagaan, yang paling selamat dan terbuka di industri. Dengan penerajuannya dalam keselamatan, keupayaan gred perusahaan dan sokongan untuk teknologi sumber terbuka, awan awam IBM direka untuk membezakan dan meningkatkan keupayaan awan hibrid untuk beban kerja perusahaan.

Pernyataan tentang hala tuju IBM dan harapannya adalah tertakluk pada perubahan atau pembatalan tanpa notis dan mewakili matlamat dan objektif sahaja. 

Tentang LTI 

LTI (NSE: LTI) ialah sebuah Syarikat perundingan teknologi dan penyelesaian digital global yang membantu lebih 400 pelanggan berjaya dalam dunia yang menumpu. Dengan operasi di 32 buah negara, kami berusaha keras untuk pelanggan kami dan mempercepatkan transformasi digital mereka dengan platform Mosaic LTI yang mendayakan perjalanan mudah alih, sosial, analitik, Internet Benda dan awan mereka. Ditubuhkan pada 1997 sebagai syarikat subsidiari Larsen & Toubro Limited, warisan unik kami memberi kami kepakaran dunia nyata yang tiada tandingannya untuk menyelesaikan cabaran perniagaan yang paling kompleks dalam semua industri. Setiap hari, pasukan kami yang terdiri daripada lebih 32,000 warga LTI membolehkan pelanggan kami meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan dan teknologi serta memberikan nilai kepada pelanggan, pekerja dan para pemegang saham mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lntinfotech.com atau ikuti kami di @LTI_Global 

Maklumat lanjut :

Berhubung dengan LTI : 

Logo LTI: https://mma.prnasia.com/media2/1044154/LTI_Logo.jpg?p=medium600  
Logo IBM: https://mma.prnasia.com/media2/1417782/IBM_Logo.jpg?p=medium600 

Source: LTI
Related Stocks:
Bombay:540005 India:EQLTI India:LTI.NS
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Outsourcing Businesses Contracts New products/services