omniture

Microland memperoleh kepercayaan untuk Pemindahan Windows Server dan SQL Server kepada Microsoft Azure Advanced Specialization

Microland
2021-01-18 09:00 48

BENGALURU, India, LONDON dan ATLANTA, 18 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Microland, sebuah syarikat perkhidmatan digital terkemuka hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh kepercayaan untuk memindahkan Windows Server dan SQL Server kepada Microsoft Azure Advanced Specialization. Pengiktirafan ini mengesahkan pengetahuan mendalam, pengalaman dan kepakaran meluas yang dimiliki oleh Microland dalam memindahkan beban kerja berasaskan Windows Server dan SQL Server kepada Azure.

Pengiktirafan ini diperoleh secara eksklusif oleh rakan kongsi yang memenuhi kriteria ketat yang ditetapkan dari sudut kejayaan pelanggan dan kemahiran kakitangan serta lulus audit pihak ketiga dalam proses pemindahan tersebut. Ia menjadikan Microland sebagai rakan kongsi pilihan kepada perusahaan yang ingin memodenkan aplikasi mereka dan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ditawarkan oleh pengkomputeran awan. Perkara ini menjadi lebih penting sekarang disebabkan pemberhentian sokongan terhadap Windows Server 2008 R2 dan SQL Server 2008 R2. Ia merupakan suatu perakuan terhadap kemahiran dan keupayaan canggih yang dimiliki oleh Microland untuk bekerjasama dengan pelanggan bagi memindahkan beban kerja sedia ada mereka kepada awan, melalui penyediaan perkhidmatan kitaran hayat yang lengkap merangkumi perancangan, penilaian, reka bentuk dan pemindahan.

"Perkongsian kami dengan Microsoft terus diperkukuh dan kami berbesar hati menerima akreditasi kepakaran canggih Azure berikutan kemahiran kami memindahkan beban kerja Windows dan SQL kepada awan. Microland merupakan suatu nama yang dipercayai dalam ruang lingkup Azure, dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan dalam pengurusan awan hibrid. Pengkhususan ini memperkuat komitmen kami untuk membawa keupayaan canggih Azure kepada pelanggan sebagai sebahagian daripada kerangka kerja perkhidmatan kami yang cemerlang," kata Sivakumar Thiyagarajan, Naib Presiden Kanan, Pakatan Strategik Microland. 

Microland telah menjadi rakan kongsi Microsoft sejak tahun 1995 dan memperoleh 9 Gold Competency serta Azure Competency yang canggih dalam pemindahan SQL dan Windows. Microland telah bekerjasama secara meluas dengan pelanggan di seluruh dunia dalam memindahkan applikasi mereka kepada Azure, menggunakan Azure App Service, Service Environment, SQL Managed Instance, Data Factory, App Insights, Data Lake, Data Bricks, Azure Kafka dan AppFabric.

Gavriella Schuster, Naib Presiden Korporat, One Commercial Partner (OCP), Microsoft Corp. mengulas: "Pemindahan Windows Server dan SQL Server kepada pengkhususan canggih Microsoft Azure menonjolkan rakan kongsi yang dilihat sebagai paling berkemampuan untuk melakukan pemindahan beban kerja berasaskan Windows kepada Azure. Microland dengan jelas menunjukkan bahawa mereka mempunyai kemahiran serta pengalaman untuk menawarkan pemindahan yang berjaya kepada pelanggan supaya mereka boleh mula menikmati manfaat berada dalam awan." 

Microland telah menyokong pelanggan yang terdiri daripada pelbagai sektor merangkumi Perbankan, Perkhidmatan Kewangan dan Insurans (BFSI), Peruncitan, Teknologi Tinggi, Farmaseutikal & Sains Hayat melalui aplikasi bersepadu dan keupayaan infrastruktur perkhidmatan transformasi awan, membolehkan mereka dengan sepenuhnya mengoptimumkan dan fokus dengan pelaburan awan mereka. Dengan kepakaran yang tinggi dalam pengurusan awan hibrid dan trend teknologi awan, Microland membantu pelanggan mengurangkan perbelanjaan modal dan kos pentadbiran serta meningkatkan prestasi, keselamatan dan kebolehpercayaan. Selain daripada perkhidmatan Operasi dan Pemindahan awan Hibrid, portfolio penyelesaian Microland juga merangkumi Awan Ekonomi, Transformasi Pusat Data, Perkhidmatan Pemulihan Bencana dan Operasi Pembangunan (DevOps). Microland juga telah melabur dengan banyak dalam penyelesaian proprietari iaitu Intelligeni sebuah platform AIOps yang mendorong automasi di keseluruhan pusat data. Microland juga telah menubuhkan pusat kecemerlangan untuk perkhidmatan pemindahan bagi rangkaian penyelesaian Microsoft.

Tentang Microland 

Komitmen Microland dalam "Merealisasikan Digital" ("Making Digital Happen") membolehkan teknologi melakukan lebih banyak serta mengurangkan gangguan. Kami memudahkan perusahaan melakukan peralihan kepada infrastruktur digital nextGen melalui portfolio perkhidmatan yang luas termasuk Pusat Awan dan Data, Rangkaian, Tempat Kerja Digital, Keselamatan Siber dan IoT Perindustrian. Kami memastikan penggunaan perkhidmatan digital boleh diramal, boleh dipercayai dan stabil.

Dalam dunia yang terkesan dengan COVID, Microland akan memastikan digital diguna pakai oleh perusahaan dengan fokus utama pada perkhidmatan yang lebih relevan dengan pelanggan dan prospek kami berbanding sebelumnya, menjaminkan hasil perniagaan. 

Diperbadankan pada tahun 1989 dan beribu pejabat di Bengaluru, India, Microland mempunyai lebih 4,500 orang pakar digital di seluruh pejabat dan pusat penghantaran di Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara.

Sila baca lebih lanjut di sini: https://www.microland.com/

Hubungan Media: indusekharcv@microland.com

TENTANG MICROSOFT 

Microsoft (Nasdaq "MSFT" @microsoft) mendayakan transformasi digital untuk era awan dan sisi pintar. Misinya adalah untuk membolehkan setiap orang dan organisasi di planet ini mencapai lebih banyak kejayaan.


Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1343841/Microland_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Microland
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Internet Technology Telecommunications Survey, Polls & Research