Analisis subkumpulan menunjukkan pesakit COVID-19 berisiko rendah yang dimasukkan ke hospital dibenarkan keluar dari hospital tiga hari lebih awal
KUWAIT CITY, 28 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Dr. Reddy's Laboratories Ltd. (BSE: 500124) (NSE: DRREDDY) (NYSE: RDY) (NSEIFSC: DRREDDY berserta anak syarikatnya disebut sebagai "Dr. Reddy's" dan Global Response Aid FZCO (GRA) hari ini mengumumkan hasil kajian Avigan terhadap pesakit COVID-19 sederhana hingga teruk, yang dimasukkan ke hospital di Kuwait.
Analisis subkumpulan terhadap kajian kohort (n=181) berisiko rendah (Skor NEWS rendah semasa kemasukan) menunjukkan pesakit kumpulan Avigan dibenarkan keluar dari hospital 3 hari lebih awal berbanding pesakit kumpulan plasebo (8 hari berbanding 11 hari; P=0.0063) untuk masa titik akhir sekunder pelepasan hospital. Titik akhir ini telah dipratakrif dan menunjukkan kepentingan statistik bagi sebahagian besar subjek dalam kajian ini. Masa untuk pelepasan hospital merupakan titik akhir terbaik untuk menentukan sama ada Avigan mempunyai kesan pragmatik terhadap pesakit selama dimasukkan ke hospital, suatu faktor yang berkait dengan kekurangan global dari segi sumber klinikal dan katil hospital akibat pandemik COVID-19 global ini.
Penemuan ini menunjukkan kecenderungan persetujuan terhadap hipotesis bahawa ubat antivirus seperti Avigan (atau perencat polimerase RNA yang diambil secara oral atau suntikan yang serupa) mungkin berkesan sebagai sebahagian daripada permulaan rawatan awal kepada pesakit COVID-19.
Hasil daripada data subkumpulan yang memuaskan dan disokong oleh keputusan yang serupa dalam ujian klinikal Jepun dan kajian dunia sebenar, Dr.Reddy's dan Global Response Aid telah bersetuju untuk mempercepat kajian penting Fasa 3 yang sedang dijalankan, yang bertujuan untuk menentukan keberkesanan Avigan dalam rawatan awal terhadap pesakit COVID-19 yang mengalami simptom ringan hingga sederhana. Kajian tambahan untuk menilai keberkesanan Avigan sebagai sebahagian daripada rawatan awal terhadap pesakit COVID-19 juga telah dimulakan yang bermatlamat untuk mengurangkan simptom dan mencegah perkembangan penyakit sebelum jangkitan memerlukan rawatan hospital atau intervensi intensif yang lain.
Penemuan lain daripada kajian pesakit COVID 19 sederhana hingga teruk yang dimasukkan ke hospital menunjukkan pengurangan masa satu hari untuk resolusi hipoksia yang berterusan bagi Avigan berbanding plasebo. Resolusi berlaku dalam tujuh hari berbanding lapan hari. Walau bagaimanapun, kajian tersebut tidak mencapai ambang signifikan statistik dan telah ditamatkan. Analisis data akhir penuh bagi 353 subjek yang merupakan sebahagian daripada kajian terhadap pesakit yang dimasukkan ke hospital akan tersedia menjelang akhir bulan Februari 2021.
Kajian terhadap pesakit yang dimasukkan ke hospital ialah sebahagian daripada program klinikal keseluruhan untuk Avigan di Kuwait yang meliputi spektrum kes COVID-19 yang merangkumi daripada asimptomatik kepada teruk bagi kedua-dua pesakit luar dan pesakit dalam.
Tentang Global Response Aid (GRA)
Agility (KSE/DFM: AGLTY) ialah salah satu syarikat logistik terkemuka di dunia dan telah menubuhkan Global Response Aid (GRA) untuk menangani cabaran pasaran yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan ancaman lain terhadap kesihatan awam. GRA memberi penyelesaian penjagaan kesihatan yang inovatif dan berkesan melalui pelbagai produk farmaseutikal dan platform teknologi. Ia bekerjasama rapat dengan kerajaan, pihak berkuasa kawal selia, hospital, klinik, penyedia penjagaan kesihatan, syarikat sains hayat, NGO dan institusi awam untuk membangunkan strategi yang membolehkan mereka menangani cabaran kesihatan awam.
Untuk maklumat lanjut: www.globalresponseaid.com
Tentang Dr. Reddy's
Tentang Dr. Reddy's: Dr. Reddy's Laboratories Ltd. (BSE: 500124, NSE: DRREDDY, NYSE: RDY) ialah sebuah syarikat farmaseutikal bersepadu yang komited untuk menyediakan ubat-ubatan dengan harga berpatutan dan inovatif untuk kehidupan yang lebih sihat. Melalui tiga perniagaannya - Perkhidmatan Farmaseutikal & Bahan-bahan Aktif, Produk Generik dan Proprietari Global – Dr. Reddy's menawarkan portfolio produk dan perkhidmatan termasuk API, perkhidmatan farmaseutikal tersuai, generik, formulasi biosimilar dan terbeza. Fokus bidang terapeutik utama kami ialah gastrousus, kardiovaskular, diabetologi, onkologi, pengurusan kesakitan dan dermatologi. Dr. Reddy's beroperasi di pasaran seluruh dunia. Pasaran utama kami termasuk – Amerika Syarikat, India, negara Rusia & CIS serta Eropah.
Untuk maklumat lanjut: www.drreddys.com