omniture

Replika Software Memperoleh Pembiayaan Siri A daripada LVMH Luxury Ventures dan L'Oreal BOLD Ventures untuk Memperkasa Masa Depan Jualan Sosial

Replika Software Inc.
2021-01-28 19:28 1

NEW YORK, 28 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Replika Software, penyelesaian jualan sosial turnkey yang membolehkan jenama memperkasakan rangkaian penjual sosial mereka untuk memberi inspirasi dan menjual secara dalam talian, telah melengkapkan pusingan pembiayaan Siri A dengan LVMH Luxury Ventures dan L'Oréal BOLD yang kedua-duanya merupakan entiti pelaburan kepada syarikat induk mereka. Pembiayaan ini akan membolehkan Replika memperluas jejak globalnya ke atas jenama dan industri secara agresif yang dapat dimanfaatkan secara ketara melalui pewujudan saluran jualan sosial yang baharu. Dengan pembiayaan ini, syarikat tersebut merancang untuk terus melabur dalam teknologinya, memperkenalkan ciri-ciri baharu dan membesarkan pasukan mereka untuk menyokong penggunaan platform yang pesat. Wakil-wakil daripada LVMH Luxury Ventures dan L'Oréal BOLD (Business Opportunities for L'Oréal Development) akan menjadi sebahagian daripada Ahli Lembaga Pengarah Replika.

 

Replika Software Memperoleh Pembiayaan Siri A daripada LVMH Luxury Ventures dan L’Oreal BOLD Ventures untuk Memperkasa Masa Depan Jualan Sosial
Replika Software Memperoleh Pembiayaan Siri A daripada LVMH Luxury Ventures dan L’Oreal BOLD Ventures untuk Memperkasa Masa Depan Jualan Sosial

Kareen Mallet, Pengasas Bersama Replika Software berkata, "Ketika kami mengasaskan Replika, kami membayangkan sebuah masa depan yang membolehkan setiap jenama mendapat manfaat daripada kuasa jualan sosial. Setelah memeterai perjanjian komersial dengan beberapa Maison LVMH dan jenama L'Oréal, ia sangat memuaskan hati apabila menyaksikan dua entiti pelaburan daripada syarikat paling berwawasan di dunia ini membuat keputusan untuk melabur dalam visi kami. Kami amat teruja menerima sokongan mereka apabila memasuki fasa pertumbuhan ini dan menerajui industri ke arah kemajuan membeli-belah dalam talian."

Hubungan Replika dengan LVMH bermula pada tahun 2019 apabila kumpulan tersebut menemui dan memilih penyelesaian untuk ditonjolkan pada Anugerah Inovasi Vivatech.  Syarikat tersebut kemudiannya dijemput untuk mengambil bahagian dalam pemecut LVMH, "La Maison des Startups" di Stesen F dan hubungan perniagaan mereka terus berkembang sejak itu, dengan kerjasama di Eropah dan AS. Kerjasama dengan L'Oréal bermula apabila Ketua Pegawai Digital mereka, Lubomira Rochet, seorang peguam Perdagangan Sosial, telah mengenal pasti Replika daripada lebih 1,000 buah syarikat permulaan yang menyertai pameran di Vivatech dan beliau terus membuka jalan dalam organisasi untuk penyebaran jenama di seluruh bahagian dan negara-negara di seluruh dunia.

"Pembiayaan Siri A tersebut membina tahun yang luar biasa buat Replika. Kami dapat mengembangkan daftar pelanggan dalam beberapa rangkaian, memperkenalkan program dan peningkatan ciri yang penting dengan cepat, sambil memantapkan pasukan pengurusan kami dengan pelantikan eksekutif utama.  Kami percaya pembiayaan ini akan membantu kami menukar paradigma jualan dalam talian semasa, bukan sahaja dalam industri fesyen dan kecantikan tetapi juga industri penjagaan kesihatan, hiburan, perjalanan dan elektronik yang lebih luas," kata Corey Gottlieb, Pengasas Bersama.

Tentang Replika Software

Replika Software ialah perisian jualan sosial turnkey yang memenangi anugerah dan membolehkan jenama untuk mengaktifkan rangkaian penjual sosial mereka bagi menjual secara dalam talian, memberi inspirasi di media sosial serta berhubung dengan pengguna pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Syarikat ini berpangkalan di New York dan Paris serta berada di Stesen F bersama La Maison Des Startups/LVMH. Kareen Mallet yang merupakan mantan Pengarah Fesyen dari Neiman Marcus & Bergdorf Goodman bersama-sama dengan Corey Gottlieb, Eksekutif & Usahawan Bersiri telah mengasaskan syarikat tersebut pada tahun 2016. 

SILA HUBUNGI: media@replikasoftware.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1426842/replika_pr_210123_v2.jpg?p=medium600

Source: Replika Software Inc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Financing agreements Venture Capital