omniture

Aplikasi Pengangkutan OBHAI Pada WhatsApp - Pertama di Bangladesh

OBHAI Solutions
2021-01-26 17:18 33

DHAKA, Bangladesh, 26 Januari 2021 /PRNewswire/ -- OBHAI, syarikat pengangkutan yang berasal dari Bangladesh merupakan antara syarikat pertama yang mengiktiraf potensi faedah WhatsApp dan aksesnya yang mudah, yang memberi manfaat kepada pangkalan pengguna daripada segenap lapisan masyarakat melalui pelancaran perkhidmatannya di WhatsApp.

Ridesharing_App_OBHAI
Ridesharing_App_OBHAI

Dengan 1.5 bilion pengguna aktif bulanan di seluruh dunia dan 22% (sekitar 40 juta orang) pengguna di Bangladesh menjadikan gergasi komunikasi media sosial, WhatsApp digunakan secara aktif sebagai platform komunikasi utama di negara tersebut.

Seseorang boleh memesan OBHAI G (kereta), CNG (kenderaan beroda tiga) atau OBHAI Express (bungkusan) pada WhatsApp. Para pengguna boleh menyimpan nombor telefon +8801313201222 dalam buku alamat telefon mereka sebagai 'OBHAI WhatsApp'. Langkah seterusnya ialah pengguna hanya perlu menaip 'Hi' dan boleh terus menggunakan perkhidmatan OBHAI pada WhatsApp. Untuk menempah perjalanan, pengguna hanya perlu menaip nombor yang ditetapkan, klik pada hantar dan selepas itu pengguna boleh bersiap sedia untuk perjalanan yang selesa dengan OBHAI.

"Tempahan OBHAI pada WhatsApp akan membantu ramai pengguna OBHAI memesan perkhidmatan OBHAI Gari, OBHAI CNG serta OBHAI Express dengan mudah dengan beberapa langkah utama," kata Anis Ahmed, Pengasas Permulaan dan Pelabur Obhai Solutions Ltd.

OBHAI WhatsApp boleh digunakan oleh pelanggan semasa OBHAI dengan lancar termasuk semua kemudahan seperti permintaan bayaran balik, aduan, pengebilan, melihat semula sejarah perjalanan dan maklum balas akan diterima dalam masa beberapa minit daripada wakil pusat panggilan OBHAI.

Di samping itu, pengguna boleh bersembang secara langsung dengan ejen OBHAI untuk penyelesaian pantas. Perkhidmatan AI yang berkaitan juga akan dipantau dan dikendalikan oleh ejen penjagaan pelanggan OBHAI.

Selain menawarkan perkhidmatan komunikasi paling canggih melalui WhatsApp, OBHAI akan dapat memenuhi keperluan penumpang dan pengguna telefon pintar dengan mengambil kira mereka yang tidak mempunyai storan mencukupi pada telefon pintar, untuk turut meningkatkan gaya hidup mereka yang komprehensif.

Sejajar dengan Bangladesh yang sedang bergerak maju menuju era digital yang lebih canggih, orang ramai pada masa kini lebih terbiasa dengan dunia di hujung jari mereka. Oleh itu, kekerapan komunikasi melalui platform media sosial seperti Facebook, Viber, WhatsApp dan lain lain meningkat dengan ketara. Dengan memikirkan keperluan dan keselesaan penduduk Bangladesh, OBHAI melangkah maju dan memperkenalkan perkhidmatan WhatsApp sendiri untuk melengkapkan penawaran pengangkutannya serta memberi pengalaman yang lebih peribadi kepada penumpang.

Sejak penubuhannya pada tahun 2018, OBHAI telah menyediakan sokongan penjagaan pelanggan selama 24 jam sehari kepada para pelanggannya di 53 buah bandar di Bangladesh bagi memastikan sokongan segera dan kepuasan sepenuhnya serta memenuhi matlamat syarikat pengangkutan ini untuk menyampaikan komitmennya melalui perkhidmatan WhatsApp yang canggih.

Hubungan Media: Arif Mustafa, arif.mustafa@mghgroup.com, +8801754330994

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1425812/ridesharing_app_obhai.jpg?p=medium600 

 

 

 

 

Source: OBHAI Solutions
Keywords: Auto Computer/Electronics Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Transportation Trucking and Road Transportation New products/services