omniture

Tetra Pak menyeru kepada inovasi secara usaha sama untuk menangani cabaran kelestarian dalam industri pembungkusan makanan

Tetra Pak
2021-01-25 16:00 49

LAUSANNE, Switzerland, 25 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Tetra Pak telah memperkenalkan model inovasi usaha sama baharu dengan pengeluar papan kertas terkemuka, suatu langkah yang bertujuan untuk menangani cabaran kelestarian industri pembungkusan makanan. Model operasi tradisional rantaian bekalan linear telah berubah dan model ekosistem perkongsian baharu memunculyang menyaksikan keseluruhan industri bekerja secara usaha sama yang erat. Perkara ini menyatukan bukan sahaja pengeluar dan pembekal tetapi juga institusi penyelidikan, universiti dan syarikat permulaan dalam usaha mencari penyelesaian.

Menurut penyelidikan terkini sistem rantaian bekalan makanan global bertanggungjawab kepada pelepasan gas rumah hijau global sebanyak 26%; satu pertiga daripada kesemua makanan telah hilang atau dibazirkan di suatu tempat dalam rantaian bekalan; bahan berasaskan bahan api fosil perlu dihentikan; dan pembaikan yang ketara diperlukan dalam cara pembungkusan diuruskan selepas penggunaannya.

Laurence Mott, Naib Presiden Eksekutif, Pembangunan dan Kejuruteraan Tetra Pak, berkata: "Kami bersatu tenaga dengan rakan kongsi strategik dan pengeluar papan kertas untuk mencari penyelesaian. Ada kemungkinan untuk membuat pembungkusan lestari sepenuhnya tetapi anda perlu menjadikannya selamat. Jika anda tidak boleh membuatnya secara besar-besaran, anda tidak boleh meminimumkan sisa makanan dan anda tidak dapat memenuhi keperluan populasi global yang semakin meningkat. Untuk menyatukan ketiga-tiga perkara tersebut, ia memerlukan usaha sama yang sangat kukuh."

Mott menyatakan bahawa skala cabaran persekitaran yang dihadapi dunia memerlukan para pelaku dalam rantaian nilai bergabung untuk membangunkan penyelesaian pembungkusan yang benar-benar lestari.

Pengeluar papan kertas terkemuka bersatu dalam pendekatan mereka untuk menangani pelepasan karbon dan berhasrat untuk mewujudkan masa depan karbon sifar bersih.

Hannu Kasurinen, Naib Presiden Eksekutif Pembungkusan  Stora Enso, sebuah syarikat penyedia penyelesaian boleh diperbaharui global terkemuka, berkata: "Kami percaya, kami berkongsi dan kami belajar bersama-sama. Inovator terbaik kami bekerjasama dan kami melangkah ke hadapan serta kami berinovasi. Kadang-kadang kami gagal tetapi kami belajar daripada kegagalan itu. Kami semakin bekerjasama rapat antara satu sama lain kerana kami mempunyai objektif strategik yang sama – yang baik untuk orang ramai dan planet."

Francisco Razzolini, Pengarah Teknologi Perindustrian, Inovasi, Kelestarian dan Projek Klabin, pengeluar kertas terbesar Brazil, berkata: "Kami melihat permintaan baharu daripada masyarakat dan pengguna untuk mewujudkan produk dan proses yang lebih lestari. Untuk memenuhi permintaan ini memerlukan kerjasama yang amat besar antara syarikat kami. Kita boleh mempercepatkan proses inovasi tersebut melalui perkongsian pengalaman, pemikiran, idea dan perkembangan."

Malin Ljung Eiborn, Ketua Kelestarian dan Hal Ehwal Awam BillerudKorsnäs, sebuah syarikat penyedia bahan pembungkusan berasaskan fiber terkemuka di dunia, berkata: "Wawasan kami adalah untuk mewujudkan pembungkusan berasaskan fiber dan boleh dikitar semula sepenuhnya secara 100% yang tidak lagi memerlukan plastik dan aluminium . Sudah tentu, kami masih perlu mengikuti beberapa langkah selanjutnya sebelum berjaya mencapainya dari perspektif teknikal. Tetapi kami bekerjasama sebagai satu pasukan projek dalam perkara ini kerana satu-satunya cara kita boleh menyelesaikannya ialah dengan melakukannya bersama-sama."

Cabaran yang dihadapi oleh industri termasuk mengeluarkan lapisan plastik dan aluminium yang nipis untuk menggantikannya dengan bahan berasaskan tumbuhan atau fiber kayu, membangunkan alternatif yang boleh diperbaharui kepada straw plastik dan meningkatkan kebolehkitaran semula pembungkusan. Apabila disumberkan secara bertanggungjawab, bahan boleh diperbaharui berasaskan tumbuhan boleh menjadi sokongan terhadap perlindungan biodiversiti dan ekosistem semula jadi. Ini bermakna industri dapat meminimumkan keperluan bahan berasaskan fosil.

Dan perkara tersebut merupakan antara cabaran-cabaran yang mendorong Tetra Pak dan rakan kongsinya bekerjasama dalam model inovasi usaha sama baharu. Matlamat Tetra Pak ialah untuk mewujudkan pembungkusan yang paling lestari di dunia – sesuatu yang menjamin keselamatan dan ketersediaan makanan sambil mengurangkan impak terhadap planet ini.

Ilustrasi Doodle

Perjalanan Inovasi Tetra Pak 

Berinovasi untuk kelestarian 

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

 

Farmer in Wheat Field
Farmer in Wheat Field

Farmer in Pineapple Field
Farmer in Pineapple Field

Laurence Mott, Tetra Pak Executive VP Development and Engineering
Laurence Mott, Tetra Pak Executive VP Development and Engineering

Sugar Cane Plantation
Sugar Cane Plantation

Tetra Pak Lund Headquarters
Tetra Pak Lund Headquarters

Source: Tetra Pak
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Household/Consumer/Cosmetics Office Products Retail Transportation Joint ventures New products/services