omniture

Vakrangee Limited Termasuk dalam Indeks Kesamaan Jantina Bloomberg 2021

Vakrangee Limited
2021-01-28 21:14 8369

MUMBAI, India, 28 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Vakrangee Limited berbangga untuk berkongsi bahawa kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada Indeks Kesamaan Jantina (Gender-Equality Index, GEI) Bloomberg pada tahun ini. GEI ialah barisan 380 buah syarikat yang kukuh, mewakili 44 buah negara di seluruh dunia yang komited terhadap tempat kerja yang lebih setara dan inklusif. GEI Bloomberg 2021 terdiri daripada 380 buah syarikat di seluruh dunia dengan gabungan permodalan pasaran bernilai USD14 trilion. Purata skor GEI ialah 66% tetapi Vakrangee telah memperoleh skor sebanyak 70.86%.

Bloomberg Gender-Equality Index 2021
Bloomberg Gender-Equality Index 2021

Mengulas perkara ini, Encik Dinesh Nandwana, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Vakrangee Ltd. berkata, "Kami amat berbangga menyaksikan Vakrangee diiktiraf dan termasuk dalam Indeks Kesamaan Jantina Bloomberg 2021. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen kami terhadap kesamaan dan ketelusan jantina.

Vakrangee sentiasa menjadi syarikat yang bertanggungjawab dan sedar dari segi sosial. Kesamaan Jantina ialah asas kepada falsafah dan DNA teras kami sebagai penyama sosial. Kami berusaha untuk membina budaya tempat kerja dengan kepelbagaian jantina dan percaya ia merupakan teras kepada kejayaan dan pertumbuhan syarikat kami."

GEI membawa ketelusan kepada amalan dan dasar berkaitan jantina di syarikat-syarikat tersenarai awam yang meningkatkan peluasan data alam sekitar, sosial, tadbir Urus (ESG) yang tersedia kepada pelabur. Metodologi pemarkahan GEI yang komprehensif dan telus membolehkan pelabur menilai prestasi syarikat dan membandingkannya antara kumpulan rakan industri.

Indeks ini mengukur kesamaan jantina di seluruh lima tonggak berikut: kepemimpinan wanita, perancangan bakat, kesetaraan gaji dan kesetaraan gaji jantina, budaya inklusif, dasar gangguan seksual dan jenama pro-wanita.

"Syarikat-syarikat yang termasuk dalam GEI 2021 sedang mengembangkan data ESG untuk memasukkan data berkaitan jantina yang dituntut oleh pelabur pada masa kini," kata Peter T. Grauer, Pengerusi Bloomberg.

Melalui pendedahan metrik berkaitan jantina menggunakan kerangka kerja GEI, firma-firma yang termasuk dalam GEI 2021 telah komited untuk menyediakan pandangan komprehensif terhadap pelaburan mereka dalam kesamaan jantina di tempat kerja dan komuniti di mana mereka beroperasi serta meningkatkan standard terhadap jangkaan kepada syarikat-syarikat lain dalam industri yang sama. Vakrangee telah dimasukkan dalam indeks pada tahun ini kerana memperoleh skor pada atau melebihi ambang global yang ditetapkan oleh Bloomberg bagi mencerminkan tahap pendedahan dan prestasi keseluruhan yang tinggi merangkumi lima tonggak kerangka kerja tersebut.

Tentang Vakrangee Limited  (BSE: 511431) (NSE: VAKRANGEE)

Diperbadankan pada tahun 1990, Vakrangee merupakan syarikat yang dipacu oleh teknologi unik yang memfokuskan untuk membina rangkaian terbesar bagi outlet jualan runcit peringkat akhir di India dan memberi perkhidmatan perbankan & kewangan masa nyata, ATM, insurans, e-kerajaan, e-dagang dan perkhidmatan logistik kepada pasaran tidak dilayani luar bandar, semi bandar dan bandar. (www.vakrangee.in )

Sila hubungi: 
Ammeet Sabarwal
ammeets@vakrangee.in  
No. Tel: 02267765100

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1427903/geisea_2021_bloomberg.jpg?p=medium600

Source: Vakrangee Limited
Related Stocks:
Bombay:511431 Bombay:VAKRANGEE.BO India:EQVAKRANGEE India:VAKRANGEE India:VAKRANGEE.NS
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Computer Networks Computer/Electronics Real Estate Telecommunications Survey, Polls & Research Financial Technology