HERZLIYA, Israel, 29 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Valcare Medical Ltd. pembangun penyelesaian pembaikan dan penggantian injap mitral transcatheter dan trikuspid, mengumumkan bahawa ia telah berjaya menyelesaikan penghantaran transeptum pertama kepada manusia bagi cecincin anuloplasti AMEND™. Prosedur transeptum AMEND dilakukan di Pusat Jantung Schulich di Pusat Sains Kesihatan Sunnybrook di Toronto, di bawah Program Akses Khas Kesihatan Kanada.
Peranti pembaikan injap mitral AMEND Valcare ialah sebuah peranti pembaikan yang inovatif dan terbukti secara klinikal, berbentuk D, cecincin tertutup separuh tegar dengan keupayaan penambat yang unik. AMEND direka untuk menyediakan rawatan pembedahan penjagaan standard klinikal melalui prosedur berdasarkan kateter yang lebih selamat dan mudah. Platform AMEND ini juga berfungsi sebagai infrastruktur untuk penyelesaian sistem penggantian mitral dan pembaikan trikuspid Valcare.
Prosedur tersebut dilakukan oleh Eric Cohen, M.D., Andrew Czarnecki, M.D. dan Gideon Cohen, M.D. daripada Pusat Jantung Schulich.
"Kami berasa gembira kerana berpeluang membawa teknologi inovatif Valcare kepada pesakit kami. Kes pertama ini memperlihatkan kemampuan penambat dan kemudi unik peranti AMEND yang membolehkan pengubahan saiz anulus dan pengurangan MR" kata Dr. Andrew Czarnecki. "Implantasi cecincin AMEND membentuk semula geometri anulus yang memudahkan pembaikan dedaun secara terperinci yang tidak mungkin dilakukan sebelum implan tersebut. Kami berharap dapat meneruskan kerjasama ini dan meningkatkan kualiti kehidupan pesakit kami."
Dr. Gideon Cohen menambah "Teknologi unik ini memberi kita satu lagi kaedah penting bagi merawat pesakit yang dianggap mustahil sebelum ini. Kami berasa gembira dapat menawarkan prosedur ini kepada pesakit yang tiada pilihan pembedahan atau peranti lain."
"Pencapaian menarik ini merupakan batu loncatan untuk menyeragamkan peranti AMEND sebagai standard emas dalam prosedur pembaikan mitral. Berikutan demonstrasi keselamatan dan keberkesanan cecincin AMEND dalam prosedur transapikal, kami kini menyampaikan cecincin anuloplasti yang berbentuk D ini melalui pendekatan transeptum. Reka bentuk tersendiri AMEND menyediakan penyelesaian seperti transkateter dan mencipta platform untuk pelbagai pilihan rawatan kepada pesakit, sama ada sebagai penyelesaian berdiri sendiri atau gabungan dengan terapi rekonstruksi terperinci atau berperentas" kata Shuki Porath, Ketua Pegawai Eksekutif Valcare Medical. "Kami menghargai peluang untuk bekerjasama dengan pasukan yang cemerlang di Pusat Jantung Schulich di Toronto dan manfaat daripada pengalaman mereka serta membantu Valcare Medical dalam memperluas rawatan inovatif untuk pesakit jantung."
Valcare akan mula mendaftar pesakit untuk kajian klinikal AMEND Plus yang pertama dan akan melancarkan kajian kebolehlaksanaan awal (early feasibility study, EFS) FDA.
Peranti AMEND tersebut terhad kepada penggunaan penyelidikan dan tidak tersedia secara komersial.
Valcare Medical
Valcare Medical ialah sebuah syarikat peranti perubatan persendirian yang dikhaskan untuk menyediakan teknologi transkateter inovatif dalam rawatan regurgitasi mitral dan trikuspid. Valcare sedang membangunkan peranti perubatan yang direka untuk menjadi suatu bahagian penting dalam setiap prosedur struktur jantung.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1428133/valcare_medical_annuloplasty_ring.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1428135/Valcare_Medical_Logo.jpg?p=medium600
Sila hubungi
En. Shuki Porath, Ketua Pegawai Eksekutif
Valcare Medical Ltd.
sporath@valcaremedical.com