omniture

CGTN: China jadikan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing sebagai peluang promosikan sukan ais dan salji

CGTN
2021-01-27 15:18 122

BEIJING, 27 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Ketika dunia masih terbelenggu dengan ancaman pandemik COVID-19 dan China pula menangani wabak yang terjadi di sana sini, persiapan untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Beijing telah memasuki peringkat kritikal.

Presiden Cina Xi Jinping berkata pada hari Isnin bahawa beliau percaya China, dengan sokongan padu daripada pelbagai pihak, akan dapat menyiapkan semua tugas persiapan seperti yang dijadualkan bagi memastikan kejayaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.

Presiden Xi membuat kenyataan ini semasa perbualan melalui telefon bersama Presiden Thomas Bach daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

China melaksanakan langkah-langkah pembendungan dengan tegas, menangani impak pandemik dan aktif menggalakkan kemajuan mantap semua tugas persiapan, kata Xi, menambah bahawa ketika ini, pembinaan tempat-tempat dan infrastruktur untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing telah mencapai tahap kemajuan secara berperingkat.

Apabila Beijing memenangi bidaan pada tahun 2015, Bach berkata bahawa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 "diuruskan dengan baik".

Kurang daripada 400 hari sebelum perasmian Sukan Musim Sejuk 2022 di Beijing pada 4 Februari 2022, pembinaan atau pembinaan semula kesemua 12 tempat pertandingan telahpun siap meskipun terdapatnya ketidakpastian dan cabaran yang dibawa oleh COVID-19. Landasan kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Beijing dengan tuan rumah bersama Zhangjiakou kini beroperasi, hampir satu juta permohonan sukarelawan telah diterima dan piktogram Sukan tersebut telahpun disiarkan.

China menjadikan persiapan untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing sebagai peluang untuk mempromosikan popularisasi serta pembangunan sukan ais dan salji, kata Xi, menambah bahawa Beijing, satu-satunya bandar di dunia yang telah menganjurkan Sukan Olimpuk Musim Panas dan Musim Sejuk, akan membuat sumbangan unik terhadap Pergerakan Olimpik antarabangsa.

Menurut satu laporan oleh Renmin University of China pada Disember lalu, meskipun pandemik ini memaksa separuh daripada mereka yang disoal selidik dengan pengalaman sukan musim sejuk membatalkan rancangan sukan mereka pada musim yang lalu ini, seramai 150 juta orang di China terlibat dalam sukan musim sejuk sekurang-kurangnya sekali dari tahun 2019 hingga 2020 – separuh daripada matlamat China adalah untuk mencapai 300 juta peserta.

Laporan berkenaan turut menunjukkan bahawa jumlah orang yang memberikan tumpuan mengenai perkembangan terkini berita Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Beijing telah meningkat dengan stabil daripada 6.2 peratus pada tahun 2018 kepada 10.4 peratus pada tahun 2020. Kira-kira 70 peratus daripada peserta telah memberi tumpuan terhadap Sukan berkenaan sejak tiga tahun kebelakangan melalui outlet yang berbeza.

Presiden Xi meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap kerja-kerja persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. Minggu lalu, beliau memeriksa tempat-tempat sukan dan mengetahui mengenai kerja-kerja persiapan di ibu negara Cina, Beijing serta Bandar Zhangjiakou di Wilayah Hebei.

Semasa lawatan pemeriksaan beliau di Taman Shougang, Daerah Shijingshan, tempat duduk Jawatankuasa Penganjuran Beijing untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, pada bulan Februari 2019, Presiden Xi menegaskan perlunya untuk kekal komited dalam menganjurkan Sukan ini dengan cara yang mesra alam, berkongsi bersama, terbuka dan bersih serta untuk menyiapkan semua tugas persiapan dengan standard yang tinggi.

IOC, kata Bach, menyokong konsep China dalam menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk yang mesra alam, inklusif, bersifat terbuka dan bersih serta bersiap sedia untuk bekerjasama dengan China bagi memastikan Sukan yang berjaya, gilang gemilang dan selamat, yang bukan sahaja akan merealisasikan visi untuk mempromosikan sukan musim sejuk dalam kalangan 300 juta penduduk Cina, tetapi juga memajukan bersungguh-sungguh pembangunan Pergerakan Olimpik antarabangsa.

IOC kekal komited untuk mendukung semangat Olimpik dan menentang pempolitikan acara sukan, menurut Bach, menambah bahawa organisasi ini akan terus mengukuhkan kerjasama strategik jangka panjang bersama China.

Artikel asal: di sini.

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Publishing/Information Service Sporting Events Sports Future Events