omniture

Peneraju Perubatan Tepat Caprion-HistoGeneX Melakukan Penjenamaan Semula sebagai CellCarta

Caprion Biosciences Inc.
2021-01-26 22:12

MONTREAL, 26 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Caprion-HistoGeneX, penyedia global yang terkenal dalam perkhidmatan makmal perubatan yang tepat untuk industri biofarmaseutikal, berbesar hati mengumumkan nama korporat baharunya, CellCarta serta identiti jenamanya.

 

Precision Medicine Leader Caprion-HistoGeneX Rebrands as CellCarta
Precision Medicine Leader Caprion-HistoGeneX Rebrands as CellCarta

 

Nama baharu syarikat yang beribu pejabat di Montreal ini berasal daripada gabungan organisasi penyelidikan kontrak pada tahun 2019, iaitu Caprion Biosciences, yang mengkhusus dalam perkhidmatan imunologi dan proteomik, dengan HistoGeneX, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan histopatologi dan genomik yang berpangkalan di Antwerp. Baru-baru ini, CellCarta memperluas keupayaan saintifik dan penampilan geografinya melalui pengambilalihan Clinical Logistics Inc. yang berpangkalan di Nova Scotia dan Mosaic Laboratories yang berpangkalan di California. Hasil daripada gabungan ini, CellCarta berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi keperluan ujian klinikal global para pelanggan farmaseutikal dan bio teknologi dengan kemudahan yang canggih di Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan China.  CellCarta disokong oleh Arsenal Capital Partners.

Nama CellCarta diilhamkan oleh Magna Carta, suatu simbol kebebasan individu dan bertujuan untuk merangsang misi pemetaan kandungan dan fungsi sel-sel manusia untuk membolehkan dan mempercepat evolusi perubatan peribadi yang tepat.

"Misi kami adalah untuk menjadi rakan kongsi global pilihan bagi syarikat biofarmaseutikal yang mencari penyelesaian perubatan yang tepat untuk membantu memastikan masa depan yang lebih sihat untuk kita semua," kata Martin LeBlanc, Ketua Pegawai Eksekutif CellCarta. "Dengan menyatukan pelbagai pasukan saintis dari seluruh dunia di bawah identiti jenama yang sama, kami berhasrat untuk melahirkan satu mesej tunggal yang sejajar dengan satu set nilai asas yang dikongsi bersama dan memberi tumpuan kepada kecemerlangan saintifik, minda kolaboratif serta komitmen untuk menghasilkan keputusan yang berkualiti tinggi kepada rakan kongsi kami. Ia turut memperkukuhkan lagi komitmen kami untuk menyampaikan satu set perkhidmatan yang luas dan bersepadu di bawah satu organisasi kepada para pelanggan kami."

Identiti jenama baharu ini dibangunkan bersama-sama BrandBourg, sebuah firma perundingan Kanada yang mengkhusus dalam strategi dan identiti penjenamaan. 

Identiti visual CellCarta bertujuan untuk mengingatkan kita tentang peta atau teka-teki yang mewakili perbezaan antara sel-sel manusia. Ia bertujuan untuk menyampaikan suatu personaliti jenama yang inovatif, boleh dipercayai serta mencakupi kepimpinan saintifik.

"Kami ingin mencipta jenama yang unik di pasaran, relevan dengan pelanggan kami dan memberi inspirasi kepada para pekerja kami di seluruh dunia," kata Nick Wright, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi CellCarta. "CellCarta merangkum semua yang kami lakukan, yang berkait dengan pemetaan perbezaan antara sel dan akhirnya antara individu, supaya rakan kongsi kami dapat membangunkan terapi yang lebih baik dan lebih fokus."

David Spaight, Pengerusi Eksekutif CellCarta dan Rakan Operasi Arsenal, menambah, "Dengan bersatu di bawah satu identiti jenama yang sama, CellCarta menandakan isyarat bahawa perkembangan pesat melalui pengambilalihan dan pertumbuhan organik telah menghasilkan sebuah syarikat yang lebih besar yang mampu menerajui pasaran berbanding jumlah bahagian-bahagiannya yang ada. Kejayaan CellCarta yang berterusan mengikuti pendekatan 'Strategic Company Building' Arsenal yang memberi tumpuan kepada pengembangan tawaran penyelesaian syarikat, yang telah meningkatkan kedudukan pasarannya dan menggandakan pertumbuhannya."

Video berikut menerangkan dengan lebih lanjut tentang identiti jenama baharu CelllCarta: www.cellcarta.com

Tentang CellCarta
CellCarta ialah penyedia utama perkhidmatan makmal perubatan yang tepat, khusus untuk industri biofarmaseutikal. Dengan memanfaatkan platform analitikal bersepadu dalam imunologi, histopatologi, proteomik dan genomik, serta perkhidmatan yang berkaitan dengan pengumpulan spesimen dan logistik, CellCarta menyokong keseluruhan kitaran pembangunan ubat-ubatan, daripada penyelidikan hingga kepada ujian klinikal peringkat akhir. Syarikat ini beroperasi secara global dengan lebih 700 orang pekerja di 9 kemudahan yang terletak di Kanada, AS, Belgium, Australia dan China. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cellcarta.com

Tentang Arsenal Capital Partners
Arsenal merupakan sebuah firma ekuiti swasta terkemuka yang mengkhusus dalam pelaburan penjagaan kesihatan pasaran pertengahan dan syarikat industri.  Sejak penubuhannya pada tahun 2000, Arsenal telah mengumpul dana pelaburan ekuiti institusi sebanyak $5.3 bilion, menyiapkan lebih 200 buah platform dan pelaburan tambahan serta berjaya mencapai lebih 30 realisasi. Syarikat penjagaan kesihatan Arsenal memberi tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan proses penjagaan kesihatan yang kritikal serta keperluan saintifik yang mendorong kepada peningkatan hasil buat para pesakit.  Firma ini bekerjasama dengan pasukan pengurusan untuk membina syarikat-syarikat strategik yang penting yang mempunyai kedudukan yang kukuh di pasaran, dengan pertumbuhan dan nilai tambah yang tinggi. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.arsenalcapital.com

Hubungan Media: CellCarta, Guylaine Galipeau, Pengarah Pemasaran Global, CellCarta, ggalipeau@caprion.com; Hubungan Media untuk Arsenal Capital Partners, Rakan Kongsi Prosek, Kristen Duarte, kduarte@prosek.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1426440/caprion_biosciences_precision_medicine_leader_caprion_histogenex.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1426437/Caprion_Biosciences_Precision_Medicine_Leader_Caprion_HistoGeneX.jpg?p=medium600

Source: Caprion Biosciences Inc.
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals