omniture

FP Markets melancarkan Aplikasi Mudah Alih Perdagangan yang intuitif dan berciri lengkap

FP Markets
2021-01-28 21:51 93

Aplikasi Mudah Alih FP Markets yang inovatif menyediakan pelbagai maklumat hanya di hujung jari para pedagang tidak kira masa.

SYDNEY, 28 Januari 2021 PRNewswire/ -- Dalam dunia perdagangan dalam talian yang pesat, terdapat sebuah syarikat broker Forex dan CFD yang memenangi pelbagai anugerah secara konsisten untuk terus mendepani kemajuan. Salah satu syarikat fintech terkemuka di Australia, FP Markets telah mengumumkan pelancaran Aplikasi Mudah Alih FP Markets yang intuitif dan berciri lengkap yang membolehkan pedagang membawa akaun perdagangan bersama-sa mereka tidak kira masa.

 

FP Markets launches intuitive and feature-packed Mobile Trading App
FP Markets launches intuitive and feature-packed Mobile Trading App

 

Tersedia pada semua peranti Android dan iOS, Aplikasi Mudah Alih FP Markets menawarkan perdagangan Forex dan CFD untuk semua saham, indeks, komoditi dan mata wang kripto.

Muat Turun Sekarang: Android(Google Play) | iOS (The App Store) 

Pedagang bukan sahaja boleh mengakses lebih 60 Padanan Mata Wangtetapi mereka juga boleh melakukan aktiviti perdagangan ke atas lebih 50 Saham terbesar di dunia termasuk Facebook, Google, Apple dan Amazon. FP Markets juga menawarkan dagangan leveraj ke atas Komoditi dan lebih sedozen Indeks daripada bursa saham global terbesar. Untuk mereka yang berminat dalam perdagangan kelas aset baru memuncul bagi serangkaian produk yang terdiri daripada Mata Wang Kripto serta Bitcoin, Ethereum, Litecoin dan Ripple.

Apabila ditanya tentang pelancaran Aplikasi Mudah Alih tersebut, Pengarah Urusan Matt Murphie yakin dengan kepentingannya. "Pelancaran Aplikasi Perdagangan Mudah Alih FP Markets merupakan hasil utama syarikat yang diperlukan oleh pedagang moden untuk berdagang pada bila-bila masa."

Usaha keras syarikat tersebut pada tahun 2020 telah diiktiraf dengan pelbagai anugerah yang telah dimenangi pada tahun ini termasuk 'Best FX Broker Australia' dan 'Global Forex Value Broker'. Matt menjelaskan bahawa ia bukan sekadar kerja keras dan dedikasi, namun lebih daripada itu.

"Saya tidak dapat menafikan manfaat pengalaman yang diperoleh lebih 15 tahun dalam industri ini. Kami mempunyai pedagang yang telah bersama-sama dengan kami sejak hari pertama dan kami sentiasa berusaha untuk terlibat dengan mereka bagi meningkatkan penawaran produk kami. Maklum balas mereka memainkan peranan penting dalam reka bentuk, kefungsian dan ciri Aplikasi Mudah Alih baharu."

Maklum balas pelanggan menghasilkan beberapa ciri utama Aplikasi Mudah Alih ini yang membolehkan pedagang untuk melakukan aktiviti berikut:

  • Deposit dan pengeluaran menggunakan Aplikasi Mudah Alih
  • Menggunakan menu 'Kegemaran' untuk mencipta pengalaman perdagangan yang lebih cepat dan lancar
  • Mengakses akaun mereka dan ubah tetapan melalui Portal Klien
  • Mengakses kecairan peringkat tinggi dengan harga masa nyata
  • Penyelidikan dan analisis menggunakan pelbagai alatan perdagangan
  • Log masuk ke akaun MetaTrader 4 menggunakan maklumat kelayakan yang sama

Muat turun Aplikasi Perdagangan Mudah Alih FP Markets hari ini dan mula berdagang. 

Muat Turun Sekarang: Android(Google Play) | iOS (The App Store) 

Nota kepada Editor 

Tentang FP Markets: 

  • FP Markets ialah penyedia CFD dan Forex global yang dikawal selia oleh Australia dan mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam industri.
  • Visi syarikat ialah untuk sentiasa memberikan destinasi perdagangan canggih kepada pelanggan dengan menggabungkan keadaan perdagangan terbaik, teknologi, rangkaian produk, harga dan perkhidmatan pelanggan yang tersedia kepada mereka yang ingin berdagang di pasaran.
  • FP Markets menawarkan sebaran Forex antara bank yang sangat kompetitif yang tersedia daripada 0.0 pip dan leveraj hingga 500:1 pada Akaun Pro FP Markets.
  • Perkhidmatan pelbagai bahasa 24 jam sehari 5 hari seminggu yang cemerlang oleh syarikat tersebut diiktiraf oleh Investment Trends sebagai tempat tumpuan beberapa pelanggan yang paling berpuas hati dalam industri ini dan telah dianugerahkan 'Anugerah Kepuasan Pelanggan Tertinggi Keseluruhan (The Highest Overall Client Satisfaction Award)' selama lima tahun berturut-turut daripada Investment Trends.
  • FP Markets telah dianugerahkan sebagai 'Global Forex Value Broker' untuk dua tahun berturut-turut (2019, 2020) di Global Forex Awards

Untuk butiran lengkap tentang tawaran kami yang pelbagai, sila layari  https://www.fpmarkets.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1427878/fp_markets_mobile_trading_app.jpg?p=medium600 
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1007674/FP_Markets_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: FP Markets
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Financial Technology