omniture

Siri DeepBlue 3.0 JA Solar Berjaya Peroleh Pensijilan KS Modul 182 Pertama di Korea Selatan

JA Solar Technology Co., Ltd.
2021-01-26 04:52 257

BEIJING, 26 Januari 2021 /PRNewswire/ -- JA Solar, pengeluar yang terkemuka bagi produk fotovolta berprestasi tinggi, mengumumkan bahawa jenis mono-muka bagi modul siri DeepBlue 3.0 telah memperoleh pensijilan KS pertama untuk modul berasaskan wafer 182mm x 182mm, yang dikenali sebagai "modul 182", yang bererti produk berkenaan telah mendapat kelulusan untuk pasaran PV Korea Selatan. Dijangkakan bahawa jenis dwimuka DeepBlue 3.0 akan disahkan pada penghujung bulan ini yang akan menawarkan satu lagi pilihan produk berkecekapan tinggi untuk pelanggan tempatan.

Dilancarkan pada Mei 2020, DeepBlue 3.0 mengintegrasikan kelebihan pelbagai teknologi berkecekapan tinggi dan degradasi rendah termasuk teknologi sel berkecekapan tinggi PERC generasi baharu PERCIUM+ dan wafer silikon terdop-Ga yang membolehkan produk berkenaan mempunyai keandalan, kecekapan penukaran dan prestasi penjanaan kuasa yang hebat. Gabungan prestasi yang tiada tandingan ini menjadikan modul tersebut sebagai salah satu pilihan terbaik bagi membantu mencapai pariti grid pada tahun 2021.

Pada September 2020, DeepBlue 3.0 menjadi salah satu modul 182 pertama yang diperakui oleh institusi-institusi berwibawa termasuk TUV, LVD dan EMC, lantas membuka jalan bagi mendapat akses kepada pasaran PV global termasuk pasaran PV Kesatuan Eropah dengan halangan kemasukan yang tinggi. Sejak penyerahan penghantaran pertamanya pada Oktober 2020, produk berkenaan telah dihantar ke beberapa pasaran di Amerika, Eropah, Asia, Afrika dan digunakan secara meluas dalam loji PV atas tanah berskala besar, sistem PV atas bumbung, kilang integrasi solar-perikanan, tempat letak kereta PV dan sebagainya.

JA Solar telah membina reputasi cemerlang dan kumpulan pelanggan yang setia dalam pasaran PV Korea Selatan yang berkembang pesat dengan produk serta perkhidmatannya yang berkualiti tinggi. Ia membekalkan modul untuk loji PV berskala besar di Korea Selatan, termasuk projek hibrid angin-solar yang terbesar, projek dwikaca dwimuka PERC terbesar dalam pasaran tempatan. Menerusi pengenalan modul 182 ke dalam pasaran Korea Selatan, JA Solar akan menyediakan perkhidmatan setempat yang lebih baik untuk pelanggan menerusi kelebihan produk dan teknologinya yang terkemuka sekali gus menggalakkan pembangunan pasaran PV tempatan.

 

 

Source: JA Solar Technology Co., Ltd.
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services