omniture

Laporan baharu daripada Persekutuan Pergigian Dunia FDI menangani ketidakseimbangan kesihatan oral dan menggariskan strategi untuk meningkatkan penjagaan kesihatan oral dalam tempoh sepuluh tahun akan datang

FDI World Dental Federation
2021-01-18 19:00 109

- Keadaan mulut seperti kerosakan gigi, penyakit gusi, kehilangan gigi dan kanser mulut merupakan penyakit yang paling berleluasa di seluruh dunia – memberikan kesan kepada 3.5 bilion individu – dan mempunyai impak terhadap kesihatan, kemasyarakatan dan ekonomi yang teruk dan signifikan.

- Ahli profesional kesihatan oral hendaklah dimasukkan secara aktif dalam semua usaha untuk meningkatkan kesihatan semua, supaya usaha pencegahan di peringkat kependudukan berkesan dan mereka yang memerlukan menerima penjagaan yang berkualiti.

- Gambar boleh didapati di AP Images (http://www.apimages.com) -

GENEVA, 18 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Secara kebetulan dengan sesi ke-148 Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia, yang menyaksikan resolusi kesihatan oral dijadikan agenda untuk diterima pakai oleh pemerintah negara, FDI mengumumkanVisi 2030: Menyampaikan Kesihatan Oral yang Optimum untuk Semua, laporan tepat yang menawarkan pelan tindakan yang komprehensif antara disiplin tentang cara untuk memberi impak ke atas dasar kesihatan dan menangani cabaran untuk meningkatkan kesihatan oral serta mengurangkan ketidaksamaan kesihatan oral pada dekad akan datang.

Visi 2030 mengesyorkan strategi untuk menangani beban penyakit oral yang boleh disesuaikan oleh komuniti mengikut keperluan dan keadaan mereka sendiri, membolehkan mereka melaksanakan penyelesaian yang berkaitan. Laporan ini turut mempertimbangkan bagaimana perubahan masyarakat, seperti populasi berumur, memerlukan tenaga kerja kesihatan oral untuk menyesuaikan diri dan melengkapkan diri mereka untuk memberikan penjagaan yang konsisten.

"Visi 2030 menggariskan cara untuk mengintegrasikan profesion kita dalam agenda pembangunan global, termasuk matlamat Pembangunan Lestari PBB dan pelaksanaan liputan kesihatan sejagat, yang menentukan keutamaan kesihatan yang penting," kata Prof. David Williams, pengerusi bersama Kumpulan Kerja Visi FDI 2030.

Prof. Michael Glick, pengerusi bersama Kumpulan Kerja Visi FDI 2030, menambah: "Bagaimanakah kita, sebagai ahli komuniti kesihatan oral, boleh meramalkan perubahan serta transformasi dan trend dalam persekitaran penjagaan kesihatan global? Bagaimanakah kita merebut peluang untuk menjadi ahli pasukan penjagaan kesihatan yang produktif dalam memberikan penjagaan yang fokus secara individu? Ini ialah sebahagian daripada soalan-soalan umum yang cuba kami jawab melalui Visi 2030."

Mencapai kesihatan oral optimum yang menyeluruh memerlukan penyokong yang kuat yang bersedia untuk menangani cabaran kesihatan awam yang penting ini. Melalui langkah-langkah yang dibentangkan dalam Visi 2030, profesion kesihatan oral akan dilengkapkan untuk mempertahankan integrasi kesihatan oral yang lebih baik dalam keseluruhan aspek kesihatan dan bersatu di sebalik satu matlamat yang dikongsi bersama.

Pengarang Vision 2030 melaporkan, pasukan pakar profesional yang berasal daripada pelbagai sektor dalam komuniti penjagaan kesihatan, telah menekankan keperluan untuk melibatkan diri dengan orang ramai, serta pelbagai pihak berkepentingan yang lain. Visi 2030 menyeru agar pesakit sendiri menjadi penyokong yang mempunyai maklumat tentang kesihatan mulut mereka dan memainkan peranan yang aktif dalam keputusan rawatan mereka. Daripada pesakit kepada profesion, Visi 2030 mendorong mesej asas bahawa kesihatan tidak bermakna tanpa mulut yang sihat.

Tentang Persekutuan Pergigian Sedunia FDI 

Ditubuhkan pada 1900, Persekutuan Pergigian Sedunia FDI merupakan sebuah organisasi berasaskan keahlian antarabangsa yang berfungsi sebagai badan wakil utama untuk lebih daripada satu juta doktor gigi di seluruh dunia dan bergerak secara aktif dalam kira-kira 200 pertubuhan pergigian kebangsaan dan kumpulan pakar di hampir 130 buah negara. Berpangkalan di Geneva, Switzerland, misi FDI adalah untuk memimpin dunia ke arah kesihatan oral yang optimum.

Kumpulan Kerja Visi 2030: Michael Glick (Pengerusi Bersama), David M. Williams (Pengerusi Bersama), Ihsane Ben Yahya, William W. M. Cheung, Enzo Bondioni, Pam Clark, Stefan Listl, Manu Raj Mathur, Peter Mossey, Hiroshi Ogawa, Gerhard K. Seeberger, Michael Sereny.

Hubungan media:
Charanjit Jagait, Pengarah Komunikasi & Sokongan FDI 
cjagait@fdiworlddental.org | Tel.: +41 797967613

Source: FDI World Dental Federation
Keywords: Dentistry Health Care/Hospital New products/services Survey, Polls & Research