omniture

Perkongsian Platform EZDRM dengan Ekosistem Pembangun Huawei Membawakan Keselamatan Kandungan yang Dipertingkatkan Untuk Para Pembangun

Huawei
2021-01-27 20:16 1915

Digital Rights Management yang dikenali umum sebagai penyelesaian Perkhidmatan kini tersedia untuk integrasi di seluruh dunia.

SHENZHEN, China, 27 Januari 2021 /PRNewswire/ -- EZDRM, pembekal perkhidmatan asal DRM untuk keselamatan penstriman video, menawarkan pelbagai penyelesaian untuk melindungi kandungan bagi memenuhi keperluan pembangun dan para penyedia perkhidmatan. Sebagai Rakan Niaga Platform dalam Ekosistem Pembangun Huawei, Universal DRM EZDRM kini telah dipertingkatkan untuk digabungkan dengan Wiseplay DRM Huawei dan tersedia bagi membolehkan para pembangun menangani isu perlindungan kandungan untuk semua sistem main semula utama.

"Bekerjasama dengan Huawei merupakan suatu pengalaman yang hebat," kata Olga Kornienko, Ketua Pegawai Operasi EZDRM. "Kami percaya bahawa pelanggan baharu daripada pelbagai latar belakang kini dapat memanfaatkan ketersediaan DRM WisePlay dengan gabungan penyelesaian kami yang selamat serta boleh diskala."

DRMaaS Membawakan Pelbagai Manfaat kepada Pembangun AppGallery 

Sebagai penyedia penyelesaian DRMaaS, EZDRM mempermudahkan perkhidmatan video langsung, atas permintaan, boleh dimuat turun dan luar talian yang selamat serta menawarkan fleksibiliti yang lengkap dalam sokongan model perniagaan. EZDRM telah berada di barisan hadapan dalam evolusi perkhidmatan penstriman video sejak tahun 2003. Penyelesaian DRM Universal syarikat ini yang kini tersedia dengan penambahan WisePlay, berada pada kedudukan yang penting dalam memberikan sokongan multi-DRM CENC untuk MPEG-DASH dan menghapuskan kebimbangan terhadap integrasi dan format proprietari.

"Untuk penyelesaian penyampaian kandungan video premium OTT dalam pasaran di seluruh dunia, perkhidmatan awan DRM yang menjimatkan kos adalah bahagian paling penting dalam selok-belok penstriman video," kata Kornienko.

Sebagai rakan kongsi platform Huawei Mobile (HMS) baharu, EZDRM menyediakan penyelesaian Perisian sebagai Perkhidmatan (Software-as-a-Service, SaaS) baharu yang relevan untuk mana-mana pembangun yang memerlukan perlindungan DRM pada tahap perkakasan dan perisian[i] integrasi untuk kandungan main semula mereka[ii] melalui aplikasi yang diterbitkan dalam AppGallery Huawei. Dengan menggunakan perkhidmatan EZDRM yang dipertingkatkan, pembangun dan penyedia perkhidmatan video dapat melaksanakan penstriman video yang selamat secara pantas yang diterapkan dengan klien DRM WisePlay pada telefon pintar dan tablet Huawei yang menggunakan cip Kirin 990 (EMUI 10.1 atau yang terkini) atau cip lain (EMUI 11.0 atau yang terkini). Ini merangkumi sokongan yang lancar terhadap kandungan video yang dipaparkan pada aplikasi peranti mudah alih dan tablet Huawei dengan integrasi keselamatan WisePlay DRM.

Sambil mewujudkan ekosistem rakan kongsinya, Huawei berhasrat untuk mewujudkan persekitaran yang terbuka dan selamat untuk semua pembangun dan rakan kongsi dalam Ekosistem Pembangun. Berdasarkan nilai-nilai ini, Huawei mengalu-alukan EZDRM untuk menyertai platform mereka, untuk mempertingkatkan penyelesaian DRMaaS mereka bagi menyokong sepenuhnya WisePlay DRM Huawei dan menyediakan pembangun dengan lebih banyak pilihan.

Dengan adanya pasukan pakar DRM, EZDRM menawarkan perlindungan video yang selamat dan mudah serta disepadukan dengan lancar dengan sistem penghantaran boleh diskala yang sesuai dengan perniagaan anda. Perkhidmatan mereka kini menyokong penyampaian perkhidmatan yang selamat untuk beratus-ratus perniagaan video langsung dan atas permintaan yang berjaya dan tersedia untuk integrasi selanjutnya bagi menyokong perkhidmatan video serantau dan global.

Tentang AppGallery - Salah Satu daripada 3 Pasaran Aplikasi Paling Popular di Dunia

Dilancarkan di lebih 170 buah negara dan wilayah, AppGallery komited untuk memenuhi keperluan lebih daripada 500 juta pengguna aktif bulanan yang fokus dan pelbagai. Pasaran aplikasi mencari perkongsian secara aktif dengan para pembangun global dan tempatan bagi mengalu-alukan penyertaan mereka dalam ekosistem HMS.  Ini membolehkan AppGallery kekal sebagai sebuah platform agihan aplikasi yang terbuka dan inovatif, yang boleh diakses oleh semua.

AppGallery mengiktiraf kepentingan dan sumbangan para pembangun dan berdedikasi dalam mencapai kejayaan mereka. AppGallery juga menyediakan sokongan operasi spektrum penuh untuk para pembangun di seluruh dunia dan beberapa inisiatif yang berpusatkan pembangun, yang memperkasakan mereka untuk melakukan inovasi seterusnya dalam pembangunan aplikasi.

Tentang EZDRM 

EZDRM ialah syarikat asal yang berkemahiran dalam Pengurusan Hak Digital sebagai suatu Perkhidmatan (Digital Rights Management as a Service, DRMaaS), menawarkan penyelesaian yang jelas dan serba lengkap untuk melindungi dan mendatangkan keuntungan kepada kandungan video. Tawaran DRMaaS EZDRM yang diuruskan sepenuhnya menjadikan ia mudah untuk menyokong perkhidmatan penghantaran video langsung, atas permintaan, boleh dimuat turun dan luar talian yang selamat. www.ezdrm.com.

SOALAN LAZIM EZDRM: https://hs.ezdrm.com/hubfs/Files/Rube%20FAQ-v1.1-final.pdf 

Perkhidmatan secara Ringkas: https://www.ezdrm.com/Documentation/2018_EZDRM_Service_Brief_v3-Top50.pdf 

Dokumentasi Perisian EZDRM DRMaaS: https://www.ezdrm.com/html/documentation.asp 

Untuk Maklumat Lanjut, sila layari laman web Pembangun Huawei di https://developer.huawei.com/consumer/en/ ataua Forum Pembangun Huawei di https://forums.developer.huawei.com/forumPortal/en/home.

[I] Algoritma penyulitan yang disokong: CENC, AES128-CTR dan AES128-CBC
[ii] Format video yang disokong: DASH-fMP4, HLS-fMP4, dan HLS-TS

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Joint ventures