omniture

China International Import Expo mendorong kerjasama global dalam industri pintar dan teknologi maklumat

CIIE
2021-01-15 16:00 72

SHANGHAI, 15 Januari 2021 /PRNewswire/ -- China International Import Expo (CIIE), ekspo bertemakan import yang terbesar di dunia akan dianjurkan buat kali keempat di Shanghai dari 5 hingga 10 November 2021.

CIIE
CIIE

Ribuan pempamer dan ratusan ribu pembeli dari seluruh dunia telah datang ke Shanghai dalam tempoh tiga tahun yang lalu untuk mendapat manfaat yang ditawarkan di ekspo tersebut. Dengan ruang dan pengaruh pameran yang semakin meningkat, CIIE menjadi suatu acara penting kepada perniagaan antarabangsa pada setiap bulan November.

Bagi syarikat-syarikat dalam bidang industri pintar dan teknologi maklumat yang ingin memasuki pasaran China yang besar, ekspo ini merupakan peluang utama yang anda tidak boleh lepaskan.

Ruangan Pameran Teknologi Maklumat Industri Pintar CIIE yang ketiga telah menarik lebih 300 buah perusahaan dari hampir 40 buah negara dan wilayah serta mempunyai kawasan pameran berkeluasan lebih 70,000 meter persegi.

Walaupun di tengah-tengah wabak COVID-19, pameran tersebut menerima ramai pendatang baharu pada tahun lalu, termasuk Cheniere Energy yang merupakan salah sebuah pengeluar gas asli cecair terbesar di Amerika Syarikat. Syarikat tersebut mempunyai gerai seluas 150 meter persegi untuk mempamerkan teknologi dan produk baharunya.

Epson dan Konica Minolta telah membuat penampilan sulung mereka pada CIIE yang ketiga. Jenama terkemuka dalam industri elektrik termasuk GE, Hitachi, Siemens dan Schneider Electric turut menyertai ekspo tersebut.

Pembuat jentera kejuruteraan yang terkenal seperti Caterpillar, John Deere dan Volvo serta jenama teknologi percetakan terkemuka seperti Epson, Brother dan Canon juga merupakan antara pempamer di ekspo tersebut.

Kawasan pameran ini juga menampilkan Subseksyen Pemuliharaan Tenaga dan Perlindungan Alam Sekitar yang memberi tumpuan kepada bidang utama seperti penjimatan air, tenaga baharu, pengitaran semula sumber dan perlindungan alam sekitar.

Baru-baru ini, Biro CIEE telah mengumumkan bahawa subseksyen khas baharu untuk pempamer litar bersepadu akan membuat penampilan sulung pada CIEE tahun ini.

Selain daripada subseksyen yang baharu ditambah tersebut, jawatankuasa khas untuk industri litar bersepadu juga akan ditubuhkan sebagai sebuah badan penasihat dan langkah ini sejajar dengan matlamat expo untuk menjadi lebih khusus dalam industri yang berbeza.

Sebelum ini, CIIE telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dalam transformasi digital industri yang komited untuk mengintegrasikan keseluruhan rantaian industri dalam transformasi digital industri dan menawarkan penyelesaian transformasi digital yang canggih kepada perusahaan dalam bidang pengeluaran perindustrian untuk membantu mereka meningkatkan kecekapan serta kualiti.

Secara ringkasnya, penyertaan dalam CIIE merupakan pintu gerbang utama ke arah memahami dan memanfaatkan pasaran China dengan penduduk seramai 1.4 bilion orang.

Pendaftaran untuk Pameran Perniagaan CIIE yang ke-4 kini dibuka.

Sila layari https://www.ciie.org/ciie/f/book/register?locale=en untuk mendaftar.
Daftar sebelum 31 Januari 2021, untuk menikmati tawaran penyertaan awal.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1420882/ciie.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1077995/CIIE_Logo.jpg?p=medium600

Sila hubungi: Cik Nie Qingxin
Tel.: +86-21-6700870/67008988

 

Source: CIIE
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Gas Household/Consumer/Cosmetics Retail Utilities Conservation/Recycling Environmental Issues Trade show news Future Events