omniture

Ekspo Import Antarabangsa China, rangsangan kepada perdagangan perkhidmatan global

CIIE
2021-01-17 23:04 111

SHANGHAI, 15 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Pada tahun 2019, China berada di kedudukan ketiga di dunia, di belakang Amerika Syarikat dan Singapura, dari segi daya saing ekonomi digital berdasarkan laporan oleh Akademi Sains Sosial Shanghai baru-baru ini.

 

Trade Services Exhibition Area of the CIIE
Trade Services Exhibition Area of the CIIE

 

Peningkatan teknologi digital di China telah mempercepat integrasi meluas dalam pelbagai industri yang membolehkan ekonomi perkhidmatan berkembang maju. Kini, ekonomi perkhidmatan telah menjadi pemacu utama dalam pertumbuhan ekonomi. Kerjasama antarabangsa dalam perdagangan perkhidmatan akan menjadi pemacu yang semakin penting.

Bagi syarikat-syarikat asing yang berhasrat untuk memanfaatkan potensi pertumbuhan perdagangan perkhidmatan yang luas di China, Ekspo Import Antarabangsa China (China International Import Expo, CIIE) merupakan platform utama.

Kawasan Pameran Perkhidmatan Pertukaran di CIIE ketiga berkeluasan 30,000 meter persegi dan dibahagikan kepada lima bahagian iaitu kewangan, logistik, perundingan, pemeriksaan & ujian serta pelancongan budaya. Lebih 250 pempamer yang terdiri daripada lebih 50 syarikat Fortune Global 500 dan peneraju perindustrian telah menyertai pameran tersebut.

Kecerdasan buatan (AI), data raya dan perkhidmatan awan juga merupakan antara penampilan utama dalam acara tersebut.

CIIE keempat yang dijadualkan berlangsung di Shanghai dari 5 hingga 10 November 2021 akan disertai dengan lebih banyak kepelbagaian perkhidmatan.

Kesemua pempamer dalam bidang perkhidmatan kewangan (perbankan, insurans dan pengurusan aset), logistik, teknologi maklumat, pemeriksaan dan ujian, perkhidmatan bersepadu, pengurusan rantaian bekalan, perkhidmatan dalam kebudayaan, pelancongan, pendidikan, hiburan dan sukan adalah dialu-alukan untuk turut serta.

Pada tahun 2020, CIIE melancarkan Jawatankuasa Khas untuk Rantaian Bekalan Pintar, yang akan menggabungkan kebijaksanaan para peneraju industri untuk mempromosi pembukaan kepada industri perkhidmatan China yang lebih besar dan membantu memperkukuh pembangunan pengurusan rantaian bekalan.

CIIE ialah ekspo import terbesar di dunia dan merupakan salah satu daripada 10 rancangan perniagaan terbaik di dunia. Ia membuka kepada potensi pasaran global.

Ekso perdagangan global ini menyediakan rangkaian lengkap industri yang merangkumi perkhidmatan produk makanan dan pertanian, automobil, teknologi pintar dan teknologi maklumat, barangan pengguna, peranti perubatan, produk penjagaan kesihatan dan pertukaran.

Lebih 10,000 orang wartawan telah membuat liputan untuk Ekspo ini sepanjang tiga tahun yang lalu. Dalam pasaran domestik sahaja, terdapat lebih 3.5 juta laporan dan siaran media sosial tentang CIIE.

Pendaftaran untuk Pameran Perniagaan CIIE yang ke-4 kini dibuka.

Sila layari https://www.ciie.org/ciie/f/book/register?locale=en untuk mendaftar.

Daftar sebelum 31 Januari 2021, untuk menikmati tawaran penyertaan awal!

Sila hubungi: Cik Nie Qingxin
Tel.: 0086-21-67008870/67008988

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1421437/trade_services_exhibition_area_of_the_ciie.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1077995/CIIE_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

Source: CIIE
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Survey, Polls & Research