omniture

GCA mengumumkan inisiatif penyesuaian utama di Sidang Kemuncak Penyesuaian Iklim 2021

The Global Center on Adaptation
2021-01-27 18:35 112

ROTTERDAM, Belanda, 27 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Global Center on Adaptation (GCA) hari ini telah membuat beberapa pengumuman utama semasa Sidang Kemuncak Penyesuaian Iklim (CAS2021) yang dianjurkan oleh Belanda – sidang kemuncak antarabangsa pemimpin global yang pertama dan bermatlamat untuk mencetuskan perubahan sistemik yang diperlukan bagi mempercepat tindakan penyesuaian secara global untuk mewujudkan dunia yang tahan iklim. Semasa Sidang Kemuncak itu, usaha GCA telah disokong oleh sebilangan pemimpin dunia termasuk Ali Bongo Odimba, Presiden Gabon; Nana Akufo-Addo, Presiden Ghana; Keith Mitchell, Perdana Menteri Grenada; Carlos Alvarado Quesado, Presiden Costa Rica, Sheikh Hasina, Perdana Menteri Bangladesh dan Uhuru Kenyatta, Presiden Kenya.

 

Kristalina Georgieva, Managing Director of the IMF speaks to Patrick Verkooijen, CEO of Global Center on Adaptation and Cora van Niewenhuizen, Dutch Minister for Infrastructure and Water during the Climate Adaptation Summit 2021
Kristalina Georgieva, Managing Director of the IMF speaks to Patrick Verkooijen, CEO of Global Center on Adaptation and Cora van Niewenhuizen, Dutch Minister for Infrastructure and Water during the Climate Adaptation Summit 2021

 

Sidang Kemuncak ini berlangsung ketika pandemik tersebut terus menghakis kemajuan dalam membangun daya ketahanan iklim baru-baru ini yang menjadikan negara dan masyarakat lebih mudah terjejas terhadap kejutan-kejutan masa depan. Laporan daripada GCA, "State and Trends in Adaptation 2020"  menunjukkan bahawa pembiayaan global perlu dipertingkat sebanyak sepuluh kali ganda kepada US$300 bilion setahun seperti anggaran Program Alam Sekitar PBB iaitu jumlah yang diperlukan untuk menangani peningkatan risiko iklim. Turut dikeluarkan bersama ialah laporan teknikal "Adaptation Finance in the Context of Covid-19" yang menganggarkan pembiayaan untuk penyesuaian iklim turun hingga 10% pada tahun 2020, berlawanan kepada trend yang sudah berdekad bagi peningkatan kewangan penyesuaian untuk negara-negara membangun.

Dialog Kementerian
Pada pembukaan CAS2021, GCA menganjurkan Dialog Kementerian tahunan yang pertama yang disertai oleh lebih 50 orang menteri dan pemimpin daripada organisasi antarabangsa untuk meningkatkan kerjasama kepemimpinan global dalam mempercepat penyesuaian iklim. Di masa hadapan, ia juga akan berfungsi sebagai forum peringkat tertinggi tahunan dalam penyesuaian perubahan iklim dan bertindak sebagai penggerak kepada kepemimpinan global untuk memacu suatu dekad transformasi kepada dunia yang berdaya tahan iklim menjelang tahun 2030.

Ban Ki-moon, Pengerusi Bersama Global Center on Adaptation yang menganjurkan mesyuarat tersebut, berkata:
"Dalam dialog kementerian GCA ini, kita berharap untuk mencapai tiga perkara: suatu perubahan langkah dalam matlamat supaya penyesuaian akan mendapat pembiayaan dan perhatian yang sewajarnya. Kita memerlukan perubahan langkah dalam kewangan untuk memperuntukkan ratusan bilion dolar bagi transformasi dekad ini. Dan kita perlu mengukuhkan perkongsian dan pertukaran pengetahuan untuk menyediakan penyelesaian dan pendekatan terbaik kepada semua pihak."

Kristalina Georgieva, Pengarah Urusan International Monetary Fund dan Ahli Lembaga Pengarah Global Center on Adaptation berkata:
"IMF sedang mempertingkatkan sokongan terhadap dasar, rancangan pelaburan dan kemahiran yang negara-negara perlukan untuk memperkukuh tindak balas mereka kepada perubahan iklim. Mengurangkan pelepasan dan membina daya tahan merupakan sesuatu yang menguntungkan semua pihak – baik untuk pertumbuhan dan pekerjaan, kesihatan serta planet kita."

John Kerry, Utusan Presiden Iklim AS yang menyampaikan ucapan dasar, menyatakan bahawa:
"Semua negara sekarang sedang belajar caranya untuk menangani perubahan iklim. Tetapi tiada sesiapapun yang mempunyai kesemua jawapannya. Lebih cepat kita mengumpul maklumat daripada satu sama lain dan berkongsi data, lebih cepat kita boleh bersama-sama berusaha untuk mengambil tindakan yang kita semua tahu adalah perlu. Semakin cepat kita dapat memberikan penyelesaian yang baik, semakin cepat kita dapat menjimatkan belanjawan yang sukar di seluruh dunia ini."

Patrick Verkooijen, Ketua Pegawai Eksekutif Global Center on Adaptation berkata:
"Covid-19 memberi era kejutan sistemik yang pelbagai dan bersilang serta menuntut penyelesaian yang sama kuat dan terkoordinat. Penyelesaian perlu menjadi keutamaan pemulihan kita. Menggabungkan harga karbon yang semakin meningkat dengan tekanan infrastruktur hijau dapat meningkatkan KDNK global selama 15 tahun akan datang sebanyak kira-kira 0.7 peratus dan mewujudkan pekerjaan kepada jutaan orang. Ia akan membuat kita lebih bersedia bagi menghadapi kejutan pada masa depan."

African Adaptation Acceleration Program (AAAP)
Keadaan yang mendesak disebabkan pandemik COVID-19 dan krisis iklim memerlukan momentum yang dipercepat dalam usaha penyesuaian iklim di Afrika. Bank Pembangunan Afrika dan Global Center on Adaptation (GCA) mengumumkan mereka akan bekerjasama untuk menggunakan kepakaran, sumber dan jaringan pelengkap mereka bagi melancarkan Africa Adaptation Acceleration Program (AAAP) yang baharu dan berani. Program perdana ini akan memberi tumpuan kepada pertanian, infrastruktur, belia dan kewangan inovatif. Bank Pembangunan Afrika telah berjanji untuk memperuntukkan $25 bilion sebagai kewangan iklim antara tahun 2020 dan 2025 dan sekurang-kurangnya 50% ($12.5 bilion) daripadanya untuk menyokong penyesuaian iklim dan pembinaan daya ketahanan. Bank tersebut dan GCA akan memanfaatkan lebihan yang bernilai $12.5 bilion dengan rakan kongsi utama lain untuk menyokong kerajaan Afrika, sektor swasta dan masyarakat awam bagi meningkatkan penyelesaian penyesuaian yang berkesan.

Suatu contoh pendekatan transformasi GCA dan Bank Pembangunan Afrika untuk mempercepat penyelesaian ialah projek yang sudah dijalankan di Ghana bagi membangunkan penilaian peringkat kebangsaan pertama terhadap daya ketahanan sistem infrastrukturnya kepada perubahan iklim. Dengan meneroka dan mempamerkan potensi manfaat bersama Penyelesaian Berasaskan Alam Semula Jadi sebagai sebahagian daripada pakej pelaburan peringkat negara dalam infrastruktur kelabu dan hijau, Ghana akan berfungsi sebagai negara demonstrasi terhadap pengurangan kos dan peningkatan ekosistem.

Mengulas tentang pelancaran program tersebut, Akinwumi Adesina, Presiden Bank Pembangunan Afrika berkata:
"Kita mesti berusaha bersama-sama untuk mempercepat tindakan penyelesaian di Afrika, sebuah benua yang menjadi barisan hadapan kepada kecemasan perubahan iklim. Pengumuman yang dibuat oleh GCA pada hari ini menandakan permulaan usaha global yang berani untuk memastikan negara-negara membangun mempunyai pembiayaan iklim yang mereka perlukan bagi melaksana dan meningkatkan penyelesaian penyesuaian iklim."

Feike Sijbesma, Pengerusi Bersama Global Center on Adaptation berkata:
"Kita semua sedang menyaksikan cara perubahan iklim mempengaruhi masyarakat dan perniagaan dengan jelas. Kita mesti mengambil pendekatan strategik dan bersepadu untuk menyesuai dan membangunkan inovasi serta penyelesaian yang berani bagi menangani cabaran global ini. Kesemua ini digabungkan dengan usaha berterusan kita untuk mengurangkan perubahan iklim bagi mengurangkan pelepasan."

Kepemimpinan Belia
Berikutan seruan untuk tindakan daripada satu juta orang muda daripada lebih 115 buah negara kepada "Adapt for our Future", Akinwumi Adesina, Presiden Bank Pembangunan Afrika dan Patrick Verkooijen, Ketua Pegawai Eksekutif GCA mengumumkan African Adaptation Acceleration Program akan mengukuhkan ekosistem yang menyokong keusahawanan penyelesaian iklim yang diterajui belia dan penyertaan belia dalam dasar penyelesaian; meningkatkan inovasi penyesuaian iklim dengan memperkukuh perkhidmatan pembangunan perniagaan terhadap 10,000 buah syarikat milik belia dan 10,000 orang belia dengan idea perniagaan tentang pekerjaan dan penyesuaian; membangunkan kemahiran yang disesuaikan dan menyediakan pek alat permulaan untuk 1 juta orang belia bagi menyediakan mereka dalam pekerjaan yang berdaya tahan iklim dan peluang keusahawanan dalam penyelesaian dan menyediakan USD 3 bilion dalam bentuk kredit untuk tindakan penyesuaian oleh perusahaan milik belia inovatif melalui instrumen kewangan inovatif.

Pertukaran Pengetahuan Keadaan dan Kecenderungan
GCA melancarkan State and Trends in Adaptation Knowledge Exchange (STAKE) untuk menghasilkan data, maklumat dan belajar tentang penyesuaian perubahan iklim yang boleh diakses dan dilaksanakan yang bermatlamat untuk melibatkan pembuat dasar, profesional, pakar dan pihak berkepentingan yang lain. Platform baharu ini menghubungkan bidang sains, dasar dan latihan melalui elemen khusus—seperti Adaptation Gateway yang merangkumi data, penyelesaian dan pemahaman, Communities of Practice, siri laporan Keadaan dan Kecenderungan serta Agenda Tindakan Penyelesaian—perantara penyelesaian untuk mempercepat tindakan penyesuaian daripada peringkat tempatan kepada peringkat global. Adaptation Gateway menyediakan pengvisualan data, penyelesaian bersistem, analisis dan pemahaman mengenai keadaan dan kecenderungan daya ketahanan serta penyesuaian perubahan iklim.

1000 Cities Adapt Now Initiative (Inisiatif 1,000 Bandar Sesuaikan Sekarang)
Semasa Sidang Kemuncak tersebut, Datuk Bandar Rotterdam, Ahmed Aboutaleb membentangkan Program Global selama 10 tahun iaitu 1000 Cities Adapt Now. Gabungan rangkaian rakan kongsi termasuk GCA akan menganjurkan program tersebut, telah meminta komitmen datuk bandar lain dalam memperkukuhkan peranan bandar-bandar untuk meningkatkan alam sekitar, iklim dan masyarakat kita sebelum acara COP26 dan seterusnya. Ia telah menghasilkan Pernyataan Bersama untuk Mempercepatkan Penyesuaian Iklim di Bandar-bandar yang dibentangkan kepada pemimpin dunia termasuk Perdana Menteri, Mark Rutte.

Datuk Bandar Aboutaleb yang memberi ucapan semasa pelancaran telah berkata:
"Setiap hari, bandar-bandar berhadapan dengan kesan perubahan iklim dan keperluan untuk menyesuai bagi menjadi berdaya tahan. Ia merupakan tugas kami sebagai datuk bandar di seluruh dunia untuk menangani isu-isu ini dan mencari penyelesaian. Melalui Pernyataan Bersama untuk Mempercepatkan Penyesuaian Iklim di Bandar-bandar, kami menggariskan matlamat dan keperluan kami untuk mempercepat dan meningkatkan langkah-langkah penyesuaian di 1,000 buah bandar pada dekad yang akan datang."

Kehidupan dengan air: Penyesuaian Iklim di Delta Dunia
GCA melancarkan satu laporan tentang penyesuaian iklim di delta-delta dunia yang membentangkan serangkaian kajian kes penyelesaian rumah api dan menetapkan cara untuk meningkat dan mempercepat penyesuaian di kawasan panas iklim ini. Laporan tersebut menonjolkan tentang penyesuaian iklim di kawasan delta merupakan isu yang kompleks dan pemahaman delta memerlukan pengumpulan data iklim terbuka yang lebih baik.  Laporan ini juga menyatakan untuk menjadikan delta lebih daya ketahanan iklim memerlukan kerangka kerja undang-undang dan politik yang sesuai untuk jangka panjang bagi perancangan bersepadu dan bajet yang diramalkan tetapi pada masa yang sama tindakan penyesuaian perlu dimulakan dengan segera.

Inisiatif pendidikan global secara percuma
GCA mengumumkan bahawa ia bekerjasama dengan Universiti Groningen di Belanda untuk menawarkan kursus-kursus Climate Adaptation Governance through FutureLearn dalam talian secara percuma. Kursus pertama ialah Climate Adaptation Governance - Making Climate Adaptation Happen. Di samping itu, Universiti Groningen akan mula menawarkan pengkhususan dalam Climate Adaptation Governance bermula pada bulan September 2021.

07887 804594, alex.gee@gca.org

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1426338/kristalina_georgieva.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1044191/GCA_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: The Global Center on Adaptation
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology New products/services