omniture

Pemenang 2021 Catalyst Award

Catalyst
2021-01-27 07:47 0

Barilla dan Royal Bank of Canada (RBC) Diberi Penghormatan atas Komitmen Mereka Terhadap Penyelesaian Inovatif untuk Mewujudkan Tempat Kerja yang Inklusif dan Sesuai untuk Wanita

NEW YORK, 27 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Barilla dan Royal Bank of Canada (RBC) akan menerima 2021 Catalyst Award yang berprestij pada 17-18 Mac 2021, atas inisiatif mereka mempercepat perkembangan wanita serta peningkatan inklusi dalam organisasi.

Tema untuk acara maya Catalyst Awards ialah "Progress Won't Pause-Equity Can't Wait". Ia menandakan usaha organisasi yang berterusan dan konsisten yang komited terhadap kepelbagaian, kesamarataan dan inklusi yang diumumkan dalam persidangan para pemimpin korporat global ini.

Lebih daripada 5,000 tetamu dijangka menyertai acara maya ini, termasuk Ahli Lembaga Pengarah Catalyst dan Ketua Pegawai Eksekutif Catalyst yang Mengetuai Perubahan. Eksekutif daripada perbadanan global, firma profesional, kerajaan, badan bukan berkeuntungan dan institusi pendidikan terkemuka akan bersidang pada 2021 Catalyst Award, yang dipengerusikan oleh Julie Sweet, Ketua Pegawai Eksekutif Accenture.

Organisasi berinisiatif yang menerima Anugerah Catalyst pada tahun ini ialah:

Barilla: Perjalanan Sebuah Syarikat Milik Keluarga Itali ke arah Penyertaan Global –Barilla diberikan penghormatan atas perubahannya untuk menjadi model inklusi kepada para pekerja LGBTQ+ serta semua kumpulan lain yang kurang diwakili dan bekerja untuk syarikat milik keluarga ini.

Dari 2013 hingga 2020, perwakilan wanita meningkat daripada 8% kepada 28% dalam laporan Barilla kepada Ketua Pegawai Eksekutif. Dari 2014 hingga 2020, perwakilan wanita juga telah meningkat dalam laporan kepada Pasukan Kepimpinan Global daripada 23% kepada 36%; laporan kepada pemimpin kanan daripada 40% kepada 47%; dan semua wanita yang memegang peranan sebagai pemimpin di seluruh dunia meningkat daripada 33% kepada 38%.

Barilla telah mencapai persamaan gender dalam aspek penggajian pada 2020 untuk semua pekerjanya di seluruh dunia. Ia juga merupakan salah satu syarikat pertama di Itali yang mencapai banyak kejayaan dalam inklusi, seperti menjadikan kerja fleksibel di seluruh dunia rasmi dan menjadi syarikat Itali pertama yang menyokong Standard Tatakelakuan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Perniagaan Menentang Diskriminasi LGBTQ+ di Tempat Kerja.

RBC: Speak Up for Inclusion–inisiatif perubahan budaya global RBC, Speak Up for Inclusion, bermula dengan pelaksanaan semula Kepelbagaian & Blueprint Inklusi lima tahun bank ini, yang menggariskan keseluruhan kepelbagaian strategik dan keutamaan inklusi RBC, dengan didorong oleh Kepelbagaian dan Inklusi Pusat Kepakaran RBS (D&I CoE) dan disokong oleh para pemimpin kanan bank dalam Majlis Kepimpinan Kepelbagaian, yang dipengerusikan oleh Presiden RBC dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dave McKay.

Perwakilan wanita dalam ahli lembaga pengarah RBC meningkat daripada 31% pada 2015 kepada 38% pada 2019—dan pada akhir tahun fiskal RBC 2020, ia berada pada kadar 47%. Dari 2015 hingga 2019, perwakilan eksekutif wanita di Kanada meningkat daripada 38% kepada 46%. Malah, program pembangunan kepimpinannya seperti Women in Leadership dan Ignite membantu memajukan kerjaya wanita berkaliber dan individu daripada pelbagai warna kulit.

41 Employee Resources Groups (ERGs) milik RBC—dengan lebih 27,000 ahli di seluruh dunia—menasihati strategi D&I RBC dan memainkan peranan yang penting dalam usaha asas inklusi di tempat kerja. Siri video Speak Up for Inclusion menggalakkan semua orang dalam komuniti perniagaan untuk menghentikan diskriminasi dan memberi ruang kepada individu daripada kumpulan-kumpulan yang kurang diwakili ini untuk bersuara dan meningkatkan pengalaman di tempat kerja.

"Kami mengucapkan syabas kepada Barilla dan RBC atas inisiatif ini yang telah memupuk budaya inklusi secara proaktif untuk wanita dan semua orang dalam organisasi mereka," kata Lorraine Hariton, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Catalyst. "Komitmen tunggal mereka untuk meningkatkan perwakilan wanita dalam kedudukan pucuk pimpinan—dan bertanggungjawab untuk membangunkan serta memperkasakan bakat dalam menghadapi cabaran—menunjukkan bahawa kemajuan tidak akan terhenti walaupun seketika."

2021 Catalyst Award, selaku pengumpul dana Catalyst yang utama, akan menampilkan program pada sepanjang bulan Mac, termasuk pembentangan ucaptama, pelbagai sesi dan aktiviti, rangkaian yang luas, ruang istirahat rakan kongsi dan pempamer serta sebuah perpustakaan dengan pelbagai sumber.

Acara maya ini akan menampilkan sesi gerak kerja dan "Progress Won't Pause Hall" yang menyorot bidang tumpuan Catalyst:

  • Perkongsian Gender
  • Memajukan wanita
  • Memimpin untuk Kesamarataan dan Inklusi
  • Masa Depan Kerja

Target Corporation ialah penaja acara persembahan maya.

Ketahui lebih lanjut tentang pendaftaran untuk acara maya 2021 Catalyst Award. Untuk pertanyaan khusus, sila hubungi catalystevents@catalyst.org.

Sertai perbincangan 2021 Catalyst Award dengan mengikuti Catalyst di Facebook.com/CatalystInc, Instagram.com/CatalystInc dan Twittter.com/CatalystInc, menggunakan tanda pagar #ProgressWontPause dan #CatalystAwards2021.

Tentang Catalyst
Catalyst ialah sebuah organisasi bukan berkeuntungan global yang bekerjasama dengan beberapa Ketua Pegawai Eksekutif paling berkuasa serta syarikat-syarikat terkemuka di dunia untuk membantu mewujudkan sebuah tempat kerja yang sesuai untuk wanita. Ditubuhkan pada 1962, Catalyst mendorong perubahan dengan penyelidikan perintis, alat praktikal dan penyelesaian yang terbukti untuk mempercepat dan memajukan wanita ke arah kepemimpinan—kerana kemajuan wanita ialah kemajuan untuk semua orang.

Hubungan Media:
Naomi R. Patton
Naib Presiden, Komunikasi Global
Catalyst
npatton@catalyst.org

Stephanie Wolf
Perunding Komunikasi AS
Catalyst
media@stephaniewolfpr.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/732308/Catalyst_Tagline_Logo.jpg?p=medium600  

 

Source: Catalyst
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Workforce Management/Human Resources Awards Women-related news