omniture

Sai Life Sciences mengumumkan rancangan untuk menggandakan kakitangan dan memperluas keupayaan di Manchester, UK

Sai Life Sciences
2021-01-28 21:26 90

MANCHESTER, England dan HYDERABAD, India, 28 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Sai Life Sciences, salah satu Organisasi Penyelidikan Kontrak, Pembangunan & Pembuatan (CRDMO) hari ini mengumumkan rancangan untuk menggandakan bilangan kakitangan dan memperluas kemampuan teknikalnya di Manchester, sebuah pusat kecemerlangan untuk proses API dan pembangunan analitik yang memberikan perkhidmatan kepada pelanggan global dengan jumlah yang semakin meningkat.

Sai Life Sciences announces plans to double headcount and expand capabilities in Manchester, UK
Sai Life Sciences announces plans to double headcount and expand capabilities in Manchester, UK

Ketika membuat pengumuman, Krishna Kanumuri, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan Sai Life Sciences berkata, "Kami benar-benar terharu dengan maklum balas para pelanggan kami terhadap tapak di Manchester. Tapak ini berfungsi sebagai penghubung utama kepada kemudahan perintis dan pembuatan kami di India yang membolehkan integrasi dengan tawaran perkhidmatan kami yang lain di seluruh Amerika Syarikat dan India berjalan dengan lancar, merangkumi penerokaan, pembangunan dan pengkomersialan ubat-ubatan yang berterusan. Pengembangan ini akan meningkatkan lagi keupayaan kami untuk menambah nilai kepada saluran NCE pelanggan kami."

Tapak di Manchester milik Sai Life Sciences telah beroperasi sepenuhnya pada bulan Ogos 2020 dengan pengambilan 24 orang kakitangan dan sejak itu, ia telah menghasilkan pelbagai projek yang melibatkan bahan kimia kompleks. Dengan minat yang semakin meningkat daripada pelanggan di seluruh UK, Eropah dan AS, pengembangan semasa ini melibatkan peningkatan kapasiti daripada 20 kepada 75 almari wasap dan peningkatan jumlah kakitangan daripada 24 kepada lebih 50 orang saintis. Pengembangan seterusnya akan menyaksikan penambahan Makmal GMP Kilo kemudian dalam tahun 2021. Baru-baru ini, syarikat tersebut telah memulakan aktiviti perekrutan pelbagai jawatan di seluruh proses API serta penyelidikan dan pembangunan analitik, sains partikel dan kejuruteraan.

Terletak di tengah-tengah ekosistem sains hayat Alderley Park, tapak Sai Life Sciences di Manchester membuka peluang kepada syarikat-syarikat farmaseutikal dan bioteknologi di UK dan EU untuk bekerjasama secara bersemuka dengan para saintis dengan lebih mudah serta membolehkan kelancaran kerjasama dengan pelanggan di AS memandangkan berkurangnya perbezaan zon masa. Pusat kecemerlangan ini terletak di kedudukan yang baik untuk menghasilkan pembangunan, peningkatan dan pemindahan teknologi bertaraf dunia ke tapak di India pada bila-bila masa diperlukan. Pengembangan baharu ini juga akan menambah keupayaan dalam beberapa bidang utama termasuk proses teknologi analitik (PAT), pembangunan kristalisasi dan analisis sifat fizikal.

Sai Life Sciences kini sedang melakukan transformasi di seluruh organisasi. Ia melabur sebanyak USD150 juta daripada tahun 2019 hingga 2023 sebagai sebahagian daripada inisiatif Sai Nxtyang merangkumi tiga bidang teras – manusia & budaya, proses & automasi, infrastruktur & keupayaan saintifik.

Tentang Sai Life Sciences 

Sai Life Sciences ialah CRO/CDMO khidmat penuh yang didorong oleh visi untuk menyokong pelancaran 25 ubat-ubatan baharu menjelang tahun 2025.  Ia bekerjasama dengan syarikat inovasi farmaseutikal dan bioteknologi global, mempercepatkan penemuan, pembangunan dan pengeluaran molekul kecil yang kompleks. Sebagai sebuah pemain industri CRO-CDMO yang sejati, Sai Life Sciences telah berkhidmat kepada pelbagai program pembangunan NCE, memberi nilai berdasarkan kualiti dan kadar tindak balas secara konsisten. Kini, ia bekerjasama dengan 7 daripada 10 syarikat farmaseutikal yang terbesar, serta beberapa syarikat farmaseutikal dan bioteknologi bersaiz kecil dan sederhana. Sai Life Sciences dimiliki secara persendirian dengan sokongan pelabur global, TPG Capital dan HBM Healthcare Investments. www.sailife.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1428651/sai_life_sciences_uk_expansion.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1044186/Sai_Life_Sciences_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Sai Life Sciences
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Expansion