omniture

Lebih 300 buah syarikat dan organisasi bergabung tenaga untuk membantu menyelesaikan krisis kemanusiaan di lautan dunia

Neptune Declaration
2021-01-26 08:01 52

COPENHAGEN, Denmark, 25 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Para pemimpin industri dan hak asasi manusia, termasuk A.P. Møller - Mærsk, BP, BW, Cargill, COSCO, DOW, Euronav, MISC, NYK, Rio Tinto, Shell, Trafigura, Unilever dan Vale, menandatangani Neptune Declaration on Seafarer Wellbeing and Crew Change dalam seruan untuk bertindak di seluruh dunia bagi mengakhiri krisis pertukaran anak kapal yang pertama kali berlaku disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Beratus-ratus ribu pelaut dari seluruh dunia telah terkandas bekerja di atas kapal melebihi tarikh tamat kontrak awal mereka dan tidak dapat dilepaskan daripada kerja sejak berlakunya penularan pandemik koronavirus. Keletihan yang dialami setelah berada dalam tempoh yang panjang di laut memberi kesan yang signifikan kepada kesejahteraan fizikal dan mental pelaut. Ia juga meningkatkan risiko insiden maritim dan bencana alam sekitar serta memberi ancaman kepada integriti rantaian bekalan maritim yang merangkumi 90% daripada perdagangan global.

Walaupun terdapat usaha signifikan yang dilakukan oleh organisasi antarabangsa, kesatuan, syarikat dan beberapa kerajaan untuk menyelesaikan krisis pertukaran anak kapal yang tidak munasabah ini, kami mula melihat keadaan semakin teruk apabila kerajaan melakukan lebih banyak sekatan perjalanan sebagai tindak balas kepada strain baharu virus Covid-19. Beberapa isu penting menyebabkan keadaan kritikal ini tidak dapat diselesaikan: pihak berkuasa kebangsaan di seluruh dunia terus melihat pertukaran dan perjalanan antarabangsa anak kapal sebagai risiko Covid-19; protokol kesihatan berkualiti tinggi tidak dilaksanakan secara konsisten oleh pengendali kapal; dan gangguan perjalanan udara antarabangsa telah mengurangkan bilangan penerbangan antara hab pertukaran anak kapal tradisional dan negara-negara pelaut yang utama.

"Kami sedang menyaksikan krisis kemanusiaan di laut. Sepanjang pandemik koronavirus ini, pelaut telah memastikan dunia mendapat bekalan makanan, tenaga dan barangan penting yang lain, tanpa mengetahui bila masanya mereka dapat pulang ke rumah untuk kembali kepada keluarga mereka. Mereka telah menjadi tebusan dalam situasi ini dan tidak dapat turun dari kapal mereka. Namun, kita boleh menamatkan krisis pertukaran anak kapal ini tanpa sebarang risiko kepada kesihatan awam," kata Jeremy Nixon, Ketua Pegawai Eksekutif ONE.

Lebih 300 buah syarikat dan organisasi menyedari bahawa mereka mempunyai tanggungjawab bersama berdasarkan peranan mereka di seluruh rantaian nilai maritim dan seterusnya, untuk memastikan bahawa krisis pertukaran anak kapal ini diselesaikan secepat mungkin. Mereka telah menandatangani Neptune Declaration on Seafarer Wellbeing and Crew Change yang menetapkan empat tindakan utama bagi memudahkan pertukaran anak kapal dan memastikan rantaian bekalan global berfungsi:

  • Mengiktiraf pelaut sebagai pekerja utama dan memberi mereka akses keutamaan kepada vaksin Covid-19
  • Mewujudkan dan melaksanakan protokol kesihatan standard emas berdasarkan amalan terbaik yang sedia ada
  • Meningkatkan kerjasama antara pengendali kapal dan pencarter untuk memudahkan pertukaran anak kapal
  • Memastikan hubungan udara antara hab-hab maritim utama untuk pelaut

"Pelaut memainkan peranan penting dalam perlumbaan global untuk menghentikan pandemik koronavirus dengan menyediakan bekalan perubatan yang kritikal kepada penduduk dunia, terutamanya kepada negara-negara membangun. Pelaut adalah penting untuk kesejahteraan jutaan orang. Kami menyeru rakan-rakan kami, badan-badan kerajaan dan pihak berkepentingan yang lain untuk menyertai usaha kami bagi memastikan hak dan kesejahteraan pekerja barisan hadapan rantaian bekalan global dihormati," kata Graham Westgarth, Pengerusi V. Group.

Neptune Declaration telah dibangunkan oleh sebuah pasukan petugas yang terdiri daripada kalangan pihak berkepentingan rantaian nilai maritim termasuk A. M. Nomikos, Cargill, Dorian LPG, GasLog, Global Maritime Forum, International Chamber of Shipping, International Maritime Employers' Council, International Transport Workers' Federation, ONE, Philippine Transmarine Carriers, Sustainable Shipping Initiative, Synergy Group, V. Group dan World Economic Forum.

Sila lihat Neptune Declaration dan senarai penuh syarikat dan organisasi yang menandatangani di sini.

Maklumat lanjut: Ketua Komunikasi, Torben Vemmelund di tve@globalmaritimeforum.org or +45 2224 1446.

 

Source: Neptune Declaration
Keywords: Environmental Products & Services Maritime/Shipbuilding Transportation Corporate Social Responsibility Economic news, trends, analysis