Seni pelakuran mencapai tahap baharu dengan usaha berganda pada tahap yang sangat mencabar
NYON, Switzerland, 26 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Lutsinar, hitam, kuning, biru, merah - Hublot telah menguasai ciptaan dan pemesinan kaca nilam dengan lorekan eksklusif untuk kotak jam tangannya. Dengan Big Bang Tourbillon Automatic Orange Sapphire yang baharu, jenama ini sekali lagi telah mencapai kelas tertinggi dunia dengan penambahan warna baharu kaca nilam kepada pilihan warnanya. Ciri estetika dan teknikal merupakan pergerakan tourbillon yang belum pernah dilakukan ini bukan sahaja dilengkapi dengan fungsi putar sendiri (satu kelainan untuk tourbillon), tetapi juga dengan seni bina yang dicipta semula dengan rotor mikro yang boleh dilihat di bahagian dail dan tiga penghubung nilam. Pelakuran baharu yang mencipta keberanian dan ketelusan, dalam edisi terhad sebanyak 50 unit.
Untuk mengikuti perkembangan terkini, sila ikuti: @Hublot #Hublot #BigBangTourbillonAutomatic #LVMHWatchWeek
"Selaras dengan semangat yang inginkan kejayaan, Hublot telah menghasilkan inovasi baharu yang luar biasa dengan memperkenalkan kotak kaca nilam berwarna jingga yang pertama di dunia. Pembuatan kami juga telah telah mengesahkan kepakaran perolehan dengan memperkenalkan kaliber tourbillon automatik baharu, direka sepenuhnya dan dihasilkan sendiri, di mana seni bina bahagian sisi dail yang menakjubkan ini menunjukkan reka bentuk inovatif jam tangan tersebut. "Seni Pelakuran" pada tahap yang paling gemilang," menurut Ketua Pegawai Eksekutif HUBLOT, Ricardo Guadalupe.
Kaca nilam berwarna jingga, yang pertama di dunia
Sekiranya ada satu bidang di mana "Seni Pelakuran" milik Hublot dinyatakan dengan penuh keberanian dan jelas, pastinya itu adalah disebabkan bahan canggih, terutamanya kaca nilam yang dibuat khas. Selama bertahun-tahun, jenama (yang mempunyai makmal Metalurgi & Bahan sendiri) telah mengeluarkan banyak jam tangan yang sangat terkenal dengan kotak dan dail kaca nilam, tersedia dalam warna-warna baharu, berfungsi sebagai tetapan telus untuk mekanik canggih - seperti Big Bang Unico Sapphire (lutsinar), All Black Sapphire, Big Bang Unico Red Sapphire dan Blue Sapphire dan yang terbaru, Spirit of Big Bang Yellow Sapphire. Hari ini, Hublot terus berinovasi dengan bahan yang luar biasa ini dengan mentafsir semula Big Bang Sapphire Tourbillon dalam naungan jingga yang baharu sepenuhnya – yang pertama di dunia untuk kaca nilam berwarna – dicapai hasil penggabungan titanium dan kromium dalam proses pembuatan yang sangat mahir. Warna yang mengejutkan dan dinamik ini ialah satu penemuan baharu untuk haute horlogerie, dan benar-benar berharmoni dengan budaya kecemerlangan Hublot. Kekaguman bezel lutsinar dan kotak dengan kaca nilam jingga yang digilap dengan teliti ditingkatkan dengan sentuhan teknikal enam skru titanium berbentuk H yang menjadi ciri reka bentuk Big Bang.
Kaliber tuorbillon putar sendiri yang serba baharu
Kotak revolusi dengan pergerakan yang inovatif. Hublot menggambarkan kepakaran pembuatan jam tangan yang tiada tandingannya – dan penguasaannya terhadap tuorbillon, yang terus dikembangkan sejak tahun 2007 – dengan menampung pergerakan tuorbillon yang sama sekali baharu di tengah-tengah kaca nilam jingga, yang direka bentuk sepenuhnya dan dihasilkan oleh jenama. Tidak seperti pergerakan tuorbillon tradisional, dilengkapi dengan putaran manual, kaliber luar biasa ini mencipta nama untuk dirinya sendiri hasil daripada sistem putar sendiri yang memastikan rizab kuasa minimum selama tiga hari (72 jam) – satu kelebihan yang sangat ketara bagi pemakainya. Ia dilengkapi dengan galas bebola seramik dan kemajuan teknikal Hublot yang terkini dalam sistem putarannya. Pembuatannya juga telah menampilkan kembali keunikannya dengan menyusun semula pergerakan secara keseluruhan untuk menjadikan rotor mikro yang boleh dilihat dari sisi dail. Susun atur inovatif ini bukan sahaja menggambarkan cabaran teknikal tambahan bagi para pereka, tetapi juga seolah-olah memberi kehidupan baharu dari segi estetik, dengan memperkuat penampilan dail yang luar biasa dan reka bentuknya yang sangat kontemporari. Pergerakan berterusan rotor mikro yang ditetapkan pada jam 12 bergema dengan putaran tuorbillon, organ pengaturnya, yang berada dalam simetri sempurna pada pukul 6. Rotor mikro emas 22 karat berwarna kelabu diatur dengan hiasan yang indah (pemotongserongan, kilatan matahari dan pembagasan pasir), serta dengan tanda tangan Hublot yang jelas kelihatan pada logam berharga.
Hublot juga terus berusaha mencari ketelusan dengan menggunakan lebih banyak sapphire dalam pergerakan sendiri. Kaliber yang dicipta pada Big Bang Tourbillon Automatic Orange Sapphire dilengkapi untuk pertama kalinya dengan tiga penghubung sapphire – penghubung barel, penghubung automatik dan kikir tuorbillon. Kesan yang tidak ketara pada kerja rangka diserlahkan dengan pertukangan platinum yang terbuka dan pembagasan pasir. Sangkar tuorbillon pada pukul enam, berputar pada paksinya setiap minit untuk mengimbangi tarikan bumi ke arah pergerakan, khas untuk geometri ketulenannya yang memberikan sekilas pandangan teras mekanikal model tersebut. Kebolehbacaan dail terbuka ditingkatkan oleh tangan jam dan indeks dengan salutan pendarcahaya. Tali getah berwarna jingga yang telus dengan kelegaan bergaris – dengan sistem boleh tukar cepat dengan Satu Klik yang dipatenkan dan cangkuk deployant titanium – menyempurnakan penampilan canggih bagi edisi terhad yang hanya berjumlah 50 unit sahaja.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1424581/big_bang_tourbillon_automatic_orange_sapphire.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1424576/big_bang_tourbillon_automatic_orange_sapphire_2.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1176881/Hublot_Logo.jpg?p=medium600
Video - https://www.youtube.com/watch?v=wWpn3qApw6I